" Mahu tengok video dulu ker ". Tanya fasi dan di persetujui kami semua.
" Ok saya ada gambar best punya ". Sambil klik gambar video. Sebanyak 3 video ditayangkan sebagai motivasi pagi. Terhibur melihat video yang ditayangkan. Banyak yang melucukan. Barulah peserta kursus tak mengantuk.
" Ok kita mula kelas kita. Siapa punya turn baca ". Sekali lagi kami terpaksa membaca nota yang di berikan.
Tepat jam 10 pagi fasi berhenti kuliah sebab makan time. Berbondong-bondong staff TNB menuju ke kantin. Sajian mee goreng, pulut inti dan apom nyiur sungguh menyelerakan. Aku lupa seketika kesakitan lututku. Aku hantar sms kepada isteriku mengatakan aku makan mee. Secepat kilat isteriku talipon
Tepat jam 10 pagi fasi berhenti kuliah sebab makan time. Berbondong-bondong staff TNB menuju ke kantin. Sajian mee goreng, pulut inti dan apom nyiur sungguh menyelerakan. Aku lupa seketika kesakitan lututku. Aku hantar sms kepada isteriku mengatakan aku makan mee. Secepat kilat isteriku talipon
" Abang makan mee ka... Macam mana lutut abang. Masih sakit lagi ka ". Sayang juga dia dengan aku ya. Ya la isteri mana yang tak sayang suami dok. Hanya suami yang kebanyakkan mencari helah dengan mengatakan si isteri tidak sayang lagi pada suami tapi bukan semua. Aku baik Kih kih kih..
Jam 10.30 pagi peserta kursus masuk semula kekelas. Fasi belum masuk lagi. Jam 11 pagi kelas bermula dan seperti biasa...
" Kita tengok video lagi mau tak ". Tanya lagi fasi. Banyak video mengisahkan candid kamera seperti yang pernah di tayangkan di kaca talevision. Ok lah tu. Janji terhibur.
" Kita sambung kembali. Turn siapa baca ". Rupanya turn aku. Lantang suara aku.
" Bagus suara En Ariff. Lantang.. ". Hilang mengantuk aku akibat pujian dari fasi. Tanpa disedari jam sudah pukul 12.30 tgh. fasi memerhatikan jam di tangannya.
" Ok waktu makan. Kita jumpa jam 2.30 petang tapi lebih sedikit tak apa. Jangan datang tepat-tepat ". Tertawa kami semua dengan kebaikan fasi hari ini. Makan lagi. Makanan tengahari ialah kari ayam, kambing dan sayur-sayuran. Aku bedal semua. Aku ambil sedikit sup. Best juga kursus macam ini ya.
Masuk ke bilik terus aku labuhkan badanku di atas tilam yang empuk. Tak apa aku buat jamak waktu asar. Terkejut bunyi jam gerak pukul 2.15 petang. Buat solat siap-siap kan senang. Jam 3 petang kami semua sudah berada di kelas. Fasi belum masuk lagi. 3.10 petang fasi datang dan meneruskan pelajaran.
" Aiii sudah habis ke kita punya topik hari ini. Macam mana mau balik ka ". Tanya fasi kepada kami. Apalagi setuju sangatlah.
" Ok siapa yang tinggal di luar Uniten boleh pulang. Siapa yang tinggal di dalam Uniten terus pulang ke asrama. Jangan beratur di kantin. Nanti kena marah ". Betullah. jam baru pukul 3.30 petang sedangkan waktu makan petang pada jam 4. Perut masih lagi kenyang dengan makanan tengahari. Malas aku nak makan petang. Jaga badan..
" Ada lagi satu..Esok periksa..Jangan lupa bawa pulang nota dan baca. Besok pagi semua tak payah bawa nota ". Kata fasi sambil tersenyum. Tergaru-garu kepala kami. Baru tau kali ini. Fasi bagitau awal lagi. Baru kami ada akal sedikit
" Siapa gagal kena datang lagi...Kalau 3 kali gagal akan turun pangkat ". Kata-kata fasi membuatkan kami hilang terus mood nak ke Kajang. Terpaksa ler aku membaca. Sayang seribu kali sayang setiap kali aku buka nota mata pula yang hampir tertutup....
2 comments:
good luck :)
Mrs. Izi..Terima kasih
Post a Comment