Teman-teman

Friday, September 08, 2017

Kisah Di ILSAS Bangi

Aku masih ingat ketika mula bertugas di LLN iaitu Lembaga Letrik Negara pada tahun 80an. Pekerja baru terpaksa di berkursus di ILSAS ( Institut Latihan Sultan Ahmad Shah ) Bangi selama 3 minggu. Masa tu aku berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Ayah kerap berpesan kepadaku...
“ Budiman...Ingat pi mana pun jangan lupa solat. Ayah tak Nampak dan tak boleh tegur tapi Allah Nampak “. Aku mengiakan saja kata2 ayah sebelum berangkat dengan bas menuju ke Bangi.
Bila sampai aku di letakkan bersama budak KL. Esoknya kami semua berkumpul. Kami menyanyi lagu Negara Ku. Bergema suara staff yang datang berkursus. Selesai saja nyanyian keluar warden asrama member taklimat
“ Assalamualaikum semua. Selamat datang ke ILSAS. Saya nak ingatkan kamu satu perkara penting kepada staff baru yang datang berkursus. Bila jam melebihi pukul 2 pagi dan kalau ada terdengar bunyi ketukan pintu bilik harap jangan di buka. Kalau nak ke tandas jangan pergi seorang diri. Bawa teman bersama. Saya tak akan beritahu kenapa. Kamu tanya kawan2 yang lama berada di sini “. Kami berpandangan sesame sendiri. Kami melihat staff2 lama ada tersenyum sambil menjeling kearah kami
Bagi aku ini perkara serius bila warden dah memberi amaran. Bila kami berada di kelas, kami cuba mencari maklumat dan hasil yang kami dapat ialah terdapat gangguan yang dasyat di asrama tempat kami menginap. Nak telan air liur pun rasa tak lepas ketika itu
Sepanjang 4 hari kami berada di ILSAS tiada perkara yang tak di ingini berlaku. Tiba hari Jumaat di mana kursus untuk minggu pertama selesai. Hari Sabtu dan Ahad adalah off untuk peserta kursus. Staff yang berasal dari KL dan berdekatan semua pulang ke rumah termasuk rakan bilik aku. Tinggal aku sendirian. Maka akan bermulah episod yang kami nantikan. Jam 11 aku tertidur. Lampu semua di padamkan. Tiba2 aku di kejutkan dengan bunyi suara wanita dari jauh.
“ Kuih....Kuih......”. Berlagu saja suara itu
Aku bangun dan mengamati betul2 suara itu. Makin lama suara itu makin dekat. Jam pukul 2.30 pagi. Waktu yang warden beritahu kami.
“ Kuih...Kuih....Buka la pintu “. Kata wanita sambil mengetuk pintu bilik sebelah. Ketika itu bulu roma aku dah terpacak. Aku diam sambil membaca ayat suci Al Quran tapi bertarabur surahnya.
“ Hurmmm....Hurmmm....”. Aku mendengar dia menangis di depan pintu aku. Pintu terus di ketuk. Akhirnya aku mengeluar radio dan memasang headphone. Volume aku buka sehabis kuat untuk menenggelamkan suara tangisan wanita yang menjual kuih. Akhirnya suara azan subuh memecah keheningan suasana sunyi bila berada dekat bukit yang di penuhi pokok getah di belakang. Suara bilal mengalunkan azan subuh terus membawa aku ke balai islam untuk mengerjakan solat subuh berjemaah.
Ketika sarapan pagi isu tentang wanita yang menjual kuih telah menjadi topic utama perbualan kami .
“ Haiii...Malam ni apa pula kita nak tempuh lagi “. Kata salah seorang dari rakan aku. Seharian kami habis dengan mengulangkaji apa yang di ajar fasi. Terasa masa berjalan begitu cepat. Dah malam. Jam 10 malam aku sudah melelapkan mata. Tiba2 aku terkejut bila mendengar jeritan kuat dari seorang lelaki. Rasa was2 samada nak buka atau biarkan saja jeritan itu. Aku terdengar pintu sebelah di buka maka aku beranikan diri buka pintu bilikku. Seorang staff terduduk ketakutan tersandar di dinding bilik. Akhirnya kami terpaksa menalipon warden. Datang warden lalu membacakan sesuatu lalu di beri minum lelaki tadi. Baru Nampak segar sikit.
Cerita darinya, perutnya terlalu sakit. Dia mencari rakan2 untuk menemani tapi tapi tak ada orang. Akibat tak dapat menahan lagi terus dia ke tandas. Ketika berada di dalam tandas dia mendengar air paip di buka....
“ Fendi...Fendi....”. Lelaki tu memanggil nama staff tadi. Dia masih lagi terdiam
“ Fendi...Fendi...”. Suara itu memanggil lagi
“ Kenapa. Siapa tu “. Tanya staff tadi
“ Alaa...Buka la pintu. Tolong tengok jap aku. Ok tak macam ni “. Kata suara tersebut
“ Kejap aku pakai baju dulu “. Kata staff. Bila pintu di buka terus terdengar suara
“ Macam ni ok ke “. Itu yang staff menjerit bila melihat lelaki tersebut tiada kepala. Lelaki tersebut terus ketawa bila staff menjerit sambil berlari keluar
Kami yang mendengar mula terasa kecut perut. Bermula saat itu kami semua berpakat. Andai ada rakan bilik yang pulang ke rumah kami akan mencari rakan lain untuk menemani. Begitu juga kalau hendak ke tandas. Bukan saja selepas jam 2 pagi selepas maghrib pun dah ketakutan nak masuk ke tandas seorang diri. Maka tandas menjadi meriah bila masing2 ada penemannya termasuk aku. Sekian....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...