Teman-teman

Thursday, January 29, 2015

Tersilap Puji

Seorang suami baru mendengar kuliah di sebuah masjid berkaitan berkaitan ucapan terima kasih penghargaan kepada isteri. Si suami menunduk kebawah sambil teringat semenjak mereka berkahwin selama 30 tahun belum pernah si suami mengucapkan terima kasih kepada isterinya sebagai tanda penghargaan atas segala tugas yang di lakukan oleh isterinya. Balik dari masjid si suami sudah berazam untuk mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan terhadap isterinya.


Tersenyum si isteri sambil menghidangkan nasi goreng kepada suaminya. Setelah makan 2-3 suap si suami pun terus memberi pujian yang melambung tinggi di atas kesedapan nasi goreng dan terus mengucap terima kasih. Si isteri begitu marah sambil mencekak pinggang dan membeliakkan matanya.
" Amboi...Sudah 30 tahun saya masak untuk abang dan abang tak pernah puji pun. Bila makan nasi goreng ini abang puji bukan main ". Hairan si suami. Apa kena dengan isterinya.
" Aikkk...abang puji pun salah ke ". Kata-kata si suami membuat isterinya bertambah marah.
" Sebab nasi goreng ni janda sebelah rumah yang bagi ". Huaa....Sadis...sadis....

3 comments:

insan marhaen said...

Tapi dia bagi jugak suami dia makan nasi masakan janda tu ya...

Tak risau dia...

Lawak Pecah Panggung said...

Singgah sini pulak yer:
http://anjungmuslim.com/

Jari Manis said...

ahaahaha...atoilah...puji tak kena hari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...