Teman-teman

Tuesday, April 03, 2012

Mencari Satay Kajang

2 April 2012 - Jam 3 petang aku dan rakan bertolak dari Penang menuju Kajang. Alhamdulillah kami tiba di Uniten pada jam 7.30 petang. Terus kami mengambil bilik yang telah di tempah. Nasib baik kami menempah awal seperti yang telah di beritahu dalam surat pekeliling di mana peserta kursus harus menempah dahulu sebelum datang walaupun dalam surat dikatakan tempat di sediakan. Ada yang mengambil sikap sambil lewa dengan datang dan terus untuk buat pendaftaran bilik. Akhirnya bilik sudah penuh dan mereka terpaksa bermalam di hotel.

Selepas mandi dan solat aku dan rakan terus keluar ke pekan Kajang untuk mencari Satay Kajang Hj Samuri. Kami memilih tempat yang lama. Tempat baru bersebelahan stadium amat ramai. Di tempat lama ianya lebih enjoy makan cuma tidak happening saja. Secucuk masih lagi 70 sen. Aku makan sebanyak 10 cucuk. Perut terasa amat kenyang sekali. Badan pula letih. Malas pula nak merayau di pekan. Kami terus pulang ke asrama. Niat di hati petang ini sekali lagi aku akan ke pekan Kajang berjalan-jalan.

Kelas hari ini amat santai sekali. Fasi suka menayang video tentang haiwan dan yang bertugas dengan TNB. Rasa terhibur juga. Periksa pula akan di adakan pada hari Khamis. Kata fasi kali ini dia tidak mahu membaca sebab yang lepas-lepas bila dia baca peserta kursus tidur. Hari ini katanya biar peserta kursus yang baca. Maka kami pun jadilah seperti filem P Ramlee. Hari-hari cikgu main bola. Rakan aku boleh juga terlelap seketika. Ketika fasi memberi take 5 untuk peserta kursus hisap rokok aku terus kejutkan rakan aku.
" Man...Man time hang baca ". Terkejut beruk rakan aku. Terus dia mengambil nota..
" Dekat mana nak baca ". Tanpa melihat sekeliling. Aku tersenyum sambil jariku menunjuk perenggan yang harus dibaca.
" Pekerja-pekerja TNB haruslah mengamalkan peraturan keselamatan.... ". Aku tertawa hampir berguling melihat rakanku.
" Kughang ajaq hang Ariff ". Sambil dia juga tertawa di ikuti kami semua. Ha ha baru happening kursus ni.

4 comments:

pB said...

cian member tu

kakcik said...

Satay di Satay Station bagi kakcik adalah lebih sedap dari satay kajang tu. :)

Ariff Budiman said...

pB...Kena member yang boleh bergurau tak apa la..kan

Ariff Budiman said...

kakcik...Ya ka. Bagi kami yang kerap berkursus di Kajang inilah satay yang terbaik. Teringin juga nak merasa satay Station

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...