Teman-teman

Saturday, August 03, 2013

Ucapan Terima Kasih

Isteriku begitu sibuk sekali dengan cucunya. Si ibu masih lagi belum kuat. Parut akibat pembedahan masih lagi terasa. Isteriku mengambil keputusan baby yang baru dilahirkan tidur bersama kami. Jadi setiap malam isterikulah yang membuat susu untuk cucunya. Bila pagi diserahkan kembali kepada ibunya. Entah suatu hari bila aku pulang dari kerja aku melihat isteriku terbaring diatas katil. Dia menangis kesakitan. Katanya lututnya tidak dapat dilipat dan bengkak. Sejak kami kahwin selama 4 tahun lalu ini merupakan yang pertama aku melihat dia menangis kesakitan. Bila berjalan kaki terasa amat sakit. aku dapat merasakan bagaimana sakitnya ketika berjalan sebab aku sudah melaluinya.

Mee Kuah Pulau Pinang

Aku terus mengajak isteriku ke klinik. Kalau dibiarkan lama pasti akan memburukkan lagi keadaan. Hari raya pula bakal menjelma dan aku pula bercadang mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua untuk adik beradik. Menurut kata doktor isteriku telah diserang radang saraf. Akhirnya dia di beri injection. MC telah diberi kepada isteriku secara gurauan oleh doktor.
" Tak boleh buat kerja banyak-banyak. Kena duduk saja ". Tersenyum isteriku. Aku pula membayangkan yang tahun ini tiada rumah terbuka bila melihat keadaan isteriku yang tidak dapat berjalan.
" Tak apalah. Nah rehat. Hari ni abang masak. Abang beli ketam. Ingat nak buat kari ketam ". Tertawa kecil isteriku bila aku berkata nak masak gulai ketam.

" Abang rasa Nah boleh baik cepat tak ". Aku faham maksudnya. Jarang isteriku sakit begini. Dulu aku begitu kerap sakit kaki. Sekejap baik dan sekejap sakit. 
" Insyaallah. Tadi dah bagi injection. Nanti balik abang urut sikit dan bandage ". Kataku kepada isteri.
" Abang mengantuk sangat. Rasa-rasa esok sajalah abang buat kari ketam. Hari ni beli di bazar ramadhan ". Tersenyum isteriku mendengar. Bila sampai dirumah aku baringkan isteri diatas katil. Aku mengambil minyak lalu mengurut perlahan-lahan. Lutut yang bengkak dan sakit tidak boleh dipaksa urut dengan kekuatan. Nanti bertambah sakit. Selepas menyapu minyak aku bandage kaki isteriku. Akhirnya aku terlelap. Bila sedar jam sudah pukul 3 petang.

Kari ketam + nenas + rempah Tarbus

Keesokan harinya bila aku pulang dari tugas isteriku menyambut kepulangan dengan senyuman. Melihat senyuman yang terukir aku sudah dapat mengagak yang isteriku telah pulih sedikit.
" Tengok bang...Nah boleh buat tarian ballet ". Gurau isteriku sambil mengangkat kaki sebelah. Aku tertawa gelihati melihat gayanya.
" Dah makan ubat ". Aku bertanya isteriku. Doktor menasihati agar isteriku tidak berpuasa supaya senang menelan ubat mengikut jam.
" Belum lagi. Ada bubur lambuk semalam dalam peti sejuk. Ingat nak panaskan dan makan yang itu saja ". Kata isteriku.
" Tak apalah. Nah rehat. Biar abang buat ". Aku berkata kepada isteriku
" Abang baru balik kerja. Letih dan mengantuk. Tak apa Nah buat perlahan-lahan ". Aku membantah kata-kata isteriku dan akhirnya dia akur.

Bila selesai semuanya akhirnya baru terasa mengantuk. Sekejap saja aku sudah terlena. Sekejap sekejap terjaga macam terdengar orang memasak di dapur. Wangi sungguh baunya. Mataku terlalu berat untuk dibuka luas. Aku terus menyambung tidurku. Bila sedar aku melihat isteri berjalan dengan lajunya. Subhanallah...Nampak bertambah baik kakinya. Tersenyum dia bila melihat aku.
" Nah dah buat kari ketam untuk abang. Ada lagi satu Nah nak buat untuk abang sebagai ucapan terima kasih kerana menolong Nah ". Kata isteriku
" Apa dia....". Aku bertanya. Tak sabar nak tahu
" Nantilah waktu berbuka....". Tersenyum isteriku. Aduhh...dia mendera mental aku...Jam 7 petang isteriku mengajak aku kedapur. Aku mengikutnya.
" Haa...ini dia Nah buat yang special untuk abang hari ini ". Aku terlopong bila melihat mee kuah.
" Masyaallah Nah. Terima kasih...". Tak sabar menanti azan. Akhirnya bila azan berkumandang aku dahulukan dengan buah kurma. Kemudian terus aku mengambil mee kuah dan........

" Ada sesuatu yang lain dari yang lain ". Aku berkata kepada isteriku
" Apa dia tu bang...Apa yang lain ". Tanya isteriku.
" Selalu Nah buat buat kuah dia pekat. kali ni terasa cair sedikit ". Aku berkata kepada isteriku dan tiba-tiba........
" Ya Allah bang...Nah lupa masukkan sos tiram. Patutla tak pekat. Tak apa mai Nah nak buat balik ". Kata isteriku.
" Tak apa...Rasa dia memang sedap cuba berlainan dari selalu. Nah tak payah buat balik. Ini pun sedap dan terima kasih kerana sudi buat untuk abang ". Tersenyum lagi isteriku. Akhirnya selesai juga semangkuk mee kuah special. Alhamdulillah kaki isteriku bertambah pulih dan akulah orang yang paling lega sekali....

2 comments:

Kakcik said...

Alhamdulillah :)

insan marhaen said...

Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!

Ada orang habaq kat IM, WN asyik citer pasal makan dan hantu jer..

He..he.. Jenama WN la tu ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...