Teman-teman
Thursday, June 25, 2009
Bila Durian Menyerang
Penang sekarang telah diserang dengan musim buah-buahan tempatan terutama sekali buah durian. Aku selalu kalau musim ini tak pernah miss membeli. Arwah isteri aku dulu suka makan buah durian yang bernama Ang Hae. Isinya lemak. Pernah mendapat tempat no.1 semasa pertandingan buah durian pada tahun 2004. Akan aku beli dan letak dalam peti sejuk. Kini walaupun dia telah tiada aku masih membeli dan letak dalam peti sejuk. Aku juga tak pernah lupa pada isteri baruku. Buah yang sama juga aku beli untuk dimakan. Cuma di dalam peti sejuk aku, mungkin dimakan oleh anak aku sebelum dia ke Politeknik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Ang Hae - udang merah...emmmm
salam saudara budiman
Jom pakat2 p karnival makan durian di pantai telok bayu sg batu 28hb ni....
Ang He mmg manyak sidap wooo..
Tp dgn penyakit darah tinggi yg ikut suka ati dia je nak naik turun ni, susah skitlah nak mkn.. Baru pekena dua tiga ulas, dah mula sesak nafas ni..
Saya pun hantu durian gak tapi suka makan ngan pulut lemak baru kaw, klu dah makan tu mak mentua lalu pun x nampak dah..tapi lepas tu malam nnti siapla..panas nak mampuih..tiduq kena bukak kipas sampai habis..panaaaaaasss !!!
waaaa,nak makan duriaaaannnnn
huhuhu nak makan durian tak buleh, durian lak berlonggok dalam rumah. time buleh makan durian, nak cari sebijik pun susah....
DURIANNNNN!
saye pun hantu durian jugak.. paling suka kalau dicampur dalam bubur kacang atau dibuat pulut durian..
sesekali musim durian melanda mmg tak pandang sgtla buah epal semua tu..hihi
hm, ni teringin makan durian nih
kat rumah sy skrg ni pun tgh pesta durian
Post a Comment