Teman-teman

Sunday, November 28, 2010

Sudah Mampu Mengukir Senyum

Aku mendapat panggilan talipon dari tuan rumah untuk menyerahkan kunci rumah kami setelah mendapat wang pendahuluan. Tuan rumah telah menunaikan janjinya yang dibuat kepada kami. " Budiman beri dekat saya pendahuluan sebanyak RM15.000 saya akan memberi kunci rumah. Baki lagi RM100.000 Budiman beri kemudian dan kita buat proses penukaran nama hak milik ". Kini aku dan isteri sudah mampu tersenyum sebab bakal berpindah kerumah baruku. Dikawasan perumahan aku pula sudah hebuh diperkatakan yang aku hendak menjual rumahku. Ada yang hendak membeli. Aneh juga dimana mereka mendapat berita itu sedangkan aku tidak terlintas langsung untuk menjualnya. Itulah rumah kenangan aku hasil pencarian bersama arwah Siti Aishah. Kini kedua-dua anakku tinggal disana. " Bang kita beli cat untuk warna diluar ". Isteriku memberi cadangannya dan aku bersetuju yang kami akan mengubah suai setakat yang mampu sebelum mendudukinya.

Ruang atas yang mempunyai 3 bilkik tidur

Aku dan isteri telah membuat persetujuan yang isteriku membayar wang deposit manakala aku membayar ansuran bulanan. Alangkah indahnya kehidupan berkeluarga andaikata suami isteri dapat berbincang untuk mengatasi masalah. Alhamdulillah masalah kami hampir selesai. Bersemangat isteriku dengan rumah baru kami. katanya selepas selesai berniaga dia mengajak aku untuk mengemas dan membersih keadaan rumah. " Bang sebelum kita pindah abang tolong scan rumah kita. Ada tak benda tu ". Tertawa aku bila mendengar ketakutan isteriku terhadap makhluk halus. " Ala Nah, makhluk halus dimana-mana saja ada. Penuh disekeliling kita. Rumah yang tidak ada bacaan suci al-Quran dan tiada penghuninya menunaikan solat yang lima sudah tentu menjadi tempat persinggahan syaitan ". Aku menenangkan isteriku. Betul juga katanya sebab tidak pernah melihat jika dibandingkan dengan aku setiap hari melihat dan sudah tentu benda itu tidak menjadi hal.

Atas di sebelah luar rumah. Tempat mnjemur pakaian

" Tok sah risaulah Nah. Rumah kita alhamdulillah ok. Tuan rumah yang jual dekat kita pun merupakan orang yang tidak pernah meninggalkan solat. Nanti bila kita pindah perkara pertama yang perlu kita buat ialah bersembahyang dan membaca Al-Quran. Bila kita nak bersih rumah kita bawa sejadah. Kita solat disana ". Aku memberi kekuatan kepada isteri agar tidak merasa was-was berpindah kerumah baru. Ketika selesai membersih apa yang patut dan sebelum pulang kerumah kami bersolat dirumah baru. Aku melihat ketika berdoa isteriku mengalir airmatanya. " Kenapa Nah menangis ". Aku bertanya isteriku dengan kehairanan. Tidak gembirakah dia dengan rumah baru tapi dari reaksinya dia cukup gembira tatkala menerima kunci. " Sudah lama Nah berdoa untuk memiliki rumah sendiri. Setelah begitu lama berdoa alhamdulillah Allah makbulkan doa Nah. Rupanya Allah mengatur Nah akan tinggal bersama abang ". Semakin laju airmatanya yang membuatkan aku juga begitu terharu diatas kesabarannya berdoa.

pembiayaan peribadi

Aku juga telah menerima panggilan talipon dari pihak bank islam yang mengatakan pinjaman pembiayaan peribadiku telah diluluskan. Duit itu akan aku gunakan mengubah suai serba sedikit sebelum berpindah. Semoga Allah memberkati rumah baru kami. Insyallah kalau selesai semuanya kami akan berpindah pada pertengahan Disember ini. Ya Allah permudahkan segala urusan kami.

10 comments:

razip said...

Ya Allah permudahkan segala urusan saudaraku, Budiman. Amin.

Selamat berpindah ke Istana Baru. Amin.

Ariff Budiman said...

Terima kasih razip ditas doa ini. terharunya.

rozieyuzailayusof said...

Salam~mudah-mudahan dengan penghijrahan baru ini dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang Allah untuk tuan serta isteri.

Khahar said...

Alhamdulillah....Saya tumpang gembira :)

Ariff Budiman said...

rozieyuzailayusof...Terima kasih banyak2. Saya pun mengharapkan agar kasih sayang kami berkekalan hingga di penghujung nyawa insyaallah.

Ariff Budiman said...

Khahar..Terima kasih tak terhingga. Semoga Allah memberkati kepada yang memberi komen

iBu...gUru said...

Amin......... moga Allah memberkati cik arif dan keluarga dirumah baru nanti......

Ariff Budiman said...

Terima kasih ibu guru

Insan Marhaen said...

+ rumah ni besar ya Yang!

- ya lah. Sedangkan yang nak duduk cuma kita berdua je.

+ hurmm..nampaknya kita kena tambah penghuni nih!

Ariff Budiman said...

IM nanti boleh buat homestay

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...