Teman-teman

Saturday, November 29, 2008

Dia masuk kembali

Pagi itu nampak isteriku ceria. Boleh berjalan dan bergurau. Bila hampir waktu zohor dia dah mula rasa sesuatu. Katanya kepala dan tengkoknya amat berat. Aku dapat merasakan bahawa benda itu telah kembali masuk kedalam tubuhnya. Aku membaca ayat 9 dari surah yasin lalu kuhembus ketengkoknya. Jatuh terkulai isteriku tidak bermaya. Sah makhluk itu telah kembali masuk kedalam badan. Sewaktu solat zohor aku menyuruh anak perempuanku get ready sebab selesai saja salam terakhir dia akan jatuh terkulai.

Memang benar habis saja memberi salam terakhir terus dia jatuh tidak sedarkan diri. Aku buntu memikirkan semua ini. Memang aku tahu ini semua ijian dari Allah tetapi sebagai manusia yang lemah aku amat tertekan. Aku menalipon abnagku. Katanya teruskan pasang cd. Bila pasang saja cd dia jatuh. Aku talipon seorang ustaz yang memang pakar bab jin. Katanya bawa isteri pada hari Ahad. Aku kecewa sebab hari ini baru Jumaat. Aku tak sanggup melihat keadaan isteriku. Aku menalipon seorang rakanku Ust Romzi. Ketika aku sedang bercakap isteriku batuk dengan teruk sekali semacam nak tercabut nyawa.

Mendengar esakan tangis dari isteriku kawanku terus berhenti mengajar Al Quran dan terus pergi mencari kawannya yang boleh berubat. Kawanku talipon mengatakan mereka akan datang jam 9.30 malam. Syukur aku kepada Allah ada juga yang sudi datang. Dr Danial talipon mengatakan dia juga nak datang.

Jam 9 malam. Jantung isteriku bergerak kencang. Katanya gorenglah pisang sikit untuk yang datang malam ini. Terdengar kereta Dr Danial dah sampai. Masuk saja dia isteriku tak boleh dah pandang wajah Dr Danial. Terus dia jatuh terkulai. Kemudian datang kawanku bersama rakannya. Dia memulakan pengubatan. Tatkala membacakan sesuatu isteriku membuka mata dan memerhati kami seorang demi seorang dan terus memfokus kepada oarang yang sedang membacakan ayat-ayat Al Quran.

Isteriku terus membeliakkan mata memandang orang itu. Kini mata mereka saling bertentangan. Tiba-tiba Orang itu terus berkata, "keluar". Terdengar berdentum diatas bumbung yang membuatkan ayam-ayam bertempiaran lari. Isteriku sedar kembali. Semua yang hadir dapat mendengarnya.Kami diberi garam untuk memagar rumah. Malam itu isteriku tidur dengan nyenyak sekali tapi yang menjaganya dapat mendengar benda berjalan diatas bumbung rumah kemudian anjing menyalak mendayu-dayu didepan pintu. Aku terus memasang cd Al Quran. Subuh dapat dilaksanakan dengan tenang.

Pagi ini dia merasa kakinya lenguh. Dalam hati aku terdetik apakah petanda makhluk itu masuk kembali. Waktu sembahyang yang akan menentukannya. Anak saudaraku di Kelantan tak senang. Dia akan cari Ust disana dan kalau tiada perubahan untuk isteriku akan ku bawa ke kelantan insyaallah untuk berubat dan kami boleh aktif kembali di surau. Terima kasih yang sudi membaca dan memberi komen. Aku tulis hanya untuk meredakan stress aku dan bukan untuk mencari populariti. Mungkin orang lain yang membaca mendapat iktibar dari peristiwa ini.

sekian ariman

4 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum ya akhi,

Terharu ana membaca kisah anta ni. Moga Allah membantu anta utk
menangani dan mengatasi masalah anta dan keluarga dgn cara yg tidak bertentangan dgn syari'at islam, insyaAllah.....

Just nak tanya, ada tak kemungkinan benda yg dok kacau isteri anta tu dtg dari pokok kat tmpt kerja anta tu? kot2 le benda tu ikut anta balik.....

pulasan007 said...

sabaq pak njang...die pon makhluk ALlah gak..die pasti akan tunduk gak nt...

Ariff Budiman said...

Salam
Terima kasih. Saya rasa dak. Benda tu hanya duduk disitu. Saya dah bertugas disitu semenjak tahun 1999 lagi. Benda tu hanya menunjukkan dirinya saja. Dia tak pernah kacau pun

Perokok Soleh said...

pokcik..
benda tue aper ekk?
dah tahu dah??
cter la tue jin aper?
sian mokcik tue ekk..
pe2xpun ok la pokcik..orang yg mati kena sihir syahid kecik..
dan pokcik pun redha dgn bini pokcik..
ada ciri2x ahli syurga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...