Teman-teman

Monday, October 29, 2012

Semoga Anak-Anakku Berjaya Dan Bahagia

Alhamdulillah pada tanggal 28 Oktober 2012 anak gadisku telah selamat bertunang. Pertunangan berlansung di rumah ibu mertuaku atas pemintaan kaum keluarga arwah isteriku. Aku tiada masalah memandangkan kedua-dua anak-anakku juga rapat dengan keluarga ibu mereka. Yang baiknya ialah keluarga mertuaku memang pandai memasak. Jadi bab memasak aku serah kepada mereka. Aku hanya memberi dan membeli barang. Yang selebihnya di bantu kaum keluarga. Memang happening juga.

Aku, isteri serta kedua-dua anakku
2 hari sebelum majlis anak gadisku menghantar sms kepadaku. Katanya kalaulah ada emak sudah tentu majlis bertambah meriah. Anak-anakku juga sepertiku. Merindui ibu mereka. Terpaksa aku pendamkan perasaanku semasa majlis berlangsung. Biarlah anak gadisku gembira. Kadang-kadang aku terbayang arwah Siti Aishah begitu sibuk di dapur. Sekejap aku terbayang tawa dan senyumnya ketika anakku bersalaman dengan bakal ibu mertuanya. Memang aku cukup terasa ketika ini. Kalaulah Siti Aishah ada sudah tentu dia gembira melihat keayuan anak gadisnya. Tapi semua itu sudah berlalu. Aku doakan agar anak gadisku bahagia bersama pilihannya.

Bersama kakak, abang ipar serta adik. Yang bertudung hitam ialah ibu mertuaku
Juga tidak aku lupakan kepada anak lelakiku. Minggu lepas dia telah selamat dalam majlis konvonya. Sebagai ayah aku juga berdoa agar anak lelakuku berjaya mengharungi dugaan hidup. Semoga mereka berdua berjaya.

Konvo anak lelakiku



2 comments:

blu4sky said...

taniah en ariff dan keluarga..semoga anak-anak berjaya dunia akhirat.

Ariff Budiman said...

blu4sky...Terima kasih banyak-banyak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...