Teman-teman

Wednesday, January 29, 2014

Selamat Pengantin Baru Anakku

Alhamdulillah pada 25 Januari 2014 telah berlansung majlis perkahwinan anak gadisku. Aku telah membuat jemputan seramai 1000 orang. Aku telah berjanji pada diri sendiri bermula saat anak aku akad khutbah yang aku tidak akan menangis. Aku tak nak anak gadisku bersedih di hari bahagianya. Aku juga perlu hurmat pada isteriku. Dia juga sepertiku.


Syukur majlis akad nikad anakku berjalan lancar seperti di rancangkan. Kini tiba pula majlis kenduri untukknya. Sebagai seorang ayah aku telah akan cuba lakukan yang terbaik buat anakku. Biarlah ia menjadi kenangan paling manis untuknya. Bila pengantin lalu dihadapanku, anak gadisku kelihatan begitu cantik sekali. Persis ibunya. Aku masih mampu mengawal emosiku walaupun di dalam hati hanya Allah saja yang tahu.


Ketika berada di meja makan dan sebelum majlis di teruskan, bacaan doa telah di baca oleh anak saudaraku. ketika ini aku dapat merasakan airmataku sudah berada di dalam kelopak mataku. Akhirnya ia tidak dapat disekat lagi. Airmataku gugur juga kebawah. Semua ini ada sebabnya. ketika doa sedang dibacakan, aku terlihat seorang wanita yang aku kenali. Aku masih ingat ketika kami memegang amanah di tadika dan fardhu ain Kariah. isteriku sebagai guru sandaran dan aku sebagai gurubesar.


Seorang wanita datang menghantar anaknya. Aku bisik kepada isteriku Siti Aishah
" Siti...Tengok kembar Siti ". Isteriku tersenyum melihat wanita tersebut. Memang persis muka isteriku. Kemudian wanita itu datang mendapatkan isteriku
" Cikgu...Muka kita nak sama. Macam kembar ". Kata wanita tersebut yang membuatkan isteriku tersenyum bak bulan purnama. Setiap hari aku melihat dia menghantar anaknya kesekolah


Kini dia datang bersama suaminya dan duduk di depanku. Mereka tersenyum melihat aku dan isteriku. Selesai majlis makan aku dan isteri terus mendapatkan mereka.
" Bang...Muka dia macam muka Aishah ya ". Kata isteriku. Aku hanya membenarkan kata-katanya


Kami terus ke depan pintu untuk menyambut tetamu. Jika ada masa terluang aku akan bergurau dengan isteriku. Berbagai aksi lucu aku buat dan isteriku hanya tersenyum manis. keluargaku juga turut tertawa gelihati melihat aksiku yang berbagai.


Padaku pantang ada masa terluang aku akan panggil jurukamera untuk merakan gambar kami. Isteriku hanya tersenyum bila di ajak bergambar. Tidak banyak percakapannya. Dia mengikut saja bila di ajak bergambar.


Sempat juga aku bergurau dengan abangku. Aku memanggil jurukamera dan meminta dia merakamkan gambar kami. Kataku nak bersalaman dengan selebriti TV9. Kaum keluargaku tertawa melihat kami bersalaman




Hari tersebut aku benar-benar dapat merasakan kegembiraan. Dapat bertemu rakan-rakan sekolah. Dapat berjumpa sanak saudara. Yang paling seronok ialah kami adik beradik dapat berkumpul walaupun emak serta ayah telah tiada. Semoga majlis ini di berkati Allah. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka yang banyak membantuku. Special thanks kepada sahabat baikku LSY yang banyak membantu. Semoga Allah saja yang dapat membalas segala kebaikan yang di lakukan. Semoga anakku bahagia di dunia dan juga di akhirat.

4 comments:

Noraini @Nanie said...

Alhamdulillah, majlis terlaksana dengan baik. Moga mendapat keberkatan dariNya.

Akak faham akan perasaan Ariff ketika itu, sukar utk dibicarakan, hanya Allah yg Maha Mengetahui
Gembira dan sedih bercampur baur.

Selamat Menyambut Menantu Baru.

Ariff Budiman said...

Terima kasih akak Noraini@Nanie

radziah AR said...

tahniah en. arif, dan selamat pengantin baru utk anak, semoga kekal bahagia dan murah rezeki.

Ariff Budiman said...

Radziah AR.....Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...