Teman-teman

Thursday, December 26, 2013

Semoga Ada Hikmah Di Sebaliknya

Aku melihat sebuah kereta Myvi Putih yang baru dibeli dari seorang gadis dari Kelantan yang menyewa bersebelahan dengan rumahku. Dengar kabar dia juga baru memperolehi lesen P. Sahabatku dari blogger Langkah Kaki Afra Luthfiyah memanggil kereta Myvi putih dengan panggilan Kuda Putih. Selang beberapa hari aku melihat sekeping kertas diletakkan diatas cermin kereta Myvi. Aku membaca dan tahulah yang ada orang yang tidak senang hati bila kereta Myvi diletakkan disitu. Kata si penulis ia mengganggu keluar masuk kereta mereka. Betul seperti kata- kata dalam surat tersebut cuma yang aku tidak bersetuju ialah caranya. Kenapa mereka sendiri tidak berjumpa secara berdepan dengan pemilik kereta tersebut. Bagi aku itu merupakan sikap seorang yang pengecut. Kalau kita yakin kita ada hak untuk bersuara kenapa tidak berterus terang saja. Kenapa harus diletakkan surat dengan kata- kata yang tidak enak.


Ketika aku keluar untuk bertugas malam kertas masih berada di atas cermin. Mungkin pemilik kereta belum pulang dari kerja lagi. Jam 2 pagi aku menerima panggilan dari siteriku. Melihat nama yang tertera telah membuatkan jantung aku bergerak begitu pantas. Apa pula yang berlaku dirumah kali ini..
" Assalamualaikum abang. Tadi sebelum tidur Nah berdoa semoga Allah pelihara dari terjadi apa-apa perkara ". Kata isteriku. Tertawa kecil dia sambil bercerita. Aku mendengar dengan penuh minat.
" Selesai berdoa Nah mendengar bunyi " gedebooommm...." yang begitu kuat. Ingatkan ada orang yang masuk kerumah kita. Nah beranikan diri keluar bersama tongkat lalu membuka pintu. Rupanya jiran kita yang menggunakan kereta Myvi telah melanggar kereta Nah. Dia nak mengubah keretanya setelah membaca surat. Entah kenapa dia tertekan minya lalu keretanya menghentam kereta. Teruk juga kereta Nah ". Tertawa isteriku ketika bercerita manakala aku hanya terdiam sahaja. Baru saja diduga dengan rumah diceroboh. Kini kereta isteriku pula telah dilanggar.

Bila aku sampai dirumah aku melihat apa kerosakan pada kereta isteriku. Seorang gadis menghampiri aku. Pucat mukanya. Mungkin takut aku akan memarahinya
" Bang....saya minta maaf. Saya tak sengaja melanggar. Tak apa saya bayar kereta abang yang rosak ". Aku hanya tersenyum mendengar permohonan maaf darinya
" Tak apa. Adik bukan sengaja. Nanti bila saya repair saya bagitau harganya ". Nampak kelegaan di wajahnya.
" Saya nak bawa kereta saya repair. Jangan lupa beritahu harga ". Katanya dalam loghat Kelantan. Aku dan isteri hanya tersenyum.

Keesokkan harinya bila melihat kereta isteriku masih berada di depan rumah gadis tersebut datang bertanya kenapa belum menghantar kereta. Katanya dia tidak senang duduk selagi kereta tak di baiki. Isteriku beritahu yang aku terlalu sibuk dengan pekerjaanku. Nanti ada kelapangan kereta akan dibawa. Esok pula gadis tersebut datang dan memberi wang sebanyak RM100 untuk pendahuluan. Mungkin sangkaannya selagi kami tidak dapat wang kereta tidak akan dibaiki.

Hari ini aku dan isteri ke bengkel kereta kepunyaan rakanku. Rakanku mengeluarkan buku dan mencatat sesuatu. Akhirnya dia bersuara
" Teruk juga kereta bini hang kena hentam. Nak kena ketuk dulu. Kos ketuk RM250. Lepas tu baru cat bonet kereta. Kos cat RM450. Semuanya RMRM700 ". Kata rakanku. Aku meninggalkan kereta untuk dibaiki.
" Kalau budak tu dengar harga tentu dia terkejut ". Aku berkata kepada isteriku.
" Macam ni lah Nah. Nah tanya dia setakat mana dia mampu. Kesian juga dekat dia ". Isteriku turut bersetuju dengan pendapatku. Balik rumah isteriku terus menalipon gadis tersebut meminta dia datang ke rumah kami.

Sekejap saja gadis tersebut sudah berada di dalam rumahku. Nampak gelisah di mukanya.
" Tadi saya dan kakak dah bawa kereta. kata tukang repair bonet dan bumper kena ketuk sebab teruk kena hentam. Upah untuk bonet RM250 ". Dengar harga upah ketuk saja gadis tersebut dah mengeluh dan terkejut.
" Lepas ketuk baru dia cat dan upah cat sebanyak RM450. Semua RM700. Macam mana adik ". Aku bertanya terus kepada gadis tersebut. Gadis tersebut terus diam dan tunduk. Kelihatan airmukanya terlalu sedih dan hampir menangis.
" Macam nilah dik. Berapa adik mampu bayar ". Terus aku bertanya gadis tersebut.
" Minta maaf abang dengan kakak. Saya hanya boleh bayar RM300 saja. Saya sudah tak ada duit lagi ". Katanya.
" Tak apalah dik. Adik bayar RM300 sudah. Yang lain kami tambah ". Aku berkata dan isteriku turut bersetuju.
" Tapi yang RM300 tu saya tak boleh bayar sekarang. Cukup bulan baru saya bayar. Minta maaf banyak kak ". Katanya kepada isteriku
" Tak apa. Bukan adik sengaja nak langgar ". Kata isteriku.
" Terima kasih kakak dan abang. Saya minta maaf banyak-banyak ". Sambil keluar dia bersalaman dengan isteriku. Sekejap dia datang pulak kepada isteriku
" Kak..tak po ka saya bayar hanya RM300 dekat kak ". Tanya gadis itu lagi
" Tak apa... ". Jawab isteriku ringkas

" Last kita juga yang kena tambah ". Gurau isteriku. Aku tertawa kecil mendengar gurauan isteriku
" Tak apalah Nah. Ganjaran dari Allah lebih baik dari ini. Kalau apa yang kita buat ni di kira pahala oleh Allah, kita sedekahkan pahalanya kepada orang yang kita kasihi yang telah pergi ". Aku berkata kepada isteriku. Aku sudah niat di dalam hatiku. Andai ini dikira pahala oleh Allah, aku sedekah pahalanya kepada kedua-dua ibu serta ayahku. Kepada isteriku Siti Aishah. Kepada kakakku dan suaminya serta ibu serta ayah sahabat baikku LSY. Semoga Allah terima amal ini untuk mereka.

4 comments:

smbotak said...

kebiasaan yang saya lihat (berdasarkan pengalaman), kebanyakan perempuan yang baru dapat lesen akan cepat gelabah. gelabah sampai tertekan pedal minyak tanpa sengaja. takpe, rm300 tu pun dah cukup besar pada dia kot memandangkan dia sendiri pun kena tanggung kos kerosakan kuda putih tu...

radziah AR said...

mulianya suami isteri ni. semoga ianya melekat pada saya pula...

Nazayiena Ayiena said...

Semoga lepas nie murah lg rezeki buat En Arif dan isteri.

Anonymous said...

Sy pun bru jadi cmni. Sy cool je mase kene langgar. Alih2 kene g bengkel sebab bonet xleh nk tutup. Kos repair dlm rm180 tanggung sendiri. Nasib baik tak byk. Wapun bukan salah sy. Org yg hentam blkg kereta.

Dalam hati sy ckp Allah nak uji sket ni. Mungkin ade silap yg sy buat n x perasan. Allah test sikit tanda syg. Hehe

Walaupun melayang sket, hati tenang. Org bengkel pun baik wpun cino..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...