Teman-teman

Monday, June 17, 2013

Buah Sentul

Aku mengajak isteriku ke rumah ibu mertuaku. Buah sentul sudah memenuhi pokok. Ketika sampai kelihatan  dari jauh warna kekuningan buah sentul. isteriku tidak begitu menggemari buah sentul sebab rasanya yang masam. Aku pula lebih suka buah sentul dibuat jeruk.


Aku mengambil galah lalu mengait. Buah jatuh kedalam sarung yang dibuat khas. kalau jatuh kebawah alamat tak boleh makan la buah ini. isteriku berminat nak mengait buah tapi bila dicubanya tidak berjaya


Pokok yang berusia berpuluh tahun sudah membesar. Pangkal pokok sudah menjadi besar untuk dipeluk. Aku hanya mengait dari bawah dengan menggunakan galah. kalau belah bawah sudah habis alamat kena panjatlah pokok ini.


Cantik juga buah yang berada diatas. Warna kuning begitu menyerlah. kalau sebelah bawah warnanya kuning bercampur hijau. Maknanya belum masak betul. Kalau untuk dibuat jeruk jenis begini amat baik sekali.


Isinya begitu gebu sekali. Kalau buahnya masak betul maka isinya terasa manis. Kalau diletakkan kicap maka makan 4 atau 5 biji pun tak cukup.

10 comments:

Mohd Ghazali Abdullah said...

Ishhh sedapnya...terliur pula rasa..

Badrul Hisham Abd Rahim said...

favorite sy ni

Mrs.Izi said...

sedapnya.dulu ade belakang umah guru mengaji.sebelum mengaji g kutip buah sentul dulu.hehehe

Shahrizat said...

saya suka buah ini....jeruk atau fresh..dua dua best!

Ariff Budiman said...

Mohd Ghazali....Ia mempercepatkan proses penghadaman

Ariff Budiman said...

Badrul Hisyam...Wow..your favourite too

Ariff Budiman said...

Mrs. Izi...Sekarang tak ada lagi ke

Ariff Budiman said...

Shahrizat...Buat jeruk memang best

Anonymous said...

Sy dapati byk pokok2 zaman sy kecik2 dulu dah x ada skrg ni. Tahun 1980 dan tahun 2013, perbezaan yg sangat ketara, spt zaman peralihan pula gaya nya. Anak2 sy mmg tak tahu langsung buah2an eksotik ni.

mykitchen said...

kat mana ni...sy teringin sgt nk mkn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...