Teman-teman

Monday, August 19, 2013

Suatu Ketika Dahulu

Pada tahun 2009 aku berkahwin dengan isteriku. Aku berpindah kerumah sewanya. Pada tahun 2010 tuan rumah tempat kami menyewa beritahu yang dia akan tinggal dirumah tersebut. Ini bermakna kami harus mencari rumah yang lain. Aku cukup terkesan dengan ini. Aku harus berfikir mencari tempat berteduh. Sebelum ini aku tidak ada masalah. Semua kelengkapan cukup walaupun rumah aku dan arwah isteri begitu kecil tapi kami amat bahagia bersama anak-anak.

Akhirnya setelah berbincang dengan isteriku kami mengambil keputusan untuk membeli rumah. Aku menerima panggilan dari seorang rakan. Katanya ada orang hendak menjual rumah kampong dan meminta agar aku sendiri berjumpa dengan tuan rumah. Setelah diatur pertemuan akhirnya kami berjumpa. Subhanallah...rupanya yang nak menjual rumah itu adalah rakanku juga. Terus dibawanya aku untuk melihat rumah yang hendak dijual. Rumah 2 tingkat yang mempunyai 4 buah bilik. Setelah melihatnya aku telah tertarik tapi isteriku juga perlu melihatnya. Aku meminta tempuh kepada rakanku agar isteriku sendiri pula yang melihat maklumlah dia yang banyak berada dirumah nanti. Akhirnya isteriku juga tertarik dengan rumah yang hendak dijual. Akhirnya alhamdulillah dapat juga kami membelinya.


Setelah melakukan sedikit pengubahsuaian pada bulan Januari 2011 kami berpindah masuk kerumah baru. Sedikit demi sedikit barangan yang kami beli. Aku mula perasan rumah yang bertentangan dengan rumahku itu tiada penghuni. Ia digunakan untuk menyimpan barang-barang. Jadi bila ia ditinggalkan dan dibiar barang dalam keadaan lintang pukang maka ia telah menjadi tempat makhluk halus bertapak. setiap hari dia akan duduk dekat almari seolah-olahnya dia adalah penunggu almari tersebut. Dia suka bermain rambut dan bila dia melihat seseorang yang dia minat maka direnungnya orang tersebut.

Pernah suatu ketika dia bertandang kerumahku. Isteriku diusiknya. Jam 12 tengahmalam isteriku menutup TV, tiba-tiba terbuka semula. Bila sedang asyik menonton rancangan diubahnya ke saluran yang lain. Nasib baik isteriku cool juga orangnya. terus dia call aku. Aku suruh dia baca Al Mathurat dan tiada lagi gangguan selepas itu. Dia hanya duduk di rumah kosong itu saja.

Suatu hari aku mendengar lori berhenti didepan rumahku. Barang dikeluarkan dan diletakkan diatas lori. Rumah itu kepunyaan seorang lelaki cina. Katanya dia nak buat rumah sewa. Sewaktu lori itu pergi membawa barang dari rumah tersebut aku melihat makhluk tersebut berada diatas almari. Aku tertawa dan cerita kepada isteriku.
" Nah...seronok sungguh dia naik lori ". Isteriku tertawa mendengarnya.
Apa yang melegakan isteriku ialah tatkala ia pergi anaknya pula telah melahirkan anak dan tinggal dengan kami sementara dalam pantang. Kalau tidak sudah tentu akan menarik minatnya dengan tangisan bayi. Makhluk tersebut akan mengganggu bayi. Kini ia kosong menanti penyewa masuk. Entah didalam macam mana pulak....

8 comments:

Miss Brenito said...

ahahaha.. naik lori kakak tuh.. Alhamdulillah, lega hati kak nah.. nanti2 dari tak menggangu takot dia mengganggu pulak.. seronok dengar cerita abg budi boleh nmpk makhluk2 halus nih, mesti lawak kan, tp klu org mcm sy, dah tentulah fengsan 100x..

Ariff Budiman said...

Miss Brenito.....Mula2 nampak terkejut lebih dari beruk lagi. Hehe. Sekarang ni dah jadi biasa. Makhluk halus pun ada juga kelucuannya. Yang tu jenis yg tak mengganggu

Bearcat said...

Tulah namanya jerangkung dalam almari...hehehe. kesian....ntah2 org buang almari tu dalam tempat sampah....duduklah dia kat situ.

Ariff Budiman said...

Bearcat....Kalau tempat sampah tak pa. Jangan dia lunggok pula di rumah lain. Almari tu elok lagi cuma usang.

mama maman aka yana said...

seriau lak baca.. gerun lak

Ariff Budiman said...

mama maman aka yana....Ye ke seriau

Khahar said...

Assalammualaikum Abang Ariff. Selamat Hari Raya.

Ariff Budiman said...

Khahar.......Waalaikumussalam. Selamat hari raya juga dari saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...