Teman-teman

Wednesday, October 19, 2016

Nasihat Mr Chong

Aku ternanti-nanti fasilitator yang akan memberi ilmu kepada kami. Tiba-tiba masuk seorang lelaki yang aku kenal. Dia ialah fasi yang pernah mengajar aku dalam program QCS dalam tahun 90an. Aku masih ingat dia dapat mengesan bakatku dalam percakapan. Katanya aku boleh jadi pengerusi majlis dan banyak lagi. Aku katakan padanya yang aku berminat untuk menjadi dj. Dia sarankan agar aku memhon kursus Pengacara Majlis Professional. Biar kita mempunyai bukti dalam expertise kita. Itu kata fasi aku. Bila pulang terus aku memohon kursus tersebut dan alhamdulillah aku berjaya.

Bermula saat itulah aku berani kehadapan. Aku tidak gugup, tidak takut bila berhadapan dengan orang ramai terutama dalam bidang dj rumah kenduri. pagi itu dia bersama kami. Seronok mendengar ceritanya. Dalam memberi motivasi kepada kami dia akan selit cerita tentang dirinya. Cerita sekitar tahun 90an dunia mengalami krisis ekonomi yang teruk dan Malaysia juga tidak terkecuali. Dia dihantar pihak majikan ke Singapore untuk mengetahui ilmu perniagaan. Dia bertemu dengan rakan lamanya berbangsa cina Mr Chong

" Chong....Awak tidak terkesan ke dengan kegawatan ekonomi ni ". Tanya fasi
" Tak ada. Saya rasa biasa saja tapi satu perkara yang saya ingat ialah kalau saya ada masalah peribadi dan kewangan saya akan sedekahkan wang saya dekat yang memerlukan walaupun saya tau time itu saya tidak ada wang. Hati saya akan tenang kalau buat macam tu. Saya sedar bila saya buat macam tu saya akan dapat projek ". Kata Chong

" Tuan2 dan puan2. Tiba-tiba saya rasa terpukul dengan kata2 rakan saya. Ketika memandu saya terfikir sepatutnya saya sebagai seorang muslim yang akan berkata demikian kepada Chong. Ini terbalik. Apa yang saya dapat belajar dari kisah Mr Chong ialah The Power Of Sadaqah. Bermula saat itu saya akan pastikan setiap kali keluar, duit RM1 sebanyak 10 keping mesti ada dalam beg duit saya. Itu yang saya amalkan ". Kata-kata fasi membuatkan kami semua terdiam. Kami semua amat terkesan dengan cerita The Power Of Sadaqah. Marilah sama-sama kita amalkannya walaupun sedikit tapi ia berterusan.

4 comments:

Hairani Mohd Khalid said...

Alhamdulillah sdr Arif Budiman, saya berasa gembira sekali kerana sdr telah mula menulis kembali...saya seorang pembaca senyap Blog Warna Nostalgia...harap teruskan penulisan sdr...

Ariff Budiman said...

Terima kasih Hairani kerana sudi membaca

insan marhaen said...

Salam...

Saya dah selalu sangat terkena. Memberi sedekah kepada mereka yang datang di meja makan bila saya di restoran.

Ingatkan betullah orang itu susah tapi akhirnya saya syak yang mereka ini di dalangi sendikat.

Akhirnya saya ambil keputusan... menyumbang hanya di masjid atau badan badan amal yang sah sahaja...

Ariff Budiman said...

Saya pun buat macam tu insan marhein cuma kadang2 ketika makan ada yang datang minta sedekah rasa tak sampai hati kalau tak beri. Saya bagi sedikit dan itu saya serah pada Allah. Janji bab saya sudah lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...