Teman-teman

Sunday, July 28, 2013

Sewaktu Dengannya

Kalau di tanya masakan siapa yang paling kita suka. Pasti sebulat suara mengatakan bahawa masakan ibu adalah yang terbaik. Begitu dengan aku. masakan ibu merupakan masakan yang mengalahkan restoran. Kari ibu memang pekat. Kena dengan selera aku. Bila aku berkahwin dengan arwah isteriku ibuku sudah berpesan yang aku amat suka kari yang pekat. Isteriku tiada masalah dengan seleraku namun dia terpaksa kurangkan pedas sebab dia tidak tahan pedas. Aku mengikut saja apa yang dimasak oleh isteriku. tak payah nak gaduh-gaduh soal makanan. Walau bagaimana pun masakan arwah isteriku tetap sedap walaupun tidak sama dengan masakan ibu.

Pasembur Pulau Pinang

Bila aku berkahwin kali yang kedua, isteriku juga sukakan kari yang pekat. Cuma kali ini isteriku kedua tidak suka yang manis. Dia suka yang pedas. Terpaksa aku ubah semula trend makan. Aku pun tiada masalah dengan corak masakan isteriku. Akhirnya setelah 4 tahun aku bersama isteriku aku sudah terbawa-bawa dengan cara pemakanannya. Maklumlah dia yang masak untuk aku. Apa saja mesti pedas tapi pedas yang tidak melampau. bila aku ke bazar ramadhan untuk cari pasembur akhirnya penjual mengatakan yang pasembur ini sedap dan pedas. Apalagi aku beli dan ternyata memang sedap dan pedas. Kalau aku ke bazar ramadhan tak payah cari yang lain. Jenama ini yang aku ambil

Karipap-karipap cinta

Begitu juga dengan karipap. Aku suka inti ubi kentang. Akhirnya dekat dengan tempat aku bertugas ada di jual karipap yang aku suka. 3 biji berharga RM1. Cukup. Bila makan memang terasa sedikit pedas. Aku sudah jatuh cinta. Sebab itu aku namakannya karipap-karipap cinta. Isteriku tertawa mendengar nama karipap yang aku beri. 

Thursday, July 25, 2013

15 Ramadhan Penuh Meriah

Selalunya aku berbuka dengan ala kadar saja. Kadang-kadang aku tidak menyentuh langsung nasi. Kuih muih, bihun, koay teow dan mee yang menjadi pembuka selera. Di tambah dengan tugasanku yang tidak menentu membuatkan aku berbuka ala kadar sahaja. Pada 15 Ramadhan aku mendapat rehat sehari. isteriku cukup gembira sebab aku berada di rumah. Aku mengajaknya ke pasar mencari barangan berbuka puasa. Tiba-tiba saja rasa teringin naki makan sesuatu.

Ikan siakap bakar

Akhirnya kami membeli sebanyak 3 ekor ikan siakap untuk di bakar. Kebetulan harga ikan pada hari itu di turunkan. Ini bermakna seekor ikan siakap bersaiz besar hanyalah berharga RM10 seekor. Memang murah la. Seekor ikan sudah pasti untuk kedua-dua anakku.

Sotong kurita dengan air asam

Kami berlegar lagi dan aku berjumpa pula dengan sotong kurita. Juga aku mengambil sebanyak 4 ekor. 2 ekor untuk anak2ku dan 2 ekor lagi untuk kami. Kami suka memerap sotong di dalam air asam dan di biar beberrapa jam. Memang enak rasanya. Tak payah susah-susah nak memcicah.

Sambal tumis petai

Isteriku membeli petai yang telah di kupas kulitnya. Cukup sedap dibuat sambal petai beserta udang. Pasti bertambah nasi. Pulang kerumah isteriku memasak semua yang di beli. Setelah siap aku terus hantar kepada anak-anakku. Barulah aku dapat menjamah makanan dengan sempurna bila aku tahu anak-anakku makan benda yang sama. Aku tahu pada mereka tidak kisah. Tapi naluri seorang ayah tidak tenang andaikata hanya ayah yang makan makanan lazat sedangkan anak tidak. 

Wednesday, July 24, 2013

Kelu Lidah Untuk Berkata - Kata

Sudah 4 hari aku tidak menziarahi ibu mertuaku disebabkan tugasanku. Ibu mertua hanya bertanya kabar tentang diriku bila kedua-dua anakku kesana. Ketika aku sampai ibu mertua berada di dapu sedang memasak. Aku hanya duduk di luar di atas pangkin. Sekejap ibu mertuaku datang. Rupanya dia menangguhkan dulu masakan semata-mata ingin berbual denganku. Ibu mertua beritahu yang abang iparku sedang sakit. kaki kanannya menjadi tidak kuat bila berjalan. kebetulan rumah mereka berkembar dengan rumah ibu mertua jadi senanglah bagiku untuk bertanya kabar.

Aku terus masuk kedalam rumah. Rupanya ipar duai sudah memenuhi ruangan bilik tetamu. Setelah bersalaman dengan mereka aku mendapatkan abang iparku. Satu yang aku respect dengan abang iparku walaupun dia di uji dengan bermacam-macam ujian dan yang terbaru inilah. Dia masih mampu ketawa ketika menceritakan kejadian. Kalau aku di tempatnya entah ler. Mungkin aku hanya mendiamkan diri dan tidak mahu bergaul dengan sesiapa.

Macam-macam cerita yang keluar. Penyakit urat la, gout, angin, kencing manis, buah pinggang dan akhirnya satu pertanyaan keluar dari mulut abang iparku.
" Macam mana Budiman boleh hilang terus gout. Ubat apa yang Budiman makan ". Aku terdiam mendengar pertanyaannya. Terlalu berat untuk aku menceritakan kisah aku. Ini bermakna aku harus kembali ke zaman lampauku.Mereka juga tahu dan melihat bagaimana sakitnya kakiku apabila gout menyerang. Akibat tidak dapat menahan sakit aku hanya mampu menangis menahan kesakitan bagaikan aku sedang memijak serpihan kaca. Aku pun memulakan cerita. Cerita yang tidak pernah aku ceritakan kepada mereka. Aku tidak mahu ibu mertuaku mendengar sebab takut penyakit jantungnya akan menyerang bila di timpa kesedihan mengenangkan anaknya yang telah pergi.



" Memang la semasa Aishah ada kaki saya kerap sakit. Kadang-kadang Aishah sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Dia hanya mampu membaca ayat suci Al Quran sambil menggosok kaki saya sehingga saya terlena. Baru rasa hilang sakit. Bila Aishah meninggal dia seperti membawa bersama penyakit saya. Alhamdulillah kaki saya tidak sakit lagi. Rupanya baru saya sedar bila Allah memberi dugaan yang membuatkan saya begitu sedih sekali dan dalam masa yang sama Allah memberi juga sedikit kegembiraan bilamana sakit kaki saya terus hilang ". Abang iparku mengesat airmatanya.

Kemudian mereka mula bercerita kisah isteriku ketika sakit. Aku melihat ibu mertuaku diam tapi airmatanya mengalir. Memang dia begitu sayang dengan anaknya ini. Bila kami datang ziarah, isteriku akan mengajak ibunya solat berjemaah dengannya. Aku pun menyampuk dan mencerita kisah yang aku rahsiakan dari mereka. Aku tidak mahu mereka tahu dan bersedih lebih-lebih ibu mertuaku yang mempunyai penyakit jantung. Kisah bagaimana aku berjumpa seorang tahfiz lalu memindahkan penyakit isteriku kebadanku. Barulah aku tahu bagaimana isteriku mennggung kesakitan yang amat.

Aku memulakan cerita. Saya sanggup mengambil risiko dengan harapan Aishah sembuh dengan segera. Saya tidak mahu memikirkan sangat akan kata-kata tahfiz keputusan yang saya ambil ini terlalu bahaya sehingga boleh membawa maut.
" Abang sanggup ke menanggung risiko untuk memindahkan penyakit kakak ke badan abang ". Tanya budak tahfiz.
" Ya...saya sanggup menanggungnya asalkan isteri saya sihat ". Kataku sambil memandang anak lelakiku yang turut serta. Dalam hati aku berkata kalau aku meninggal isteriku boleh membesarkan mereka. Airmata aku mengalir melihat anak lelakiku.
" Saya nak abang pejamkan mata sambil membaca Fatihah dan 3 Qul. Selepas itu abang bayangkan wajah kakak ". Kata budak tahfiz. Aku pun mula membaca dan terus membayangkan wajah isteriku.
" Dah nampak ke wajah isteri abang ". Tanya budak tahfiz
" Ya..saya sudah nampak ". Aku berkata dan budah tahfiz terus menggerakkan tangannya seolah-olah sedang menarik sesuatu ke badanku.

Ketika itu barulah saya dapat merasakan begitu sakit sekali. Rupanya inilah kesakitan yang Aishah tanggung selama ini. Semakin lama semakin sakit badan saya. Saya sendiri sudah tidak dapat menahannya. Kemudian dia menarik keluar melalui ibu kaki saya. Begitu sakit sekali ketika di keluarkan.
" Bang...Saya dah tarik keluar penyakit kakak melalui badan abang. Cuma satu yang saya nak beritahu abang. Kakak tidak mahu melawan lagi. Dia menyerah saja apa yang akan berlaku ". Saya menangis ketika itu. Dalam hati saya berkata, " Siti lawan la Siti. Jangan mengalah. Apa yang terjadi abang akan tetap bersama Siti ". Abang iparku dan yang lain menangis mendengar ceritaku. Ibu mertuaku pula diam tapi airmatanya mengalir laju.

" Kata budak tahfiz saya perlu menerima kenyataan dan bersabar. Ketika dalam perjalanan pulang nurse menalipon saya beritahu yang Aishah dalam keadaan nazak. Bila tiba di ICU doktor beritahu yang kesemua organ dalaman Aishah telah hancur. Saya terduduk mendengar kata-kata doktor. Kejamnya manusia ". Sehingga sekarang saya masih menanggung bisa yang telah di pindahkan kebadan saya. Sebab itu kadang-kadang saya mencari anak-anak bila mereka datang sini. Saya minta tolong urutkan badan saya yang terlalu bisa. Melihat abang iparku yang menangis teresak-esak akhirnya aku meminta diri untuk pulang. Tiidak sanggup aku meneruskan lagi ceritaku. Aku bersalaman dengan ibu mertuaku. Nampak dia begitu sedih sekali.
" Tak apalah emak. Biar mereka gembira di dunia. Di akhirat kita pula akan menang dan kita akan berjumpa dengan Aishah ". Ibuku hanya anggukkan kepala sahaja sambil airmatanya berlinangan. " Siti maafkann abang kerana tidak dapat menyelamatkanmu. Hanya Allah saja yang tahu apa yang tersirat di dalam hati abang. Insyaallah moga-moga kita berjumpa lagi ".

Sahurku Apa ye...

Ketika pulang dari mengerjakan solat tarawih isteriku bertanya tentang sahurku. Apa yang hendak aku bawa. Aku hanya diam. Tak tahu nak makan apa waktu sahur. Aku pula bertugas malam.
" Abang nak bawa nasi goreng ke ". Tanya isteriku. Nasi goreng....Aku sudah jemu dengan nasi.
" Tak nak nasi goreng ". Selamba aku berkata
" Abang nak bawa maggi goreng tak ". Tiba-tiba datang perasaan teringin akan maggi goreng. Kebetulan didalam almari memang terdapat maggi goreng.


Bila tiba dirumah isteriku mengeluarkan maggi dari almari. Tiba-tiba anaknya beritahu gambar korea Jang Ok Jung akan bermula dan ia merupakan episod akhir. Aku tahu isteriku memang suka dengan gambar ini.
" Bang nanti habis cerita korea Nah buat boleh tak ". Katanya kepadaku. Pukul 10 malam aku sudah nak keluar bertugas. Jadi aku terpaksa menanti gambar selesai baru isteriku dapat menggoreng maggi.


" Tak apalah. Nah tengoklah gambar tu. Abang buat sendiri. Bukan susah pun ". Tak sampai hati aku nak suruh dia buat sekarang. Sudahla waktu siang dia begitu sibuk. Waktu malam saja nampak dia nak rehat. Ayat aku pula seolah-olahnya memerlinya. Berubah airmukanya.
" Nah buat dulu la ". Terus dia bangun nak kedapur tapi aku menahannya.
" Tak apa Nah. Abang bukannya marah. Abang boleh buat sendiri. Nah tengoklah gambar tu ". 
" Tak apakah abang goreng ni ". Tanya isteriku dan aku menjawab ok.Tersenyum isteriku lalu mengucapkan terima kasih dan berjalan keruang tamu.


Mr Mama pun mulalah membuat kerja. Aku masak maggi dahulu agar lembut. Setelah lembut aku buangkan airnya. Aku tumis bawang merah sehingga nampak kekuningan lalu aku masukkan sedikit cili bo kedalam. Aku masukkan maggi dan perencahnya dan mulalah menggoreng. Waktu iklan isteriku berlari kedapur untuk melihat bagaimana Mr Mama membuat kerja dan kemudian berlari semula bila drama bermula. Aku hanya menggelengkan kepala. Dasyat sungguh la peminat drama korea ni.

Sekejap saja maggi goreng untuk sahurku sudah siap. Aku letak sedikit kedalam pinggan untuk isteriku merasa bagaimana Mr Mama membuat maggi goreng dan ini merupakan maggi gorengku yang pertama semenjak kami berkahwin. Kira bakat bterpendam la.
" Sedap la bang maggi ni. Abang tumis bawang dulu ke ". Tanya isteriku. Terror la orang dapur ni. Bila rasa sudah tahu yang bawang di tumis dahulu.
" Pandai abang buat maggi goreng. lagi sedap dari Nah buat ". Puji isteriku. Sambil bersiap aku sempat bertanya tentang cerita yang ditontonnya. katanya tak best sebab Jang Ok Jung meninggal. Sedih dan frust ending macam itu. Aku tertawa kecil. Setelah bersalaman dengan isteriku aku terus mengambil beg dan hidupkan motosikal dan vrooommm........Sahur oh sahur....

Sunday, July 21, 2013

Di Anugerah Cucu

Pada 9 Julai anak titiku telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Proses kelahiran melalui pembedahan. Sebagai seorang ayah walaupun aku hanyalah seorang ayah tiri aku tetap memberi cara-cara yang perlu dilakukan bagi mereka yang melahirkan anak melalui proses pembedahan. Aku mempunyai pengalaman dimana 3 orang anakku lahir melalui proses pembedahan. Seorang anak lelaki meninggal ketika berumur 18 hari. Jadi pengalaman ini perlu aku perluaskan pula pada ank tiriku. Aku banyak membantu merawat arwah isteriku selepas melahirkan anak.


Setelah 11 hari berlalu aku mengambil keputusan untuk mencukur rambut cucuku. Itu aku lakukan setelah aku pasti yang demam kuningnya telah turun keparas 141 dan dibawah tahap bahaya. Mudah bagiku sebab rambut cucuku begitu lembut sekali. selesai cukur aku arahkan isteriku memandikan cucunya dan aku melakukan tahnik atau melurah mulut.


Aku sendiri sudah lupa sudah berapa ramai bayi yang aku cukur. Apa yang aku tahu apabila disapa oleh ibu atau ayah mereka mengatakan yang rambut anak mereka akulah yang mencukurnya. Alhamdulillah. semoga Allah terima amal-amal kecilku ini. Aku tidak pernah mengambil wang walaupun diberi. Kataku kepada mereka yang aku ini tidaklah pandai sangat. Aku hanya menolong jikalau tiada orang yang boleh mencukur rambut bayi. Malu aku untuk mengambil wang mereka.


Yang paling gembira ialah isteriku. Setiap malam cucunya tidur bersama kami disebabkan ibunya masih belum kuat untuk bangun. Isterikulah yang akan bangun menukar lampin atau memberi susu botol kepada bayi. Bayi akhirnya diberi nama Nur Alisha. Moga dia menjadi anak yang baik kepada kedua ibubapa.

Tuesday, July 16, 2013

Warna Warni Bazar Ramadhan

Ini merupakan bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumahku. Ianya juga tempat aku dan isteriku berniaga nasi tomato di pasar malam setiap hari sabtu. Walaupun ianya tidaklah besar namun ia mampu menarik pembeli datang ke sini.







Monday, July 15, 2013

Kek Apa Ini

Isteriku amat menggemari membuat biskut tat dan kek. Dia meminta aku mencari resepi di internet. Setelah dapat aku akan print untuknya. Gembiranya dia bila mendapat resepi biskut tat dan kek. Sudah beberapa kali biskut dibuatnya. Aku pula tidak menggemari biskut. Untuk mengambil hatinya, aku ambil satu dan makan. setelah puas dengan biskut tat dia beralih pula kepada kek. Cheese cake, Kek lapis dan bermacam-macam lagi dicuba dan alhamdulillah semuanya menjadi. Begitu juga bila diberinya untuk aku makan, aku hanya ambil sekeping saja.
" Kek lain abang memang tak suka. Abang cuma suka kek buah saja ". Aku berkata kepada isteriku. Dia juga sudah maklum bila kami ke pasaraya aku pasti membeli kek buah.


Suatu hari isteriku menalipon aku di tempat kerja. Dia bertanya jam berapa aku habis tugas. Aku berkata seperti biasa la tugasku. Kenapa dia bertanya. Bisik hati kecilku. Aku terus memacu motosikal membelah Jambatan Pulau Pinang. Alhamdulillah cuaca tenang sekali. Bila sampai aku memberi salam dan isteriku menyambutku. Tersenyum dia memandang aku.
" Nah nak buat surprise dekat abang tapi tak jadi ". Katanya dan aku tertanya-tanya apa yang surprise tu.
" Abang tunggu ya. Nah kedapur ambil barang surprise tu ". Sambil tersenyum dia melangkah kedapur.
" Apa la yang surprise ni ". Kataku dengan nada tidak sabar. Sebentar dia datang membawa sesuatu yang ditutup oleh kertas.

" Nah buat kuih buah kesukaan abang tapi tak jadi ". Katanya sambil tertawa kecil. Aku mengawal diriku agar tidak ketawakannya. Susah payah dia buat kek yang aku suka.
" Rasa dia ok juga cuma lain sikit ". Habis satu aku mengambil lagi. Takut dia terasa hati kalau aku tidak menyentuh langsung.
" Nah ikut resepi dalam buku ini la ". Katanya sambil menunjukkan buku yang didapati percuma kerana membeli oven. Cantik gambar yang di dalam buku resepi.
" Tak apa insyaallah Nah boleh cuba lagi. Nanti abang cari di internet


Baru-baru aku dan isteri ke pasaraya Giant. Bila masuk ke pintu utama dan bersebelahan dengannya ada longgokan buku resepi. Apalagi kami pun mula la mencari makanan kegemaran. Kebetulan aku pun suka memasak jadi aku cari buku masakan mengenai goreng nasi. Macam-macam resepi ada. Isteriku mencari buku kek dan biskut. Akhirnya terdapat resepi kek buah. Apalagi terus diambilnya. Katanya harap-harap jadilah kek buah yang dibuatnya berpandukan buku resepi. Aku hanya tersenyum masih belum berputus asa dia. Mudah-mudahan dia berjaya hanya untukku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...