Teman-teman

Monday, April 27, 2015

Pasar Besut

Pada Khamis 23 April 2015 aku mengajak isteriku ke Kelantan. Ada hal mustahak. Kami bertolak jam 9 pagi dari Pulau Pinang dan setelah 6 jam perjalanan akhirnya kami sampai di Selising, Pasir Putih. Datang anak saudara lalu mengajak aku dan isteri ke pasar Besut yang hanya di buka setiap hari Jumaat. Katanya lagi kalau nak ke pasar Besut harus kena pergi awal. Takut susah mendapat tempat parkir kereta.


Jam 8 pagi kami bertolak dari Selising menuju pasar Besut yang terletak di Kuala Besut. Sudah lama aku tak kesini dan aku tahu tempat ini pasti menyeronokkan.


Alhamdulillah bila kami sampai tempat parkir masih boleh didapati. kelihatan orang ramai telah memenuhi pasar tersebut. langit nampak gelap dan dengan begitu cepat hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik penjual menyediakan khemah jadi bolehla kami berteduh menanti hujan reda


Setelah hujan reda orang ramai menjalankan aktiviti semula termasuk kami. Aku cukup tahan melihat udang galah yang dijual oleh seorang pakcik. Selunggok RM20. Banyak pula tu. Aku terus meminta sebanyak 2 lunggok. Dah terbayang gulai udang galah dan sambal tumis udang galah.


Aku juga kagum melihat alat membuat cakoi. Begitu mudah sekali. Tak payah mencanai. Cuma cakoi boleh di olah mengikut tempat masing-masing. Cakoi disini ianya keras. Katanya di Besut hanya dia seorang yang ada alat ini.


Ketika berjalan anak saudaraku membeli pekasam. Katanya sedap sangat  Aku kurang makan pekasam walaupun dulu aku begitu minat dengan pekasam. Cuma bila beralih umur kesihatan perlu dijaga.


Satu lagi yang aku cukup suka makan ialah telur penyu. Kali ini aku tak belinya. Aku hanya mengambil gambar sahaja


Akhirnya aku tewas bila melihat buah mempelam atau buah pauh. Bila aku rasa memang manis. Mulalah terbayang nak bagi pada orang ini. Orang itu. Last sekali aku beli buah mempelam sebanyak 10 kilo. Selepas itu kami mencari keropok keping. Aku suka keropok terengganu. Sedap dan tak gatal lidah. Aku beli sebanyak 7 kilo. Penuh kereta aku. Aku bertekad akau akan datang lagi kesini lagi. Tak puas shoping..

2 comments:

pB said...

Wahhh

pB pun dah lama tak balik ke KB.

Rindu makanan sana

Ariff Budiman said...

pB..Bila nak balik ke KB pB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...