Teman-teman

Sunday, July 07, 2013

Nak Diskaun

Seperti biasa pada hari Sabtu aku akan menolong isteriku meniaga nasi tomato di gerai pasar malam. Macam-macam perangai manusia yang aku temui. Seperti biasa bila tiba waktu maghrib aku akan pulang duhulu kerumahku untuk menunaikan fardhu maghrib. Terpaksa kami agihkan waktu bersolat. Kalau di Kelantan bila masuk saja waktu solat maghrib semua gerai di arah tutup. Kalau tidak ikut peraturan maka akan disaman. Itu kata adikku yang tinggal di kelantan.

Setelah selesai solat cepat-cepat aku pergi menggantikan isteriku memandangkan waktu maghrib amat singkat. Masih banyak lagi nasi di atas meja. Sambil menanti pelanggan aku membuka ipad. Tiba-tiba datang seorang lelaki.
" Abang saya nak beli sebanyak 50 bungkus untuk nak buat kenduri. Kalau saya beli banyak tu berapa abang boleh bagi diskaun ". Katanya. Terdiam juga aku ketika itu.
" Macam biasa juga saya bagi encik. Sebungkus RM4 ". Kataku
" Tak kan beli banyak pun tak dapat kurang ". Katanya lagi.
" Minta maaf encik. Saya tolong isteri saya saja. Saya tak berani bagi kurang. Kalau encik nak kurang encik kena tunggu sebab isteri saya balik sembahyang ". Kataku

" Encik kan suami dia. Tak kan encik tak boleh bagi kurang ". Katanya yang membuat aku mula terasa.
" Minta banyak-banyak encik. Encik tunggu isteri saya ". Kataku lagi
" Tak boleh tak apalah. Saya cari tempat lain ". Terus dia berlalu pergi. Sebentar saja isteriku sampai. Aku cerita padanya apa yang berlaku.
" Tu... abang bagi tak.... kurang ". Tanya isteriku
" Abang tak berani sebab abang tau macam mana Nah buat kerja untuk nak cari rezeki ". Diam isteriku. Dari jauh aku melihat kelibat lelaki tadi. Kosong saja tangannya. Mungkin orang lain pun tak dapat memenuhi permintaannya. Tapi aku tahu kalau isteriku ada sudah tentu dia akan memberi kurang sedikit. Bagi aku lah pula, Kalau kita sudah berhajat hendak buat kenduri janganlah kita minta diskaun pada peniaga. Tidakkah itu namanya tidak ikhlas untuk membuat kenduri...

4 comments:

afra luthfiyah said...

a'ah, tu la nak kenduri kene la ikhlas nak keluarkan belanja.. emmm

Ariff Budiman said...

afra luthfiyah...Kira tak ikhlas la kenduri tu. Nak murah

Anonymous said...

Siapa kita nak nilai perbuatan seseorg tu ikhlas ke tak hya dgn dia menawar harga?dia beli dlm jumlah yg byk..kalu sy d tpt diapun sykan cuba mta diskaun..sy rsa tu normallah kan..dia dh bgtau tujuan dia beli byk utk dbuat kenduri..nnti pahala kenduri diapun saing suami isteri kan dpt sma.yg pasal penat lelah isteri memasak tu serahlah pd Allah..Dialah sebaik2 penilai.

Ariff Budiman said...

Anonymous....Memang betul kata saing. Cuma dlm keadaan saya, saya sudah berkata kalau dia hendak minta diskaun dia boleh tunggu isteri saya tapi dia tak mahu. Saya tahu isteri saya akan beri diskaun sebab sebelum ini pun kalau ada yg beli dalam kuantiti yg banyak wife akan bagi diskaun. Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...