Teman-teman

Thursday, May 30, 2013

Projek Buat Pekasam

Baru-baru ini aku dan isteri meghadiri majlis akad nikah anak saudaraku di sebuah masjid. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terasa sebak juga bila ketika anak saudaraku melafazkan akad dimana dia kini telah bergelar seorang suami. Terasa sebak sebab kedua-dua ibubapa mereka telah tiada. Perkahwinan telah diuruskan oleh kakak yang penuh bertanggungjawab terhadap adik-adik disamping emak dan bapa saudara yang turut membantu. Aku doakan semoga mereka bahagia di dunia dan juga akhirat.


Selepas majlis akad nikah, kami dijemput untuk makan tengahari. Melihat saja makanan yang dihidangkan perut sudah tak tahan. Memang best masakan kampung. Dalam kesemua jenis makanan, aku amat suka dengan pekasam. Isteriku tidak gemar pekasam. katanya bau busuk. Memang la pekasam kalau tidak kena gaya buatnya sudah pasti busuk baunya. Bersahaja aku makan.
" Nah try la rasa. Tak bau ". Aku memujuk isteriku. Isteriku mencubit sedikit lalu dirasanya.
" Ok juga. Tak busuk ". Kata isteriku lalu terus bangun dan mengambil pekasam. Tiba-tiba dia pula yang suka. Aku yang paling suka sebab makanan kegemaranku disukai isteriku. Maknanya kalau aku makan dia pun boleh tumpang sama.


" Bang sedap juga pekasam yang kita makan. Senang tak nak buat pekasam ". Aku terus mengambil ipad dan search cara-cara nak buat pekasam. Alhamdulillah banyak maklumat yang dapat.
" Senang bang nak buat pekasam. Mai kita buat ". Kata isteriku bersemangat.
" Esok pasar malam ada jual ikan darat. jom kita beli ". Aku berkata kepada isteriku. Esoknya aku dan isteri ke pasar malam. Alhamdulillah. Aku beli setengah kilo ikan puyu dengan harga RM6. hidup-hidup lagi ikan.


Isteriku awal-awal lagi dan beritahu yang dia geli bila melihat ikan terlompat-lompat. Maknanya aku la yang kena pesiang ikan tersebut. Riuh juga suara aku di dapur. Apa taknya. Ikan licin dan sekejap keluar dari tangan dan jatuh kelantai. Habis lantai berbau. Nak habiskan sebanyak 7 ekor ikan makan masa selama satu jam. Selepas aku basuh dengan serai dan limau barulah isteriku masukkan garam, beras serta asam keping. Ia harus diperap selama 5 hari. Hari ini baru 3 hari. Tak tahu lagi apa hasil percubaan kami yang pertama. Semoga ianya berjaya.

4 comments:

radziah AR said...

wah...sedapnya, saya juga menyukai pekasam. ikan puyu dan sepat goreng juga sedap....huh...

Ariff Budiman said...

radziah AR....Cubalah try buat. resepi boleh dapat dari internet

MaYa MustWany said...

mas suka ikan perkasam.kat sebelah ni umah mas banyak ikan haruan n talipia ..kalau ujan,just cedok je,dah dah sebaldi..orang lain siap menjala lagi.kalau nampak abah bawak balik, terus rquest nak ikan perkasam.hihihi

Ariff Budiman said...

MaYa MustWany........Kalau macam tu bila saya ke kl saya bawa jala le. Dengar pun tangan dah terasa menggigil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...