Teman-teman

Tuesday, November 02, 2010

Nasib Lutut Aku

Ketika pulang dari kerja hujan turun dengan lebatnya. Biarlah baju yang basah. Jangan laptop yang kena. Aku sampai dirumah jam 1 pagi. terketar-ketar badan akibat kesejukan. Setelah menyalin pakaian isteriku mengecas tunku elektrik. Sedap sungguh tatkala hujan lebat diluar tapi aku merasa kehangatan. Namun yang menggusarkan aku ialah lutut. Macam chipsmore. Sekejap sakit sekejap baik. Isteriku telah lama melelapkan mata. Esok dia akan berniaga jadi biarlah dia tidur dahulu. Aku terkebil-kebil menahan kesakitan lutut yang semakin terasa. Aku letakkan tunku yang dipanaskan diatas lututku. Terasa lega sedikit.

Tatkala aku hampir terlelap, aku terdengar isteriku merungut perlahan. Apa yang dimimpikannya. Aku cuba mendengar butir-butir suara yang keluar dari mulutnya. Akhirnya ketika aku hampir terlelap aku terkejut bila isteriku menjerit kuat sambil menampar lututku. " Adoi Nah tampar lutut abang. Sakitnya ". Aku pula menjerit kesakitan. Isteriku tiba-tiba terjaga. " Pasal apa abang. Abang sakit lutut ka ". Tanya isteriku. Nak marah tak patut sangat. Dia bermimpi. Tapi aku yang menjadi mangsa mimpinya. " Nah mimpi apa ni sampai tampar lutut abang. Dahlah tinggal 50/50 tadi. Ni tinggal 10 % saja lutut abang ". Sambil aku tertawa gelihati sambil aku mengurut lutut aku yang kesakitan akibat ditampar.

Akhirnya jam 3 pagi kami berdua tidak dapat lagi menahan ketawa. Tak pernah pun sekali aku mendengar isteriku bermimpi begini. Selalunya kata isteriku aku yang kerap bermimpi. Kadang-kadang sedang bersilat dan kadang-kadang membaca ayat quran. Pagi ini isteriku sudah meletakkan tunku didalam beg laptop. Katanya agar aku dapat menggunakannya di tempat kerja. Tu nak bodek aku balik la setelah menampar lutut aku. Sekejap-sekejap dia menalipon aku samada aku sudah menggunakan tunku atau tidak. Sayang juga dia dekat aku no.

2 comments:

Insan Marhaen said...

tak pa la WN. asalkan laptop tak sakit lutut!

Syahazli said...

Gout ka?!?!.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...