Teman-teman

Tuesday, April 24, 2012

Good Presentation

" Team anda akan membuat presentation pada 24 April 2012 pada jam 11 pagi ". Itulah sms yang aku terima dari pejabat seminggu sebelum tarikh persembahan. Ini bermakna kami kena buat preparation. Tapi aku pula ketika itu begitu sibuk menguruskan perkahwinan anak tiriku. Setelah  urusanku selesai dan pada hari presentation aku menalipon rakanku. Dia sudah berada dewan. Jam sudah pukul 10 pagi. Masih sempat lagi untuk aku mengkaji slide.Bergegas aku memacu motosikal membelah Jambatan Pulau Pinang. Aku tiba di dewan pada jam 10.30 pagi. Aku meneliti slide yang akan aku persembahkan.
" Ok...Aku rasa ok ". Kataku kepada rakanku.


" Seterusnya di persilakan kumpulan SSO 1 untuk membuat persembahan ". Kata pengerusi majlis. Jantung aku mengepam begitu laju sekali. Pengurus negeri dan para juri memerhati kami. Aku terus membaca, "  Rabbish Rahli Sadri..Wayassirli amri. Wahlul uqdatan min lisani yafqahu qauli ". Aku hembus perlahan-lahan di dadaku. Alhamdulillah terasa lapang dan tenang saja. Aku terus membuat presentation dengan begitu lancar sekali. Akhirnya tiba ke slide yang terakhir.
" Sekian persembahan dari kumpulan kami ". Tepukan gemuruh dari rakan-rakan kepada kami.


Boss terus mengambil microphone.
" Well done. Good presentation dari team kamu. Kalau kamu masuk ke fasa seterusnya tolong buat sedikit pembetulan ". Kata boss kepada team kami. Terasa begitu lega sekali setelah selesai membuat presentation. Ketika duduk melihat rakan-rakan yang lain membuat presentatsion, aku di hampiri seorang jurutera.
" Presentation dari team kamu amat baik. Saya akan buat recomendation agar team kamu dapat membuat persembahan lanjutan di KL. Kalau kamu berjaya meyakinkan boss, kamu bakal memasuki audotorium Abu Zarim di Uniten ". Teruja aku bila mendengar kata-kata dari jurutera. Presentation yang bakal di saksikan oleh ribuan pekerja.


Aku berdoa kepada Allah agar kumpulan kami dapat menyakin boss di KL nanti. Terlalu teringin menaiki audotorium yang begitu besar. Kalau dulu aku hanya urusetia saja yang menguruskan kerusi untuk para peserta. kali ini aku berharap aku merupakan salah seorang dari peserta yang akan menaiki audotorium. Ya Allah perkenankanlah hajatku ini...

8 comments:

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Presentation ni utk ape? Kenaikan pangkat ke? Tahniah! Insya'Allah hajat En Arif tercapai..Amin~

kakcik said...

Tahniah Ariff, semoga berjaya melangkah ke peringkat seterusnya. Tapi, kakcik rasa kalau boleh, janganlah masukkan tengan dalam poket! :)

Red Panda said...

Go Paknjang Go! Paknjang boleh! :)

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Tujuannya ialah utk mengurangkan gangguan bekalan. Jadi ia menggalakkan staff agar dapat melibatkan diri untuk mereka cipta satu produk yang ada kebaikan untuk TNB dan negara. Kalau TNB sudah hantar kursus maka dia nakkan hasilnya dan inilah hasilnya.

Ariff Budiman said...

Kakcik...Terima kasih atas teguran kakcik. Isteri saya juga menegur kenapa saya selalu suka menyeluk tangan dalam poket. Stail kut. Insyaallah akan di perbetulkan. Thanks kakcik

Ariff Budiman said...

Red Panda...Terima kasih anak menakan paknjang yang prihatin

Mrs.Izi said...

tahniah abg ariff.nt update pasal kenduri k.

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...He he nanti-nanti la. Malu ahh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...