Teman-teman

Thursday, November 04, 2010

Apple Cider Vinegar

Setelah mendapat maklumat dari sahabatku yang juga merupakan seorang blogger iaitu Insan Marhein tentang Apple Cider atau cuka epal, aku bergegas ke farmasi berdekatan untuk mencarinya. Alhamdulillah ada dijual disitu. Dijual dengan 2 botol sekali dimana sebotol bersaiz 946 ml. Harganya sebanyak RM40. Katanya masam sedikit sebab itu diberi hadiah percuma iaitu madu lebah. Aku bertanya apa kebaikan Apple Cider ni. Kata penjual dia untuk yang mengalami gout, kencing manis, darah tinggi dan ada lagi tapi aku dapat fokus 3 ini. Cara makan hanya sesudu camca besar sebelum makan. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja katanya. Tapi lebih baik 3 kali sehari. Aku begitu bersemangat ingin mencuba lalu terus aku ambil ini. Tiba-tiba teringat bapa angkat aku yang juga ada gout dan darah tinggi terus aku kerumahnya. Aku menghulurkan sebotol kepada mak angkat aku. Aku menceritakan sebagaimana yang diceritakan kepadaku. " Berapa makcik kena bayar Budiman ". Tanya mak angkat. " Tak mahal makcik cuma sedekah Al-fatihah untuk Aishah sudah la ". Sambil tersenyum aku membalasnya, Itulah yang aku buat selalu kalau memberi sesuatu kepada seseorang upahnya hanya Al-Fatihah buat arwah Siti Aishah. Terpulanglah kepada mereka samada hendak sedekah atau tidak.


Madu lebah diberi percuma agar tidak terasa terlalu masam

Aku pulang kerumah dan terus membuka penutup dan minum sesudu besar Apple Cider. Memang sah masam. Tapi kalau sesudu besar tak ada masalah bagiku. Isteriku cuba try. Apa lagi termuntah-muntah macam orang mengandung pula. Katanya dia tak mahu makan lagi kerana terlalu masam. Aku makan seorang la nampak gaya. Dengan botol sebesar ini dan makan hanyak sesudu camcam besar mungkin 6 bulan baru habis. Semoga dengan ikhtiarku ini lututku akan baik insyaallah.

4 comments:

hentian said...

IM cuma rekomen kat orang tapi IM sendiri belum try...

Ariff Budiman said...

Rasanya masam tapi terkawal.

btho2u said...

Try jus mengkudu. Ana kena lama gak gout dekat 2 bulan lebih. Apple cider pun taak jalan. Last last kawan bagi makan jus Mengkudu (bhsa inggeris panggil NONI..) Alhamdulillah, kalau kena gout, cepat kebah....

Amri JDC

Unknown said...

d mana ada jual ni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...