Teman-teman

Tuesday, October 09, 2012

Buat Tambang Bas

Aku melangkah keluar dari surau Hospital Besar Pulau Pinang setelah menunaikan solat asar. Isteriku masih lagi didalam maklumlah kaum wanita memang begitu. Tak sama macam lelaki. Sinting seluar, ambil wuduk dan terus solat. Wanita pula harus membuka tudung dan bermacam- macam lagi perkara yang mereka perlu lakukan sebelum dan sesudah solat. Aku tidak kisah dengan semua itu. Aku lebih suka kalau berjalan pasti akan singgah di masjid atau surau yang sempat. Tak payah solat di rumah sahaja.

Sambil menanti isteriku keluar, aku mengeluarkan wang RM1 lalu aku masukkan kemesin air minuman. Terus menyala. Aku mencari apa minuman yang best. Terasa begitu haus tekak ini setelah kelaur dari rumah jam 12 tengahari lagi. Nescafe, teh, white coffee, coffee dan akhirnya aku menekan 100 plus. Aku mengambil dan terus mencari bangku untuk duduk. Aku tidak suka minum sambil berdiri walaupun ramai yang berbuat demikian. Itu bukan akhlak islam. Ramai Wanita sekarang sudah tidak ambil kisah tentang ini. Mereka tiada segan silu minum sambil berdiri. Ketika aku duduk seorang pakcik berpakaian agak kemas berbaju batik lengan pendek dan berseluar slack menghampiriku dengan senyuman.
" Nak...boleh pakcik bertanya ". Tanya pakcik itu sambil tersenyum.
" Pakcik nak tanya apa ". Kataku sambil meletakkan minuman 100 plus sebelah aku.
" Anak ada tak RM 2 ". Tanya pakcik itu ringkas.
" Pakcik nak buat apa dengan RM 2 ". Aku sengaja bertanya padahal aku boleh terus memberinya wang. Bukan apa terlalu kerap aku berjumpa dengan manusia yang kerap meminta dengan bermacam-macam alasan.
" Pakcik nak buat tambang bas ". Katanya ringkas.

Aku terus mebuka beg duit tapi hanya terdapa RM 100. Aku tergaru- garu kepala yang tidak gatal. Aku terus menyeluk saku dan mengeluarkan kesemua wang siling yang ada.
" Maaf pakcik. Ini saja yang saya ada sebab baru saja di belanjakan ". Sambil menghulur kepada kepada pakcik. Dia terus mengambil dan mengira.
" Ada 1.80 sen. Tak cukup 2 kupang. Tak apa. Terima kasih nak ". Terus pergi pakcik itu dan aku meneruskan minumanku.

Selesai minum isteriku keluar dan kami berlalu pergi. Kelihatan pakcik tadi masih meminta wang dari orang ramai. Melihat aku datang dia tersipu- sipu malu sambil memegang RM2 yang baru dapat dari seorang wanita. Memang aku tahu pakcik tadi menipu tetapi aku malas nak menyoal siasat deka hanya kerana RM2. Aku halalkan pemberianku tadi. Mungkin pakcik tersebut mempunyai sebab yang membuatkan dia bertindak begitu. Kalau Allah terima pemberianku tanpa perasaan marah biarlah pahalanya aku sedekah kepada kedua ibubapaku. Semoga Allah permudahkan. Juga aku tidak pernah lupa sedekah pahalanya kepada ayah dan ibu sahabat baikku LSY. Semoga Allah tempatkan roh mereka bersama para solihin

4 comments:

Alyaa Farzanah said...

jelajah tambah ilmu

Ariff Budiman said...

Alyaa Farzanah.........Terima kasih kerna sudi jelajah ke sini

Bearcat said...

Alahai...kami dari awal-awal dah pakcik ni keja minta duit.

Semacam ja pakcik tu.

Ariff Budiman said...

bearcat...Memang ramai taktik macam ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...