Teman-teman

Friday, November 14, 2008

DI BALING BATU DARI POKOK

Inilah pokok yang telah aku katakan dulu. Aku tidak bermaksud pokok ini semua hantu suka tapi ditempat aku bertugas, pokok inilah yang ramai orang melihat ia tergantung lalu menghilangkan diri. Pernah pak guard bagitau dekat aku bahawa mereka dibaling dengan ketul batu. Nasib baik batu tu kecil saja. Aku pun pernah beberapa kali dibaling batu kecil. Hari tulah aku dibaling dengan batu sebesar penumbuk. Kebas leher-leher. Terus aku sms dekat bos mengatakan bahawa aku telah dibaling dengan batu. Atas nasihat bos dia suruh aku pulang kerumah dan jangan ambil risiko seorang diri.


Inilah ketul batu yang menghinggap leherku. Sengaja aku letakkan diatas pokok. Hairan sampai kehari ini siapa pun tak berani ubah. Silap hari bulan kalau kena tempat sensitif mungkin tinggal lagi 2 Jumaat saja aku. Sekarang ni kalau ada yang nak pergi mereka akan datang berdua.

Inilah lorong tempat aku melihat kelibat seorang pendekar sedang bersilat pada jam 8 malam ketika aku memberi anjing makan. Kalau waktu malam memang nampak suram yang hanya diterangi dengan lampu kawasan.

Inilah tempat aku melihat seorang yang gayanya ala pendekar sedang memperlihatkan bunga silatnya sehingga memukau aku untuk mengikut gerak tarinya dan kemudian terus aku tidak sedarkan diri ketika pulang kerumah. Dikawasan inilah setiap malam anjing akan menyalak panjang. Salak apa aku pun tak tau. La tak percaya lagi. Hangpa punya pasai. Aku cuma cerita apa yang aku lalui.

Sekian ariman

4 comments:

Anonymous said...

ades skang nih pkol 2.20 pg...nk p toilet pun seriau...benda begantung n hilang...aduhai...besaq batu dia...bolei biol...

Anonymous said...

Dalam dunia ini bukan sahaja dihuni oleh makhluk yang bernama insan (manusia) tetapi ada lagi makhluk lain yang bernama Jin dan Syaitan (termasuk Iblis). Tidak dilupai makhluk Malaikat dan haiwan.

Semuanya mempunyai sebab dan tanggung-jawab yang perlu dikerjakan.

Jangan kita lupa di dalam Al Quran ada mengatakan manusia adalah sebaik-baik kejadian dan mempuyai derajat yang tinggi jika kita beramal.

hentian said...

Lu Pikir La Sendiri.....

Perokok Soleh said...

hahaa....
lawak la cter pokcik nie..

camnielah,pokcik jadikan ayatt kursi sebahagian diri pokcik..
pasni hantupun tkut nk blng batu

ps:hantu takut ngn sy sbb sy merokok,lalalaa~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...