Teman-teman

Saturday, April 04, 2015

Teknologi Yang Melalaikan

Seperti biasa aku dan isteri kepasar. Selesai kami membeli terus kami ke restoran nasi kandar. Aku memesan puree manakala isteriku memesan tosei. Ini yang dinamakan citarasa yang berbeza. Pelayan memberitahu bahawa untuk puree ia agak lewat sikit sebab harus di goreng terlebih dahulu. Sementara menanti kami berbual terlebih dahulu. Macam-macam story ada. Aku sempat melihat pasangan suami isteri di sebelah kami. Mereka juga memesan barang dan terpaksa menanti. Mungkin mereka akan mendapat terlebih dahulu sebab mereka lebih awal dari kami. Aku melihat si suami begitu leka dengan hpnya. Begitu juga dengan isterinya.


Masing-masing dengan dunia mereka. Mereka tidak berbual. Kadang-kadang aku melihat mereka tersenyum dan menaip. Bila makanan sampai mereka menjamah sambil mata melihat hp. Pelik juga aku melihat. Bagi aku aku lebih suka off plan data selepas aku melihat apa yang patut. Aku tak mahu merosakkan makan bersama kami. Aku berkata kepada isteriku
" Buat apa depa keluar makan jika masing-masing dengan talipon sendiri. Tidak berbual. Habis makan bayar dan keluar begitu saja. Lebih baik duduk di rumah ". Namun isteriku hanya terdiam
" Nasib baik abang bukan macam tu ". kata isteriku. Betullah tu. Kita dah ajak pasangan kita keluar makan dan tiba-tiba kita yang spoil majlis kita sendiri


Aku masih ingat sekitar tahun 90an. Ketika penggunaan talipon Nokia 3310 begitu meluas sekali. Tiada WhatsApp, tiada Viber, tiada FB dan komunikasi yang lain. Bila berada di kedai makan dapat di lihat masing-masing begitu riang berbual. Tiada yang akan bertanya
" Kedai ni ada wifi tak ". Kalau jawapannya tiada maka kedai lain yang di cari. Kita seolah-olah tidak dapat berpisah lagi dengan teknologi. Ia telah menjadi sebahagian dari hidup kita. Anak-anak kiat pun telah di perturunkan ilmu. Di berinya ipad untuk mendiamkan mereka ketika makan. Kita tidak mempunyai masa untuk melayani kerenah anak-anak ketika makan. Kita sebagai ibu bapa juga begitu sibuk dengandunia kita.

Bila berlaku kejadian yang tidak di ingini kita akan menyalah pihak tertentu sebab menyebabkan ianya berlaku kepada kita. Kita lupa yang kitalah penyebab berlakunya kejadian itu. Kita lalai sebab terlalu asyik dengan talipon pintar. Semoga kita menjadi pengguna yang pintar mengatasi talipon pintar kita.

2 comments:

Kakcik Nur said...

Dah jadi macam kemestian pula membelek hp sampai tak peduli keadaan sekeliling... :(

Ariff Budiman said...

Kakcik Nur...Itu la. Kita seperti menjadi hambanya. Tak ada talipon kita rasa macam tak sempurna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...