Teman-teman

Friday, September 07, 2012

Yang Terbaik Buat Ibu

Salam semua kepada pembaca yang baik hati. Pertama sekali aku mengucapkan ribuan terima kasih diatas doa kalian semua dan maaf tak sempat nak balas komen yang diberikan. Aku begitu sibuk dengan tugas dan ziarah ibuku. Badan memang meletihkan sehingga terasa berputar-putar. Sedikit berita tentang ibuku dimana suatu hari aku menerima sms dari kakak ipar mengatakan cepat ke hospital sebab ibu telah nazak. Aku dan isteri yang kebetulan berada diatas motor bila membacanya saja merasakan yang perjalanan kami ke hospital amat jauh.

Bila tiba saja di hospital kelihatan doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan ibuku. Setelah selesai barulah doktor beritahu yang jantung ibuku telah terhenti selama 10 minit dan disusuli dengan serangan stroke. Sedih mendengar dugaan yang dialami oleh ibuku. Abangku mengarahkan agar kami semua membaca surah yasin dan talkin ditelinga ibu. Setelah 2 hari keadaan ibuku masih begitu. Abangku berjumpa doktor untuk berbincang mengenai status ibuku. Kami membuat keputusan untuk membawa pulang ibu kerumah.

Doktor tidak mengizinkan kami berbuat demikian. Kata doktor keadaan ibuku memang kritikal tetapi masih ada harapan tapi amat tipis. Doktor menyarankan agar menggunakan harapan yang tipis itu untuk terus merawat ibu. Doktor telah membuat scan dikepala ibuku untuk mengetahui samada oksigen masih terdapat diotak ibuku. Kata doktor kalau 10 minit oksigen tiada didalam otak  ia akan membuatkan otak menjadi damage dan kami boleh membawa ibu pulang. Akhirnya keadaan ibuku stabil walaupun masih dalam zon kritikal. Setiap hari rutin kami ialah membaca surah yasin dan talkin di telinga ibu. Hasil dari scan mendapati yang oksigen masih lagi terdapat di otak ibu walaupun tidak meliputi keseluruhannya.

Pada 5 September sekali lagi ibuku tenat. Dia mengalami stroke kali kedua. Kami semua bergegas kembali ke hospital. Akhirnya doktor dan jururawat berjaya menstabilkan ibuku. Subhanallah..mengalir airmata kami bila mengenangkan betapa kuatnya perjuangan ibu. Ibu ingin pulang kerumah dan kami berkata yang ibu harus kuat untuk pulang kerumah dan kini ibu telah membuktikannya. Kini sudah genap sebulan ibuku berada di hospital. Dia di masukkan pada 6 Ogos 2012 dan sehingga kini masih lagi berjuang. Sekali lagi doktor membuat scan ke atas otak ibu. Hari ini atau esok kami akan mengetahui akan keputusannya. Biarlah orang berbunyi kenapa kami tidak membawa pulang ibu kerumah tanpa mereka mengetahui andainya kami berbuat demikian kami telah menzalimi ibu dengan membiarkan ibu menghabiskan riwayatnya. Selagi doktor berkata harapan tetap ada selagi itulah kami akan terus bersama ibu merawat. Itulah yang terbaik buat ibu. Ya Allah andai ditakdirkan umur ibu masih panjang, pulihkanlah ibu dan pulang kepangkuan kami. Andaikata sudah tiba ajal ibu biarlah ibu kembali dengan tenang Ya Allah. Terima kasih sekali lagi kepada pembaca semua kerana mendoakan ibuku.

5 comments:

kakcik said...

Kakcik faham apa yang Ariff rasa kerana kakcik pernah merasainya. Kami adaik beradik dikecam kerana tidak memabwa ibu pulang ke rumah di saat2 akhirnya.

Semoga Allah mempermudahkan segalanya buat ibu Ariff. Amin.

Ariff Budiman said...

Kakcik...Terima kasih banyak-banyak

Marya Yusof said...

As salam En Arif,

Ameen ya Rab...

Nor Shamilah Ismail said...

Didoakan semuga Allah kurniakan sesuatu yg terbaik utk ibu En Ariff..Amin.

Mrs.Izi said...

saya paham.ramai yg kecam saya sbb tak bawak balik husband ke rumah.tp saya pilih better dia stay kat hospital.kalau bawak blk belum tentu saya boleh jaga dengan sempurna.semoga ibu abg ariff cepat sembuh.semoga di permudahkan Allah.ameen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...