Teman-teman

Monday, June 08, 2009

Kurniaan Yang Menakutkan

Semasa aku berada dialam remaja. Naluriku ingin sekali mempunyai ilmu persilatan. Sebut saja dimana ada gelanggang yang baru dibuka pasti aku akan berada disana. Tapi tidak ada yang pernah kekal sebab semuanya bagiku tidak mencabar. Aku inginkan suatu silat yang dapat menerobos alam ghaib. Lantas bila berpeluang masuk kedalam hutan bersama rakan-rakan aku kerap berdoa didalam hati agar dipertemukan dengan panglima hitam. Itulah angan-anganku yang terlampau. Aku ceritakan naluriku kepada rakan-rakanku. Kata mereka aku memang merepek. Kalau boleh jika aku dikurniakan ilmu ini aku akan membantu orang lain yang terkena sihir. Kataku terus kepada rakanku.

Tiba-tiba seorang rakanku mengesyorkan agar kami bertapa di gua Tok Alang yang terletak di Bukit Jambul sekarang. Tapi kini gua tersebut telah ditutup. Kami terus berjumpa dengan seorang pakcik yang tinggal berdekatan dengan gua tersebut dan menceritakan hasrat kami. Pakcik itu pun menceritakan serba sedikit tentang gua yang telah lama berada disana. Banyak orang pergi bertapa disana untuk meminta nombor ekor tapi akhirnya lari lintang pukang.

Setelah berfikir selama beberapa hari kami mengambil keputusan pergi untuk meneroka alam misteri gua tersebut. Pakcik memberi nasihat agar jaga mulut dan budi pekerti semasa didalam maklumlah didalam bukannya manusia saja yang ada tetapi makhluk lain juga ada. Terdiam aku tapi didalam hati aku berkata, " Ni yang best. Aku akan berjumpa panglima hitam ". Selepas isyak kami seramai 6 orang masuk kedalam gua berbekalkan cahaya lilin. Aku berkata kepada emak dan ayah yang aku nak pergi belajar silat. Kalau kedua-dua mereka tahu tujuan sebenar aku kesana sudah tentu dilarangnya aku kesana.

Setelah membaca wirid kami pun berzikir. Macam cerita pendekar bujang lapuk. Tengah rancak berzikir terlihat kelibat seekor ular yang besar melalui hadapan kami. Berpeluh aku lalu aku pejamkan mata. Kawanku berkata," Diman hang punya dok zikir hang tak nampak ular besar ka". Aku berkata, " Sebab nampaklah aku pejam mata. Macam mana ni, nak chow ka ". Apalagi kami pun lari lintang pukang sambil menjerit ketawa akibat geli hati. Misi gagal untuk bertemu panglima hitam akhirnya ular besar yang bewarna hitam yang terjumpa.

Kami menjadi semakin berani. Bukan setakat berjumpa hantu, mengejar hantu sudah menjadi rutin. Macam-macm nama hantu kami beri bila bersua dengannya. Yang special ialah Hantu lampu kami beri nama sebab dia tak suka cahaya. Bila buka saja lampu suluh dia akan menampar tangan siapa yang memegangnya. Bertempiaran kami lari di atas jirat cina. Aku sering menceritakan pengalaman hidup semasa remajaku kepada kedua-dua anakku. Tujuannya agar mereka tidak terlalu takut bila menghadapi situasi ini. Kini aku tahu anak gadisku walaupun perwatakan lembut namun dia berani menghadapinya. Tatkala dia menyewa rumah diSungai Petani mereka telah diganggu oleh makhluk namun dia buat tak tahu saja dan akhirnya makhluk itu sendiri tak mengganggu lagi.

Setelah kejadian yang menimpa aku dalam tahun 1999, kalian semua boleh baca entri aku dalam tahun 2008. Entah kenapa kadang-kala aku dapat terus melihat apa yang orang lain tak nampak. kali pertama aku melihatnya terasa menggigil satu badan. Kini amat kerap aku melihat benda-benda pelik sedangkan aku tidak mempunyai ilmu yang tinggi. Aku tidak belajar dimana-mana. Ia sendiri terjadi selepas kejadian pada tahun 1999. Arwah isteriku menghembus sendiri ayat yang aku berikan kepadanya ketika dalam separuh sedar. Kedua-dua anakku telah tahu apa yang terjadi kepadaku. Bila kami melalui perkuburan anakku akan menjeling kearahku. " Macam mana ayah nampak ka ". Aku hanya menganggukkan kepala. Akhirnya mereka sendiri tidak bertanya lagi.

Baru-baru ini anak saudaraku menceritakanbahawa dia melihat kelibat isterinya berada di dapur walhal sebenarnya isterinya sedang menunaikan solat. Kataku biasala kalau rumah baru. Lama kelamaan hilanglah ia. Pada malam itu dia duduk keseorangan diluar sambil menghembuskan asap-asap rokok. Tanpa dia menyedari berada sebelahnya ialah lembaga yang menyerupai isterinya. Lembaga itu memerhati akan aku dan aku juga terus mermerhati dia. Entah kenapa aku bertindak demikian. Selalunya bila aku melihat aku buat tak nampak saja. Tapi ini lain. Kami terus bertentangan mata tanpa disedari langsung oleh anak saudaraku. Akhirnya aku membaca ayat suci Al-Quran dari surah Yasin lalu aku hembus. Terus hilang. Aku cerita perkara ini kepada anak gadisku. Dia nampak relax. " Ada lagi ka ayah benda tu dekat luar ". Tanya anak gadisku. " Dah hilang ".

Aku bukan bertujuan menceritakan kisah ini menandakan aku ada ilmu. Tidak sama sekali. Aku tidak menuntut dimana-mana. Ia adalah anugerah dan anugerah itulah yang menakutkan aku.Kadang-kadang naluriku cepat merasakan kehadiran sesuatu. Tak pa nanti sambung lagi..Mungkin entri ni ramai pembaca tidak suka. Tak apa itu hak masing-masing. Aku cuma cerita pengalamanku saja.

7 comments:

myfr3ak said...

"Mungkin entri ni ramai pembaca tidak suka"

tak ramai kot! Sebab bukan semua orang diberikan 'Anugerah' ni, betul tak abang? Kadang-kadang nak juga dapat tengok benda-benda ni, tambah-tambah masa balik malam-malam kat bukit lama ke balik pulau tu. Mata memang meliar, tapi tidak dapat keizinan dari-Nya.

ARIFF BUDIMAN said...

myfr3ak..Janganlah tengok. Nanti tak boleh lena. Bukit lama Balik Pulau cukup banyak. Berterbangan. Tak apalah ada rezeki nampaklah ia.he he

zai said...

masa kecil2 dulu pernahla nampak tapi sekadar nmpk bayangan tangan perempuan memakai gelang memanggil saya bangun dari tidur dari luar kelambu sbb masa tu tidur dgn tok nampak dibawah cahaya lampu minyak tanah jer..gerun sgt2 sbb masa tu tgh malam..hmm smpi skrg masih ingat lagi peristiwa tu...

a kl citizen said...

takut jugak ada keistimewaan cam ni...

myfr3ak said...

yang terbang-terbang tu tak biasa nampak.

Sekali saja pernah kena kacau kat bukit lama, betul-betul kat tokong hindu tu, dengar saja hilaiannya, masing-masing terpaku dalam kereta, diamm saja sampai balik pulau..tapi masa dia hilai tu, kata hati pertama nak turun kereta pi cari, lepas beberapa saat, mula rasa gerun! Haha.

alizarin said...

Selamat bakal pengantin baru...semoga berbahagia..

IdaAnuar said...

salam...saya berjalan di google terjumpa entri ni pada blog myfr3ak..keistimewaan yang bukan sengaja mahu di miliki.kita sama abang ariff.tanpa perlu mempelajari ilmu ini..allah itu maha kaya lantas memberi anugerah ini..kalau dulu saya hanya melihat seimbas tetapi kini lebih banyak terpacak di depan mata.susah nak cakap alam ghaib memang wujud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...