Teman-teman

Monday, October 01, 2012

Bila Bapa Mertua Ada FB

Baru-baru ni isteriku pulang dari warung membeli kuih muih sebab anak menantu pulang bercuti. Aku pula bertugas malam. Bila pulang mereka sedang minum pagi.
" Abang tadi ada seorang wanita jumpa Nah. Katanya dia kenal abang dalam FB dan menjadi kawan abang ". Kata isteriku dengan senyuman. Aku tahu dia tidak cemburu.
" Amboi ayah pun main FB ka. Mak tak jeolous ka ". Tanya menantu aku. Aku dan isteriku hanya tersenyum.
" Mak tak reti nak FB. Kalau mak FB mak nak jadi kawan ayah la ". Aku tertawa bila isteriku berkata demikian.
" Ayah ramai ka kawan di FB ". Tanya menantuku.
" Ayah memang ramai kawan. Falsafah ayah biar ramai kawan tapi isteri hanya satu ". Isteriku tersenyum sambil memberi thumb up padaku. Menantuku hanya tersenyum melihat aku bergurau dengan isteriku. Biar mereka belajar dengan melihat kebahgiaan ibu bapa mereka. Jangan sebelum berkahwin suka bergurau. Bila berkahwin masing-masing membawa diri. Hilang gurau senda. Aku tidak begitu......

10 comments:

Kakcik Nur said...

Suami kakcik ada FB tapi semuanya anak yang 'uruskan'. :)

Nanie@NMS said...

Salam Ariff,

Fbook jadi tentangan hebat dari anak2 bila akak buka account, mereka kata "mama ni dah tua pun nak berfacebook bagai" Aduhaiii..sampai mereka tak mahu jadi friendlist akak. Lama2 baru mereka faham, sebab akak tidak ada aktivity seharian suntuk sejak dah bersara, sejak dah sakit, maka facebook dan blog sajalah yang akak berkomukasi dengan kawan2.
Alhamdulillah, mereka sudah pun jadi friendlist akak sekarang..hik3x.

Nor Shamilah Ismail said...

Betul tu En Ariff..biar kawan beribu..isteri tetap satu...org2 perempuan suka ayat ni..Apa pun kirim salam pada kak Nah ye..saya respek dia..isteri mithali dan pandai masak..saya kalau tengok masakan dia pasti terliog..sedap, apatah lagi masakan utara.

Ariff Budiman said...

Kakcik....Senang kalau anak2 pandai internet. Tak payah nak fikir2 lagi.

Ariff Budiman said...

Nanie@NMS....Akak saya alhamdulillah kedua2 anak saya merupakan friend saya cuma isteri dia tak minat FB.

Ariff Budiman said...

Nor Shamilah...Ya ke orang wanita suka ayat ini. Itu pendapat saya saja. Memang betul dia isteri mithali

nadinezuharra said...

FB untuk perkara yang baik apa salahnye.. : ) kadang2 tk sempat jengah blog boleh intai2 di FB.. sy suka tgk gambar2 makanan yg sdr Budiman upload.. tp tak boleh tgk time lapar..bahaya, hehehe

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Ramai peminat perempuan nampak...hahaha... Apa2 pun terima kasih sudi berkawan dgn saya ;))

Ariff Budiman said...

nadinezuharra....Betul. Kedua2nya ada kegunaannya. Gambar makanan sampinagn saja. He he. Insyaallah akan uplaoad lagi

Ariff Budiman said...

Marya Yusof...Alhamdulillah. Ramai kawan luas pengetahuan. Saya pun ucap ribuan terima kasih pada Marya yang juga sudi frien dgn saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...