Teman-teman

Monday, December 15, 2008

Balik ke Penang

Esok tanggal 16 Dec 2008, kami akan berangkat pulang ke Penang setelah menghabiskan waktu makan angjn sambil berubat. Setelah berada di Kelantan isteriku hanya terperap didalam bilik kerana badan begitu letih akibat kehilangan berat badan yang mendadak. Di Kelantan memang ramai bomoh hanya rezeki kita yang akan dapat yang betul-betul berkesan.

Setelah aku sampai di Kelantan terus tidak buang masa ketempat bomoh. Aku tak berapa berkenan sebab tok bomoh tu mulut celupar sedikit walaupun agak ramai yang datang untuk berubat. Aku diperkenalkan pula dengan seorang tua. Cara dia berubat agak tele dengan tok bomoh yang mengatakan bahawa isteriku telah disantau varu setakat dada. Beliau terus memberi minum air jampi. Katanya ini hanya keracunan makanan.

Malamnya pabila masuk saja waktu Maghrib isteriku mulalah mengalami sakit dada, perut dan kepala. Semalaman kami tidak tidur. Aku menyuruh anakkku buat sembahyang hajat untuk ibunya. Itulah saja senjata orang mukmin iaitu doa. Aku mengambil kesempatan pada waktu yang hening memohon doa kepada Allah agar diringankan sedikit bebanan dugaan terhadap isteriku. Alhamdulillah selesai saja memberi salam isteriku telah nyenyak tidur.

15 December 2008 kami baru pulang dari berubat. Kata tok bomoh isteri disantau dari kaedah siam. Beliau terus menjampi agar benda itu pulang kembali ketempat asalnya. Setelah kami sampai dirumah isteriku hanya diam tidak bersuara. Hanya matanya liar memerhatikan sekeliling. Aku dapat merasai bahawa ia sedang bertembung debgab barang yang berada didalam badan. Kata tok bomoh orang buat kerja ini nak supaya isteriku hilang akal. Patutlah kadang-kadang dia bertanya kami berada dimana. Ya Allah lindungilah kami dari gangguan iblis dan syaitan serta hasad dengki manusia

Sekian ariman

5 comments:

nanami ichijo said...

Assalamu'alaykum
Semoga Allah memeberikan kekuatan, ketabahan, ketenangan dan keampunan kpd pakcik, makcik dan seisi keluarga.
~Dari jauh mendoakan

Nur Sakinah Norkhair
JohorBahru

Anonymous said...

salam.

al-fatihah....
semoga Allah merahmati allahyarhamah yg telah pulang ke rahmatullah waktu maghrib semalam (khamis malam jumaat) di hospital pantai. sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...

ya Allah..berilah ketabahan & kesabaran kepada sahabat ku dan keluarganya dalam menghadapi ujian ini....

Anas Iswari said...

salam takziah,
semoga tabah dgn dugaan dr Allah SWT.

Fauziah said...

assalamualaikum
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. semoga saudara tabah menghadapi dugaan ini.
teruskan perjuangan.InsyaAllah akan mendapat keberkatanNya. Amin

insan marhaen said...

Minta izin link entri ini ke blog IM...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...