Teman-teman

Sunday, December 19, 2010

Jemputan Dari Silent Reader

Tarikh 18 Bisember 2010 maka genaplah 2 tahun Siti Aishah pergi meninggalkan kenangan kepada kami. Memang benar seperti kata Bearcat, pada tahun ini juga dugaan bersilih ganti menimpa keluarga kami. Bagi yang mengerti akan dugaan ini sudah pasti mengambil sikap positif. Tidak ada yang merungut mengapa Allah memberi dugaan yang amat berat ini. Sudah pasti akan ada hikmah yang akan disedari kemudiannya. Pada tarikh ini aku, anak-anak serta keluarga mengambil keputusan untuk mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka yang telah pergi mendahului kami.

Dalam kesibukan aku hendak menguruskan kenduri doa selamat, aku telah menerima email dari seorang silent reader Mohd Hazrin yang akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang sama. Begitu berharap dia agar aku dan isteri dapat hadir di majlis kenduri kahwinnya. Memandangkan tempatnya tidaklah begitu jauh iaitu di Komplek Sukan Balik Pulau maka aku dan isteri bersetuju untuk hadir

Setelah selesai kenduri unrtuk arwah isteriku kami bergegas pula ke Balik Pulau. Alhamdulillah akhirnya dapat bertemu dan berpelukan. Aku sempat mengucapkan tahniah diatas perkahwinannya. Begitu bersemangat Mohd Hazrin menceritakan kepada isteriku bagaimana dia mengenaliku melalui blog. Tersenyum isteriku mendengar. " Abang cerita apa dalam blog ". Tanya isteriku sebelum makan. " Tak adalah, abang ceritakan kisah hidup selepas kematian Aishah dan selepas perkahwinan kita berdua didalam blog". Diam isteriku mendengar penjelasan dariku.

Aku pulang dengan rasa syukur kerana dapat memenuhi permintaan dari silent reader yang baru membaca blog aku. Doaku kepada mereka semoga bahagia berkekalan dan be a good listener kepada pasangannya.

5 comments:

Insan Marhaen said...

IM pula berdebar-debar menunggu apa respon ibu_suri kalau menerima jawapan dari soalan:

" Abang cerita apa dalam blog "

kalau diam, belum tentu ok.

betul tu. be good listener pada pasangan kita kerana dia adalah orang harapan kita..

IMANSHAH said...

salam singgah

wah perkenalan dan persahabatan melaui blog..itulah hebatnya teknologi..semoga terus memberi manfaat

Insan Marhaen said...

o iya, jgn lupa tinggalkan url di n3 blogslist 2011 IM ya..

Ariff Budiman said...

Insan Marhein..Cakap saja yang betul tapi kena tapis sikit la. Oh ya saya dah tinggal url di blog IM

Ariff Budiman said...

IMANSHAH...Semoga bermanfaat buat semua. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...