Teman-teman

Monday, August 12, 2013

Buah Demam......

Sudah lama aku tidak bersiaran. Pertama sekali ingin aku merakamkan Selamat Hari raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog WN ini. Insyaallah akan aku update gambar serta sedikit coretan tentang sambutan hari raya. Namun hari ini aku nak kongsi satu cerita. Bukan cerita siapa tapi cerita aku juga. Dalam bulan puasa aku terpaksa pendamkan perasaan teringinku bila melihat longgokan buah durian. Mungkin ini fasa kedua musim buah durian di Pulau Pinang. Ada yang membeli sebanyak 5 biji, diberi pula hadiah sebanyak 5 biji pula. Bulan ramadhan buah durian tidak dapat menarik perhatian pengguna. Pengguna lebih berminat dengan bazar ramadhan.

Buah durian Demam

Hari ini aku beritahu isteri yang aku begitu teringin nak makan buah durian. Aku nak keluar mencari buah.
" Abang beli sebiji sudah ler. Kita berdua saja nak makan ". Aku akur dengan permintaan isteriku. lagi pun kalau beli banyak pun pasti akan dimasukkan kedalam peti sejuk. pukul 12 tengahari aku keluar. dari jauh sudah kelihatan longgokan buah durian. Aku berhenti dan lalu meminta sebiji buah durian yang elok isinya.
" Abang cuba buah ni. Saya bagi namanya buah demam. Abang rasa dulu ". Terus di kopeknya buah demam. terdapat sebanyak 4 ulas.
" Abang makan semua tu dulu ". Tanpa membuang masa terus aku makan. Masyaallah. Begitu sedap. Lemak, manis dan berkrim. Warna putih susu. 4 ulas dapat aku habiskan. Tak pernah aku makan sebanyak 4 ulas sekaligus.

Aku bawa pulang sebiji buah durian atas permintaan isteriku. Perut sudah kekenyangan. Buah durian yang aku beli elok juga isnya. puas hati dengan harga RM7. Agak besar juga. jam 2 petang aku sudah dapat sesuatu pada badan aku. Ia mula berpeluh. Aku masuk lalu ON air cond. dengan suhu 27 selalunya sudah sejuk bagiku tapi badan aku tetap juga berluh. Rasa pening dan meloya sudah melanda. Jam 3 petang aku ke tandas sebab aku kerja petang. Terus aku munta dengan begitu banyak sekali. badan terasa panas. Aku sudah mula risau. Adakah BP aku sudah naik dengan 4 ulas durian. Aku terus muntah dan muntah. aku masuk kedalam bilik dan minta isteriku menyapu bam halia di tengkukku. Perut pula meragam. Pelik sungguh. Sekali lagi bergegas ketandas.

Akhirnya terpaksa juga aku lewat ke tempat kerja. Alhamdulillah demamku tidak berlarutan. Memang benar kata penjual buah tadi. Sebab itu ia memberi nama buah itu dengan nama durian demam. Walaupun buahnya kecil tapi isinya amat sedap sekali. Setakat makan 2 ulas ok lagi. Aku bedal sehingga 4 ulas patut la jadi macam itu. Nasib baik aku beli hanya sebiji sahaja.

2 comments:

Mrs.Izi said...

salam.selamat hari raya abg ariff.hahaha.sape nk mc elok mkn buah ni.terus doktor bg cuti.

insan marhaen said...

IM taklah 'hantu' durian hingga pantang jumpa boleh makan hingga demam.

Makan ini bagi IM seleranya biasa-biasa saja.

Tapi dalam pada itupun, orang lain turun berat dan susut badan di Ramadhan ini tapi IM rasa berat IM serupa jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...