Teman-teman

Wednesday, April 04, 2012

Ronda Sakan

3 April 2012 - Hujan turun dengan lebatnya di Kajang. Kilat sabung menyabung. Berada di dalam kelas membuatkan badan menggigil kesejukan. Aku bertekad setelah tamat kelas jam 4 petang, aku akan meronda sekitar Kajang dan Midvelly. Alhamdulillah tamat kelas jam 4 petang hujan sudah mulai reda. Aku terus bersiap dan menuju ke Kajang. Aku membeli tiket menuju ke Midvelly.

Setelah menanti hampir 20 minit akhirnya komuter ke Midvelly tiba. Penumpang berpusu-pusu memasuki komuter. Aku memasuki ruang yang masih ada lagi kekosongan. Terus aku duduk.
" Encik ini coach untuk wanita sahaja ". Kata seorang wanita. Tajam renungannya. Aku tersenyum. Kantoi dan malu.
" Encik tak faham ke. Ini untuk wanita saja. Encik tak boleh duduk di sini. ". Kata wanita tersebut. Amboi tak padan dengan tua. Garang sungguh. Akhirnya aku bangun berdiri. Lelaki di hadapan aku pula berkata.
" Encik ini perenggan untuk wanita ". Sambil menunjuk arah perenggan.
" Tak apa. Saya tak duduk tapi berdiri saja ". Diam lelaki tersebut dengan penjelasanku.

Tiba di station Serdang ada yang turun dan ada yang naik. Yang naik terus masuk dan duduk di tempat wanita. Terdengar pengumuman di buat
" Perhatian. Lelaki tidak dibenarkan berada di coach wanita ". Bila terdengar makan bangunlah para lelaki meninggalkan bangku. Nasib baik aku tak kena macam ni. Kalau tidak sudah tentu ramai anak mata yang memerhati

Jam 9 malam aku berangkat kembali menuju ke Kajang. Badan letih. Perut kekenyangan. Kaki aku terasa seperti akan cramp akibat terlebih berjalan. Lutut pula berdenyut akibat terjatuh dari tangga yang licin sewaktu menuruni anak tangga ke kelas. Terpaksa menelan 2 biji panadol untuk melegakan lutut aku yang kesakitan. Harap-harap esok aku dapat bangun tanpa merasa kesakitan. Mata ini terlalu mengantuk. Bye semua...

4 comments:

MaryaYusof said...

As salam En Arif,

Wah, berjalan sakan... Mcmana boleh tersalah masuk coach wanita?? he3x... Take care.. mesti byk shopping kan? Rindu pulak kat Midvalley :)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Tak beli apa sangat. Beli buka tentang kamera saja. Terlalu bersemangatlah yang menyebabkan tersalah coach. Bila nak balik ke Kajang saya aim betul2 coach baru saya masuk

kakcik said...

Amboi sampai ke MidValley Ariff berjalan. Taka ajak kakcik pun! ;-
)

Ariff Budiman said...

kakcik...Tinggal dekat area tu ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...