Teman-teman

Sunday, October 07, 2012

Bila Suami Ke Pasar

Isteriku meminta aku ke pasar membeli santan. Katanya dia hendak masak kari kepala ikan. Sudah seminggu kepala ikan tersimpan di dalam peti sejuk. Jam 6.30 pagi aku sudah menuju ke pasar. kalau hari minggu sudah tentu ramai orang. Jadi 6.30 pagi pasar masih lagi lengang. Aku tidak terus membeli santan. Aku tawaf dulu untuk melihat ikan atau yang lain.


Aku mengambil kelempong ikan. Sengaja aku hendak menyimpannya. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Ramai yang berminat. Kalau aku lewat maknanya kelempong sudah pasti di beli orang. Alhamdulillah dapat juga 3 kelempong dengan harga RM 1.50.


Aku melihat pula sotong kurita atau octopus. Semenjak kecil lagi keluargaku menggemari sotong ini. Ia di cicah dengan air asam. Aku mengambil 2 ekor dengan harga RM7. Niat di hati nak cicah dengan air asam atau sos cili. Susah juga mendapat sotong kurita kalau ke pasar lewat. Isteriku pula tidak suka ke pasar awal pagi. Dia lebih suka jam 9 atau 10 pagi. Semasa aku bersama arwah Siti Aishah seawal pagi kami sudah ke pasar jadi aku sudah biasakan diri.


Entah macam mana aku terpandang sotong besar. Isteriku amat menggemari sotong ini. dia kerap masak kunyit. Memang best. Aku beli untuknya dengan harga RM8. Memang besar sungguh. Bila aku membawa pulang isteriku gembira melihat sotong yang di gemarinya. Itulah kalau orang lelaki ke pasar. Asalnya hanya santan terus beranak pinak menjadi pelbagai. Senang saja boleh di simpan di dalam peti sejuk. kalau waktu hujan bekalan sudah ada.

2 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ariff,

Best membeli jika isteri rajin dan pandai masak, jika tidak beku dalam peti sejuk ajer lah..hik3x

insan marhaen said...

Itu kalau lelaki macam WN la. kalau macam IM, suruh beli santan beli santan aje la... lepas tu balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...