Aku telah menerima dan berjanji untuk menjadi DJ di rumah kenduri. Itu merupakan kerja sambilanku. Janji yang aku buat sebelum isteriku menerima dugaan Allah. Berat rasaya hati untuk membiarkan dirinya yang mengharapkan aku berada disampingnya. Program bermula jam 11 pagi hingga 5 petang. Kata isteriku pergilah kalau kita dah berjanji tak baik memungkirinya. Katanya dirinya jangan dirisaukan sangat sebab Allah ada bersama.
Aku melangkah longsai dan tidak ceria memikirkan keadaan isteri. Aku tidak banyak bercakap sewaktu dirumah kenduri. Dengan hanya memasang lagu-lagu nasyid aku terus buntu mencari idea. Sekejap anakku menghantar sms mengatakan emak muntah darah. Ya Allah kau percepatkanlah masa sampai jam 5 petang. Aku terpaksa talipon bertanyakan khabar, tapi kata isteriku tak apa boleh bertahan lagi.
Alhamdulillah jam dah pukul 5 selepas aku bereskan kerjaku, aku bergegas pulang. Kulihat isteriku sedang menangis menahan kesakitan. Kakinya terasa lemah dan tidak bermaya. Aku mengajaknya keluar untuk mengambil angin. Aku hanya mengambil jalan-jalan yang mudah seperti jalan menuju pulang kerumahku. Aku tidak berani membawanya kepantai. Kami melalui masjid. Terdengar bacaan ayat suci Al Quran surah Yasin yang menandakan ada kematian. Apalagi isteriku menangis bila mendengarnya. Katanya mungkin suatu hari bacaan Al Quran ini adalah untuk dirinya.
Air mata tidak mampu ku bendung lagi. Sambil memandu air mata berlinangan mengenangkan percakapan isteriku tempuh hari. Katanya, " Kalau Siti pergi abang redholah pemergian ini. Sedekahlah ayat-ayat Al Quran untuk Siti ". Apalagi aku menangis semahunya dalam kereta. Aku berhenti di depan masjid dan terus berkata kepada isteri. " Kita jangan mudah putus asa. Rasulullah telah diuji dengan lebih dasyat lagi. Mungkin mereka yang melakukan ini mahukan kita berputus asa".
Keesokkan harinya jiranku telah membawa seorang pengamal perubatan untuk membantu. Aku terima saja demi isteriku asalkan ianya tidak menyeleweng. Aku tidak mahu ia berkecil hati. Kata tok bomoh dia hanya mampu menghalau keluar saja, tapi kalau datang balik ia tak dapat buat apa-apa ibarat menghalau anak ayam dari memakan makanan. Katanya tok bomoh benda yang berada didalm badan isteriku amat kuat dan pandai. Bila dibacanya ayat ia akan pura-pura tidur. Begitu juga kalau kami sekeluarga berhimpun untuk membaca Yasin, bila sebuat saja ayat Yasin.... dia terus tertidur. Selesai membaca dia akan bangun semula. Kata tok bomoh kalau nak pendinding dia ada tapi ini kena bayar sedikit iaitu sebanyak RM 140. Ia berbentuk tangkai yang perlu dibuat rantai dan digantung dileher. Aku menolaknya secara baik. Aku tidak mahu bergantung harap kepada azimat tangkai. Itu dah syirik
Sambil tersenyum tok bomoh berkata ini semua sebab terlampau aktiflah. Ada yang cemburu dan hasad. Aku tahu kalau disurau kalau ada apa-apa pergi tanya Budiman & Aishah. Orang yang hantar benda itu keisteriku marah sebab ia kata Aishah suka menonjolkan diri. Subhanallah, yang aku tahu isteriku bukanlah jenis yang suka menunjuk-nunjuk. Tidak pernah is bermusuh dengan sesiapa. Cuma makcik-makcik memang mengharapkan setiap program Aishah mesti ada sebab dia yang paling muda. Kalau tak ada Aishah kata mereka, mereka tidak boleh bekerja.
Seorang kenalan aku yang juga seorang ustaz mengatakan isteriku jadi begini sebab terlalu baik. Insyaallah dia akan cuba mengumpulkan beberapa orang ustaz untuk membantu kami. Pagi ini aku akan membawa isteri ke USM untuk berjumpa dengan ust Abd rahman. semalaman isteriku tak dapat tidur manakala aku terlalu keletihan tidak sedar diri. Sedar-sedar dah subuh. Kulihat isteri sedang menangis akibat tidak dapat tidur. Katanya semalam ia mendengar orang mengetuk pintu dan berlari diatas anak tangga.
Insyaallah malam ini beberapa orang sahabat dari JIM Bara Daya akan melakukan solat hajat dan membaca yasin dirumah mertuaku yang selama ini aku duduk semenjak isteri keluar dari hospital. Katanya ia takut untuk pulang kerumah walaupun merinduinya dan aku sendiri tidak akan membiarkan isteriku keseorangan dirumah. Inilah ujian yang perlu kepada orang yang mengaku beriman kapeda Allah. Kata Allah, kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu belum diuji. Inilah ujiannya. ketakutan
Semoga dalam kesedihan ada kegembiraannya. Anakku dah mula berontak. Mereka menaliponku minta tolong ustaz beritahu yang melakukan pekerjaan terkutuk ini. Mereka perlu diajar. Mereka tidak sanggup melihat emak mereka dilakukan seperti ini. Kata mereka adakah ini hasilnya setelah bekorban untuk masyarakat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah menenangkan perasaan anak-anaku. Kami terkejut bila ketika melihat program di TV9 keluar iklan halaqah. Gambar Dr Danial ditunjukkan. Keluar ayat dari isteriku," Orang tua ni lah yang buat aku malam tu".Bersahaja saja tapi orang lain yang terdiam. Ya Allah semoga ujian terhadap isteriku tidak berpanjangan.
7 comments:
salam sahabatku,
Bawalah isteri kepada Ustaz yang mengajar di pondok agama. Mereka memang arif dan biasanya boleh buang terus, Insyaallah.
Dulu, kakak ipar ana pun begitu.Hinggakan dia buka pakaian sebab panas bila baca ayat2 Al Qur'an. Ada juga dia nak terjun kereta ketika dalam perjalanan ke pondok agama. Jin dalam badanya dan tahu dan marah2...
Akhirnya sembuh, dan kakak dapat dijodohkan.Dia sebenarnya seorang yang terkenal dan dapat jadi Dekan masa tu, tapi masih bujang.., jadi orang tak puashati lah.Maka mereka buat cara halus...
Wassalam.
IKJ = Ibni Khalid Jurait.
Salam Budiman,
Bersabarlah dan berdoalah kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah Allah akan memberi kemenangan untuk orang yang beriman.
Lin ada beli beberapa helai telekung, nanti kami hadiahkan kepada kak Aishah, semoga ia dapat sedikit menceriakan beliau.
Apapun Budiman, bersabar dan jangan melakukan sesuatu yang keluar dari aqeedah Islamiyah.
Jangan cepat putus asa. Teruskan beri semangat pada Mak Njang. Selagi terdetik di hati benda itu kuat dan sebagainya maka proses penyembuhan akan lambat.
Mati itu sudah pasti, tak dapatlah kita mengelak diri daripadanya.
Kurangkan air mata kerana ini menyebabkan badan menjadi lebih lemah dan senang dikuasai. Yang menumpang sekaki pun akan jadi membukit.
Pada yang kejam sanggup melakukan semua ini, itu urusan mereka dengan Allah. Berdoalah semoga mereka diberikan hidayah. Kita hanya insan yang lemah...bila kita serbu tak tentu pasal, maka jadilah kita sesat seperti mereka.
Syaitan memang tak akan duduk senang bila ada manusia yang ikhlas berbuat kebaikan. Dihasutnya manusia lain untuk menggagalkan segala kebaikan yang sedang berjalan. Jadi janganlah Pak Njang dan Mak Njang putus asa. InsyaAllah bila Mak Njang dah sembuh, teruskanlah membuat kebaikan dengan cara apa saja yang boleh. Mereka tak akan dapat berbuat apa-apa tanpa izin Allah.
Doa untuk Pak Njang sekeluarga tak pernah putus-putus dari kami, insyaAlah. Hanya itu yang termampu kami bantu.
Aslm, syeikh budiman,
1)http://www.ceramahislam.com. Kmdian antara ceramah tentang sihir tu, penceramah Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar. Menarik perbahasannya.
2)http://rawatansihir.com . Web ini banyak diskusinya secara islam.
3)Baca ayat ruqyah syar'iyah. Kalau tak larat, cari CD, pasang ke radio kuat-kuat kat rumah. Jgn pasang kat kereta (merbahaya ditakuti Jinnya mengganas). Ada beberapa ustaz dah rakam cd nie secara komersil. Infact di Indon, mereka jalankan ini secara usaha dakwah.
4) Cuba check link ini http://akhdian.wordpress.com/2007/11/12/ruqyah-syariyyah-vs-kesurupan/ . Kat sini boleh download ruqyah nyer dlm mp3, kmdian burn.
5)Apa pun, semua penyembuhan datang dari Allah, bukan datang dari ayat-ayat itu. Itu yang iktiqad yg ustaz jumadi itu tekankan.
Semoga Allah membantu antum berdua.
Amri, x penang
Mintalah pertolongan pada ALLAH dengan jalan solat & bersabar....
Jangan patah semangat. Tuhan lebih berhak atas kita semua. Sebenarnya, ramai yang lebih menderita dari kita.
Maaf, tak dapat dtg ziarah dengan blogger JH tadi....
Salam
Pak jang,semoga Allah selamatkan keluarga pak jang,syaitan memang akan menyesatkan kita,habis dituduh pak ngah yang buat semua tu,kalau kita layan dia,lagi lah menjadi2..teruskan membaca ayat2 suci,insyaAllah,izat berdoa agar mak jang selamat..nanti balik penang izat pergi melawat,insyaAllah
Post a Comment