Teman-teman

Saturday, October 27, 2012

Suasana Kampong

Aku merasa cukup boring berada di rumah. Nak mengajak isteriku berjalan dia begitu sibuk dengan persiapan hari raya dan pertunangan anak gadisku. Akhirnya aku mengambil kamera dan memberitahu isteriku yang aku akan ke pantai untuk mengambil gambar. Terus aku memecut motosikal tapi aku kerumah ibu mertuaku. Manalah tahu anak lelakiku berada disana jadi boleh la aku mengajaknya keluar.


Bila sampai di rumah ibu mertua, anak lelakiku tiada disitu. Nak kepantai memang boring pula. Entah kenapa hati aku terasa amat kosong sekali. Akhirnya aku terpandang pokok ciku. Banyak juga buah ciku. Lama juga tak makan buah ciku.


Terus aku mengambil galah yang dipanggil galah wap. Ia dicipta untuk memudahkan buah terus masuk kedalam dan tidak jatuh kebawah. Jadi buah tidak pecah dan busuk cepat. Mudah saja. Masukkan buah kedalam kain dan tarik. Buah akan jatuh kedalam.


Alhamdulillah banyak juga yang aku dapat. isteriku memang tak boleh nampak buah ciku. Memang kesukaan dia dengan buah ciku. Kalau nak dibawa pulang buah ini akan berabuk. Selalunya kalau dikampong dulu aku akan basuh buah dan berus membuang selapuk pada buah. Kemudian aku akan jemur. Buah akan masak dengan cepat.


Aku menggunakan cara tradisional. Dengan sabut kelapa aku gosok buah ciku sehingga berkilat. Orang kampong yang lalu lalang asyik memerhati aku gosok buah ciku. Pernah aku ditegur rajin sebab gosok buah ciku. Aku seronok bila melihat buah ciku menjadi bersih. Aku kira kesemuanya ada 30 biji. Alhamdulillah. Sedang aku masukkan buah kedalam plastik tiba-tiba sebuah motosikal menghampiriku.
" Assalamualaikum bang. Abang nak jual tak buah ciku ni ". Tanya lelaki yang membawa motosikal. Isterinya hanay tersenyum bonceng dari belakang.
" Nak ka buah ciku ni ". Sengaja aku bertanya
" Ni...orang rumah saya. Teringin buah ciku. Merata kami cari tak jumpa ". Tahulah aku isterinya mengandung. Terus aku memberi mereka 10 biji.
" Ambillah. Ini yang dinamakan rezeki ". Tersenyum isteri lelaki tersebut bila mendapat buah idaman. Nasib baiklah berjumpa. Kalau tidak tak tahulah aku. Hu...orang mengandung jangan di buat main. Kalau dia nak yang itu, itulah sebutannya setiap hari.


4 comments:

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Sedapnye buah ciku! Tak tahu pulak boleh digosok sampai berkilat... Nasib baik xdok jin dlm tu...hehehe...terpikir juga dibuatnya saya mengandung kat sini harap2 xdelah teringin yg susah2...huhuhu

Ariff Budiman said...

Marya Yusof.......Kih kih. Jangan buat pasai la Marya oiiii. Di Peru tak ada la buah ciku.. Nak kirim pun kena tunggu musim.

pB said...

boleh digilap ker ??

wah tak tahu la pulak


biasnya pB basuh dan terus buang kulitnya...

Mrs.Izi said...

sedapnya buah ciku.dulu kecik2 mak selalu suruh gilap ciku pakai sabut.pastu peram nk kasi masak.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...