Teman-teman

Tuesday, November 25, 2008

AKHIRNYA.... TERBONGKAR JUA

Pertama sekali aku mohon maaf andaikata cerita yang akan ku paparkan akan membuatkan kalian semua merasa tidak senang. Bukan niatku untuk mengaibkan atau membanggakan sesiapa. Ini semua mungkin secara kebetulan atau kebenaran. Kalian saja yang dapat mentafsirnya. Aku cuma mahu agar kalian semua mengambil iktibar dari peristiwa ini.

Setelah berada dihospital selama 9 hari, pada tanggal 11 November 2008 akhirnya isteriku dibenarkan pulang. Namun demam panas masih lagi menguasai badan. Panadol, ubat hospita dan klinik ternyata tidak memberi kesan. Hari - hari pasti demam panas. Aku pening memikirkan perkara ini sehinggakan aku terlupa dengan tugas seharianku. Surau ramai jemaah yang bertanya kemana menghilangnya Budiman. Kenduri dijemput aku juga lupa hadir. Sedar-sedar kenduri dah selesai. Terpaksa berjumpa tuan rumah memohon maaf.

Yang menghairankan aku apabila menjelang Maghrib isteriku mula merasa menggigil kesejukan dan diikuti dengan badan yang panas. Apabila waktu nak mengambil air sembahyang mulalah batuk menyerang tidak henti - henti. Ini membuatkan badan bertambah sakit dan demam panas. Aku mula terasa kepelikan dan mula tersedar kemungkinan ada benda lain yang mengganggu didalam tubuh isteriku. Aku membaca Al Mathurat didepan isteriku. Tiba-tiba ayatnya hilang didepan mata. Setelah beristighfar beberapa kali barulah penglihatan kembali pulih. Aku menyuruh anakku membaca surah Yasin. Tiba-tiba dibalingnya kelambu membuatkan wajah anakku pucat. Isteriku hanya tersenyum melihatnya. Aku dah syak.

Aku ajak isteriku turun kebawah. Sambil bergurau kepada ipar dan anak saudara, aku berkata, " Kawan Pakcik kata pakcik ni boleh berubat tapi tak yakin. Sekarang mari kita berkumpul sambil lutut bertemu lutut dan Pak Cik akan ubati Makcik". isteri menjeling tajam kearahku. Aku tahu yang ia dah mula merasainya. Aku meminta anak saudara membacakan ayat Al Quran didepan isteriku dan aku nak lihat reaksinya. Ternyata tindak balas berkesan. Ku lihat isteriku menggenggam tangan menahan sesuatu. Aku mendekati isteriku dalam keadaan bergurau namun didalam hati, aku membaca surah yang aku telah bacakan didepan isteriku sewaktu aku sendiri tidak sedar ketika mengikut kelibat seorang pendekar sedang menggerakkan tari silatnya.

Bila sampai saja aku didepan isteri, aku terus meletakkan telapak tangan didahi isteriku. Apa lagi menjerit, tertawa dan mengilai. Apa lagi terkejut dengan peristiwa ini ipar dan anak saudara melarikan diri. Tinggal aku dan anakku. Aku beritahu kepada anakku jangan takut dan tolong bantu ayah memulihkan kembali emak. Aku menyuruh dia mengikuti bacaan ayat kursi. Dia membaca amat pelahan, tapi bila disuruh baca dengan kuat suaranya bertukar garau. Aku membaca ayat-ayat suci Al Quran sehinggakan membuatkan isteriku longlai tak bermaya. Aku sendiri pun tak tahu bagaimana aku lakukan semua ini. Aku hanya ingat aku pegang ditempat tertentu sambal membaca ayat Quran. Aku menyuruh anakku menalipon abangku dan beritahu keadaan mak dan katakan ayah tak mampu nak buat seorang diri.

Isteriku ternyata letih dan tidak bermaya. Beliau berkata nak tidur. Aku tahu bukan dia yang nak tidur tapi benda yang berada didalam badannya. Tiba-tiba taliponku berbunyi, anakku memberi tahu Pak Ngah talipon dan sedang menuju kerumah kami. Bila terdengar suara abangku dari dalam talipon matanya mula tidak tentu arah. Apabila terdengar saja salam dari abangku tiba-tiba dia terus bingkas bangun sambil ketawa geram. Apa lagi abangku tak bagi chance langsung terus dimintanya air lalu membacakan sesuatu di tepuk ke kepala isteriku sebanyak 3 kali. Terus longlai dan akhirnya ia keluar dari badan isteriku.

Aku dapat merasai yang benda itu hanya keluar seketika sahaja. Sebelum ini bila aku suruh isteriku senyum sebab aku nak test ternyata senyuman memang meremangkan bulu roma. Tetapi setelah kena tepuk dari abangku dia tidak berani senyum. Setelah keadaan tenang abangku pun pulang kerumah. Aku sengaja test kembali senyuman isteriku. Apalagi senyumannya kembali menakutkan dengan ketawa sinis.

Semalam seorang bomoh tradisional datang untuk merawat isteriku dan ternyata memang ada benda didalam tubuh isteriku. Bila aku pulang dari tempat kerja jam 12 malam sebelum aku masuk kedalam aku membaca ayat kursi dan dapat merasai bahawa benda itu masih lagi berlegar didalam rumah. Sewaktu kami tidur terdengar orang berjalan. Seluruh isi rumah semalam tidak dapat tidur sebab diganggu. Aku mebuat solat hajat memohon kepada Allah semoga kami semua dipelihara dari gangguan iblis dan syaitan terutama sekali isteriku. Alhamdulillahisteriku dapat tidur dengan tenang walaupun aku sendiri tidak dapat tidur sebab diganggu oleh makhluk halus yang ingin masuk kembali kedalam badan isteriku

Aku dapat merasai ia mencuit belakangku, ia mengetuk dan menolak pintu. Ada seketika ia berlari diatas bumbung. Aku hanya berzikir dan membaca Al Mathurat. Hanya kepada Allah lah kita semua meminta disamping berikhtiar. Tujuan aku menulis untuk kalian semua ialah janganlah kita memandang ringan tentang perkara ini. Sekali kita terlalai padah yang menanti. Kalau kalian pulang dari rumah lewat malam, sebelum masuk kedalam bacalag dulu ayatul kursi. Tak salah dan susahkan. Mohonlah kepada Allah semoga keluarga terselamat dari gangguan iblis yang direjam. Kini isteriku masih belum pulih sepenuhnya. Ya Allah kau bantulah kami. Biarlah orang dengki dan khianat namun kami tidak akan membalasnya kembali. semoga mereka yang membuat perkara ini Allah berikan hidayah dan keinsafan. Akhir sekali kepada kalian berhati-hatilah. Kadang-kadang kita buat benda kebaikan pun orang tidak suka. Semoga mendapat iktibar insyaallah.

Terima kasihku tak terhingga kepada abangku, anak saudara, sahabat handai dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan kami dan membantu mencari air penawar. Semua ini tidak dapat kami balas dengan wang ringgit. Hanya doa yang kami pohon semoga Allah berikan keberkatan kepada keluarga kalian semua. Amin...

Sekian ariman

8 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t
Harap dapat cuba kaedah perubatan islam Darul Syifa.
InsyaAllah dpt membantu.

hrusli61 said...

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma mereka yang diberi kurniaanNya mampu mengupaskannya. Sabar dan tidak berputus asa kunci utama. Carilah mereka yang ada kemahiran dan kepakaran dibidang ini. Semoga zaujahmu akan sembuh dan pulih 100%. Ya Allah bantulah sahabatku ini. Permudahkan urusannya.

Anonymous said...

Salam.
Semoga akhie terus sabar melakukan yang terbaik untuk merawat isteri. Semuanya diatur oleh Allah dengan seribu hikmah buat memantapkan lagi iman hamba-hambanya. Ana setuju sangat kalau dirujuk kepada yang pakar seperti Darul Syifa'. Rawatan memerlukan ulangan lebih-lebih lagi jika disihir orang. Allahua'lam.

Anonymous said...

Saya doakan semoga isteri dan tuan serta keluarga semuanya dilindungi Allah dan dijauhkan dari syaitan yang direjam.

bearcat said...

InsyaAllah setiap penyakit ada penawarnya kecuali satu....Mati.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bersangka baik pada Allah. Di sebalik penderitaan pasti ada rahmat yang tersembunyi.

Anonymous said...

g.man...Assalamualaikum...?
hanya mampu mengucapkan kata sabar...disamping mndoakan keselamatan seisis keluarga anda dan sy...berat bahu yg memikiulnya.
ternmpk cadangan membaca surah Al Baqarah...dlm jimpp...dah cuba blum...?
elok dibaca sendiri..atau ajak rakan JIM yg lain baca bersama...
cuba dulu...kita try satu persatu...moga berjaya

Perokok Soleh said...

waaa...
pokcik,best la cter niehh..
macam kes sihir...lalalaa

Rohaifi Azri said...

ko ni perokoksoleh, ini bukan citer memain...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...