Teman-teman

Monday, February 02, 2015

Saya Tidak Tamak

Ketika aku masuk untuk memulakan tugas. Pengawal keselamatan membukakan pintu. Aku mengucapkan terima kasih sambil tersenyum
" Bang...Bapa mertua saya sudah meninggal. Dah seminggu ". Katanya
" Innalilla hi wainna ilaihirojiun ". Kataku sambil menepuk bahunya
" Baru-bari mak mertua saya panggil kami datang kerumah. Katanya ada hal nak di bincangkan ". Katanya memulakan cerita. Aku hanya mendengar

" Kami berdua pulang dengan motosikal baru ni bang ke Kelantan ". Sambil menggosok motosikal barunya.
" Waktu malamnya kami semua berkumpul. Tiba-tiba mak mertua saya bagitau yang kereta volvo telah di berikan kepada saya oleh bapa mertua. Saya menolak sebab saya memang tak layak untuk kereta itu. Nampak wajah ipar duai dah berubah ". Kata pengawal tadi
" Yang membuat yang lain melenting bila mak mertua bagitau yang duit EPF bapa mertua telah letakkan nama saya. Mulalah ada yang berkata saya pandai ambil kesempatan. Demi Allah bang. Saya hanya jalankan kewajipan saya. Saya kesian dekat isteri yang terpaksa angkat bapanya. Jadi saya berhenti kerja untuk membantu isteri saya. Time tu depa tak marah saya ". Kata sayu

" Saya kata dekat mak mertua dan ipar duai yang duit EPF bila dapat saya akan kembalikan kepada mal mertua untuk di agihkan. Saya tak nak apa-apa. Cukuplah duit gaji yang saya dapat hasil bertugas sebagai pengawal keselamatan. Motosikal baru yang saya beli hasil dari gaji saya. Saya tak minta sesen pun dari duit depa ". Katanya. Aku memuji sikapnya. Suatu hari ipar duainya akan tersedar perkara yang mereka telah buat.
" Bang...walaupun saya kerja sebagai pengawal keselamatan tapi saya bukan jenis yang hina. Suka mengambil kesempatan. Saya tak akan ambil yang bukan hak saya tapi saya dapat belajar satu perkara. Bila depa perlukan saya, depa anggap saya sebahagian dari depa. Tapi bila datang bab harta depa kata saya tak layak. Memang pun sebab saya pun tak ingin duit tu walaupun sesen. Allah bagi tubuh badan yang sihat untuk saya mencari nafkah. Biar gaji sikit tapi halal ". Dia mengakhiri perbualan kami. Nampak sebak kata-katanya. Aku hanya mampu memintanya bersabar. Semoga Allah memberinya rezeki yang melimpah kepadanya dan keluarganya. Apa yang aku pelajari ialah kadang-kadang harta boleh merenggangkan tali persaudaraan.

4 comments:

insan marhaen said...

sama macam biras saya. bila isterinya mati (yakni adik saya), dia berikan sebahagian duit epf isterinya kepada mak saya.

bila mak saya menolak, dia berikan kepada adik-adik saya.

dan adik-adik saya berikan sebahagian pula pada saya...

bukan nilai duit yang mengharukan tapi sikap biras saya itu yang tidak tamak walaupun anak-anaknya masih ramai yang bersekolah

razip said...

Gitu ah lumrah hidup. Kerap harta menjadi perenggang ikatan keluarga.

Bearcat said...

Mulia sungguh akhlak pengawal keselamatan tu.

Jari Manis said...

mulia sungguh hati pengawal keselamatan tu. Semoga beliau sentiasa di murahkan rezeki aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...