Teman-teman

Saturday, December 20, 2008

Berakhirnya sebuah kehidupan

16 Disember 2008 - 1200 malam. Isteriku masih lagi kesakitan. Hanya terdengar luahan " Ya Allah bang sakitnya. Tolong baca dan hembuskan dibadan Siti". Aku terus membaca ayat-ayat suci Al Quran dan kuhembuskan kebadannya. Ada ketenangan dapat yang dirasai oleh isteriku. Kadang-kadang terdengar suara perlahan, " Ya Allah aku redho dengan ujian ini". Aku hanya mampu menangis memeluknya. Tidak sanggup aku melihat isteri kesayanganku sakit. Aku berkata," Siti hari ini kita akan balik ke Penang. Kita akan berubat". Dia hanya mengangukkan kepala tanpa bersuara.

Jam 5 pagi kami bangun untuk pulang ke Penang. Aku melihat perubahan pada isteriku. Dia amat keletihan dan kadang-kadang hilang ingatan. Aku memapahnya masuk kedalam tandas. Sementara menunggu isteriku, aku berkemas apa yang perlu. Hatiku terasa kenapa isteriku belum keluar dari tandas lagi. Aku terus kesana. Aku mendengar isteriku menangis sambil memanggil namaku. Apalagi panik aku. Ya Allah pintu terkunci. Aku menyuruh dia membuka pintu tapi katanya dia tak boleh bangun. Nasib baik adik ipar ada kunci pendua. Aku meluru masuk kedalam. Hati aku begitu sayu melihat keadaannya yang tidak bermaya. Aku menangis semahunya. Aku terus memapahnya keluar.

8.30 pagi - Firefly meluncur laju meninggalkan bumi Kelantan. Isteriku sepanjang perjalanan hanya mampu tidur sahaja. Sekali-sekali aku menjeling kearahnya. Sayu hati melihat orang yang aku sayangi berkeadaan begini. Orang inilah ketika aku sakit dia menjaga aku dengan penuh ikhlas. Jam 9.30 pagi kelihatan bumi Pulau Pinang. Aku mengejutkan isteriku. Dia terjaga tanpa berkata apa-apa. Setelah semua penumpang turun barulah kami berdua dizinkan turun. Kaki isteriku terketar-ketar untuk menuruni anak tangga kapal terbang. Ini menyebabkan kru MAS kelam kabut membantu. Seorang pemuda meminta izin aku untuk mencempung isteriku. Aku mengizinkannya dan terus dicempungnya dan diletakkan didalam van dan dibawa ketempat balai ketibaan.

Sampainya kami dirumah apalagi keluarga isteriku meraung melihat perubahan dirinya. Apa tidaknya semasa pergi isteriku tersenyum dan bila pulang sudah tidak mengenali sesiapa lagi. Aku hanya mampu mengalir air mata. Sudah puas aku bermain air mata. Setelah meletakkan barang-barang, aku terus membawa isteriku untuk berubat. Kata tok bomoh yang merawat isteriku masih terdapat kesan-kesan isteriku di serang dengan bertubi-tubi. Katanya dia sudah membuangnya. Aku membawa pulang isteriku kembali. Sampainya dirumah isteriku sudah mula meracau dan kadang-kadang tangisan sakit. risau dan sedih melihat keadaan isteriku yang bertambah parah. Aku membawa kembali isteriku kesana. Kata tok bomoh apa yang Allah berikan kepadanya telah pun dia gunakan. Badan isteriku sudah clear dari santau dan gangguan lain. Katanya mungkin kesan dari apa yang terjadi menyebabkan kecederaan dalaman dan menyuruh aku membawanya ke hospital.

Aku bergegas membawa isteriku ke hospital Pantai Mutiara. Kedengaran azan Maghrib berkumandang. Selesai aku mengerjakan solat maghrib, nurse telah menolak isteriku masuk kedalam ICU. Setelah segala kelengkapan dipasang aku dibenarkan masuk. Menangis aku terisak-isak melihat orang yang selama ini menjaga ketika aku sakit berkeadaan begini. Badannya dipenuhi dengan wayar. Dia nampaknya penat. Sempat juga dia mencium tanganku sambil menunjuk isyarat agar aku berdoa. Tak terkata apa-apa. Aku hanya mampu mengangguk dan aku terus memeluknya sambil menangis. Aku amat merinduinya. " Kenapa orang sanggup buat begini kepada kita Siti ". Sambil memeluk aku meratapi namun isteriku tetap mengusap kepalaku tandanya suruh bersabar diatas ketentuan Allah. Aku melihat airmata mengalir dipipinya.

Aku menyuruh anak lelakiku masuk. Sebentar kemudian dia keluar sambil menangis. Katanya emak suruh berdoa. Bagaimana aku harus memberitahu anak gadisku yang sedang mengambil peperiksaan semnya. Bingung memikirkannya. Berita isteriku sakit telah tersebar luas. Kelihatan ramai orang datang untuk menziarahinya. Doktor memarahi nurse dan mengarahkan agar tidak membenarkan sesiapa melawat. Takut jangkitan kuman kata doktor.

17 December 2008 - Aku mendapat berita dari Doktor mengatakan bahawa buah pinggang isteriku rosak. Hati rosak. Limpa rosak. Sebelah paru-paru tidak berfungsi. Ya Allah mengapa manusia sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Doktor mengatakan bahawa peluang untuk hidup amat tipis. Bermulalah episod isteriku tidak lagi sedarkan diri. Dia berada didalam keadaan koma. Mendengar perkataan doktor membuatkan aku hampir terjatuh sebab aku tahu bahawa bila-bila masa saja isteriku akan meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku takut menghadapi saat itu. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahhim. Kau berikanlah ruang sedikit masa lagi untuk aku bersama isteri tercinta. Aku begitu merinduinya. Sudah lama aku tidak melihat akan senyuman isteriku.

18 December 2008 - 5.50 pagi. Aku menerima panggilan dari hospital mengatakan bahawa isteriku amat tenat. Apalagi bergegas aku memandu kereta bersama anak lelakiku. Sambil menangis aku berdoa kepada Allah agar Allah ringankan beban keatas isteriku. Aku meminta abangku menalipon anak gadisku. Aku sendiri tidak sanggup memberitahunya. Doktor memberitahu keadaan isteriku amat kritikal. Ya Allah aku tak sanggup berpisah dengannya. Anakku sampai setelah selesai peperiksaan. Menangis ia sebab terlalu sayangkan ibunya. Namun ibunya sudah tidak mampu lagi bersuara atau membuka mata. Dirangkul ibunya.
" Emak kakak minta maaf dekat mak. Kakak lewat sampai. Ayah...siapa yang buat emak sampai macam ni. Mak tak pernah bergaduh pun ". Aku hanya mampu menangis ketika itu. " Sudahlah kakak. Inilah masanya kita sedekahkan ayat suci al-quran pada emak. Ini yang emak perlukan dari kita ". Aku menenangkan anak gadisku padahal aku amat tersiksa sekali ketika itu.

6.00 petang - Kami dibenarkan untuk membaca yasin di depannya. Aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan kalimah syahadah. Kaum keluarga dibenarkan untuk bersama. Didepannya aku berdoa, " Berat hati abang untuk berpisah dengan Siti. Kalau itu merupakan ketentuan Allah untuk kita Siti, pergilah dengan tenang. Jangan risau tempat Siti adalah di syurga. Abang redho dan abang ampunkan segala dosa Siti. Terima kasih kerana menjaga abang dan anak-anak. Kita akan bertemu di akhirat kelak. Kita akan menuntut keadilan di sana ". Aku tidak dapat lagi mengawal perasaan yang selama ini aku pendam sehingga ditenteramkan oleh kaum keluarga.

7.20 petang - Aku melihat tekanan pernafasan digital yang di pakai isteriku semakin menurun. 20,19,18.......4,3,2,1........Tatkala azan maghrib berkumandang isteriku telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. " Inna lillahi wainna ilai hirojiun ". Walaupun aku sudah bersedia menghadapinya namun aku tidak dapat menerima kenyataan yang isteriku telah pergi meninggalkan kami semua. Masih terngiang-ngiang janjiku padanya " Siti kita akan pergi umrah dan haji bersama ". Esak tangis dari kaum keluarga tidak dapat dihalang lagi. Mayat dibawa pulang ketempat kami. Setelah dilakukan pembersihan mayat isteriku kelihatan tersenyum dan itulah senyuman yang aku rindukan.Manis sungguh senyumannya. Masyaallah air mataku berlinangan. Dalam hati aku berkata, " Siti bahagialah hidupmu. Engkaulah telah mendapat Bihusnil Khatimah seperti yang di idamkan oleh semua orang". Berita kematian membuatkan begitu ramai sekali yang melawat.

19 December 2008 - Mayat isteriku telah dikapankan. Sebelum dibawa ke masjid kaum keluarga di izinkan mengucup untuk kali yang terakhir. Seorang demi seorang datang mengucup. Akhirnya tiba giliran aku sebelum jenazah isteriku di tutup kembali. Aku mengambil peluang ini untuk menatap wajahnya yang terakhir. Aku memeluk isteriku berulang-ulang kali. Begitu juga aku mengucupnya berulang kali. Kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai terdengar esak tangis mereka. Selepas solat jumaat dan jenazah isteriku dibawa ke perkuburan sambil dilindungi oleh awan. Ramai yang menyedarinya. Ada yang berkata tentu mayat ini seorang yang baik sehingga awan melindunginya. Selesai upacara pengkebumian semua orang pulang. Ramai yang datang untuk menenangkan aku supaya bersabar. Terimalah dugaan ini dengan tenang. Tapi Siti abang amat rindu padamu. Macam mana abang nak melalui hidup ini tanpa siti. Kemana saja abang pergi wajah siti mesti dapat dilihat. Walaupun aku nampak tenang namun didalam hati Allah saja yang tahu betapa sunyinya hidup ini tanpa isteri tersayang. Kau dapat bertemu dengan anak yang kau rindukan selama ini.

Ya Allah kau berikanlah aku dan anak-anak kekuatan untuk meneruskan hidup ini. Terpaksa aku mempelajari kehidupan baru ini setelah selama ini engkaulah yang membuat segalanya. Abang benar-benar merinduimu Siti Aishah. Siti Aishah. Namamu seindah akhlakmu. Aku kelihatan tenang namun di dalam hatiku siapa yang tahu, " Siti jangan tinggalkan abang Siti. Abang amat rindu padamu ". Ya Allah....Aku pulangkan Siti Aishah kepadaMU. Terima kasih kerana dia dapat bersama dengan aku walaupun hanya seketika cuma.

sekian ariman

Video yang di upload ini pembaca dapat melihat renungan terakhir isteriku sewaktu membawanya berubat di Kelantan. Aku merindui renungan ini. Renungan yang seolah-olah enggan berpisah denganku. Di gambar terakhir ialah ketika rakaman dibuat di atas kapal terbang Firefly sewaktu pergi ke Kelantan. Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada semua dimana janganlah kita berdendam dan akhirnya bersekongkol dengan syaitan untuk menjahanamkan kehidupan orang lain. Padahnya akan di terima di akhirat kelak sebab kami sekeluarga tidak mudah mengampunkan kesalahan mereka. Biarlah orang berkata yang aku ini berhati keras kerana tidak mengampunkan dosa orang sedangkan Rasulullah sendiri telah mengampun dosa umatnya.Tetapi kenapa mereka memisahkan kebahgiaan keluarga kami. Itu saja





Gambar terakhir semasa menyambut hari ibu. Selang beberapa bulan begitu cepat isteriku telah berubah.

17 comments:

hrusli61 said...

Semoga roh Siti aman di sana. Doa dan hadiahkanlah Al Fatihah kepadanya selalu. Berbaktilah kepada keluarganya yang tedekat agar dia diganjari bersama para solehah.

Mari kita contohi sikapnya yang amat baik. Ya Allah terimalah SAZ di bawah naungan kasih sayang Mu, tempatkannya di tempat yang mulia, tabahkan ahli keluarganya dan sejahterakanlah mereka. Amin.

CaBaiKeRinG said...

salam...

abang arifff

takziah buat abang ariff sekeluarga...

saya akan follow blog abang dan semoga kita dapat berhubung selalu..

wassalam

www.cabai-kering.blogspot.com

insan marhaen said...

InsyaAllah, perlahan-lahan dukamu akan dirawati oleh masa. Yang penting kau berdiri dan teruskan perjalanan.

Dunia ini luas. Pandangilah dengan kacamata lutcahaya.

Anonymous said...

slm wbt

takziah dari ana sekeluarga


Sabda Rasulullah:

"Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur"


-khalid'abideen

Anonymous said...

Bersabarlah di atas ujian ini. Semoga isteri anta dihimpunkan dengan orang-orang Soleh dan Solehah yang terdahulu. Perjalanan kehidupan ini mesti diteruskan dan masih panjang.
Esok lusa , kita pula menuruti
dan apa pula yang nak kita bawa .

Pandang kehadapan dengan doa dan
doa, doa dan doa.

Shah Lan/JIM Muar

SHAHIDAN SAAID said...

semoga rohnya digolongkan dgn para syuhada dijalan Allah...Terima Kasih kerana membantu Jamaah Islah Malaysia

Admin said...

Sayu hati saya mengenangkan kisah abg budiman dan arwah kak aishah. Moga Allah mengganjari ketabahan antum sekeluarga.

Anonymous said...

bersabarlah...moga2 ditempatkan di syurga ALLAH...sayunya...

nurulilmi said...

Salam pakck..

Takziah dr sy sekeluarga.Walaupn x knal pkcik d mck siti, tp sy ttp trasa khilngan mkcik siti y mrpkn crmnn wanita solhah y akn sy cntohi smpai bla2 slps mbca tulsn pkcik d blog ni..

Nk mnta bntuan pkcik klu x keberatan,ad sorg pkck sy, Omar Abd Hamid sdg bertarung dgn kskitan paru2 y smpai skrg dr x tau pncanya.Dh 3 bln di hsptal d dh bnyk kali msuk icu..Skrang pula dtmbh mslah skit perut mngembung y dr dah scan pn msih kta xde ap2..Dr pn x jmpa rwatan utk pkcik sy ni.Ad sorg ustz ckp pkck sy ni trmkn santu org..

Sy dh bnyk kali brdoa spy Allah dtgkn ilham pd sy utk tlg pkck sy ni..Ad 1 cra shj dlm kpala sy ni, smg pkcik y buangkn santau arwah mkcik siti ni dpt dtg tolong pkcik sy ni..

Sbgai tmbhan, zaujah pkcik ni setiausaha/org kuat mantan ADUN Hulu Langat,Dr Syafie Salleh,y skrag kerusinya diduduki Pakcik Urwah..

sy izma 0194554540/0340416107 pkcik leh bg je no pkcik,nt sy kol semula pn xpe..

jzkk pakcik.Smg pkcik d kelurga dlm limpah rhmat Allah sll..Wslm

Anonymous said...

salam...

sedih melihat kisah ...pakcik..

smoga isteri pakcik diletakkan dikalangan orang-orang yg diredhainya....

ujian itu tanda kecintaan Allah pada hambaNya...

Perokok Soleh said...

puas baca..

pokcik..
pokcik amalkan ayat kursi..
pastu baca la 3 kul&al-mulk tiap b4 tidor..
pastu hembus kat tapak tangan dan sapu kat badan,pastu tidoqq..
insyaallah selamat sbb pokcik dah pagar diri pokcik..

ps:pokcik kena amalkan..
pasni pokcik buat baikpun,orang xley sihir..
manusia lagi kuat dr jin..
kita semuakan khalifah,lalala

best bc kisah nie,bye

FIeZa said...

semoga roh arwah tenang di sana.begitu hebat ujian diturunkan kepada kalian. takziah walau sudah lama. al Fatihah untuk arwah.

Ariff Budiman said...

Fleze...Terima kasih. Semoga mendapat iktibar dari kisahku

Mohd Zubir Amry said...

Terbaik :)

fatinsyu said...

pakcik,situasi arwah isteri pakcik serupa dgn arwah mak saya..sakit macam tu.. tetapi semasa mak sy sakit, doc xdpt kesan sakit mak saya. smpailah hembusan trakhir mak saya baru doc dpt detect sakit apa. sebelum tu mak batuk teruk,xley jalan,tulang rusuk byk patah.mak sy kena buatan org.sedih sangat. Alfatihah buat arwah isteri pakcik

Unknown said...

Pakcik dah nikah lain 😢

Unknown said...

Pakcik dah nikah lain 😢

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...