Teman-teman

Sunday, April 05, 2015

Nasi Goreng Kicap

Aku cukup suka dengan nasi goreng kicap. Kadang-kadang bila aku pulang dari kerja pukul 10 malam aku pasti akan singgah untuk membeli nasi goreng ini. Tapi itu dulu. Kini gerai tersebut telah pun di tutup. Entah kemana pula dibuka gerai baru. Tabiat aku sama seperti arwah Siti Aishah. Bila beli pasti akan melihat cara dia masak. Jadi sempatlah mata aku nampak apa yang dia masuk. Sekarang aku cuba buat kembali nasi goreng kicap. Resepinya masih fresh lagi dalam otak aku. Aku bagi isteriku try. Dia puji kata sedap nasi goreng kicap. Dia pun tak pernah rasa lagi. Meleleh aku kena kena puji dengan isteriku. Dibawah ini aku perturunkan ilmu dia. Kalau pembaca buat untuk menjamu keluarga sekurang2nya aku dapat juga pahala kongsi resepi. Resepi ni bukan boleh di bawa mati pun. Kan kan....Kalau tak sedap aku minta maaf ya. Mungkin ada suri rumah yang lebih sedap lagi nasi goreng dia.


Nasi Goreng Kicap untuk seorang

1. Kupas 1 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ( guna api kecil ya )
2. Tumiskan hingga kekuningan
3. Masukkan cili yang di kisar ( Beli pun boleh juga )
4. Masukkan kicap pekat dan sos tiram, sedikit garam dan kacau
5. Bila dah agak lama masukkan nasi dan goreng dan sedikit secukup rasa
6. Dah boleh di hidangkan

Senangkan. Selamat mencuba. resepi ini free saja. Tak kena GST pun

7 comments:

Kakcik Nur said...

Sesuai untuk yang tak suka makan sayur, kan? Sebab tiada sayur dimasukkan... :)

Ariff Budiman said...

Betul kakcik Nur. Tak ada sayur pun dah sedap

Anonymous said...

Ini ialah nasi goreng favorite anak sedara saya yg autistik yg cerewet makan. Mmg sahih sedap nasi goreng kicap ni

Ariff Budiman said...

Anonymous...Betul. Mudah, ringkas dan sedap

Naim Sukri said...

hehehe sep bajet. nak makan tngah malam ja. thenggss (y)

Naim Sukri said...

hehehe sep bajet. nak makan tngah malam ja. thenggss (y)

Zach Amirul said...

Thanks bro..boleh juga masak untuk wife aaya yang tengah sarat mengandung ni 😊👍🏻

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...