Teman-teman

Friday, November 28, 2008

Terima kasih sahabat semua


Aku dan keluarga merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat-sahabat JIM yang memenuhi ruang tamu untuk menunaikan solat hajat dan membaca surah yasin. Aku sendiri tidak menyangka kedatangan yang begitu ramai. Terasa kemanisan hidup berjemaah. Kepada JIM Timur Laut terima kasih kerana sudi datang dan bawa juadah makanan sekali. JIM Seberang Perai Tengah Cikgu Rusli, Hj Atan dan isteri masing yang sudi datang walaupun jalan dan jambatan jamn. Tetapi disebabkan ingin membantu sahabat yang ditimpa musibah mereka sanggup datang. JIM Barat Daya aku amat berterima kasih terutama kepada YDP Mohd Tuah dan juga Bakhtiar yang mengesyurkan agar majlis ini diadakan.

YDP JIM Barat Daya Mohd Tuah dan YDP JIM Seberang Perai Tengah Cikgu Rusli Hashim

HJ Mohd Rashid Hasnon dari JKP pusat turut hadir untuk membantu
Isteriku dalam keadaan longlai dibantu anakku Siti Zinnirah. Dia dapat merasakan kehadiran kawan-kawanku yang akan datang untuk solat hajat dan membaca surah yasin. Matanya dah mengantuk sehingga tidak dapat dibuka mata. Selalu beginilah keadaannya bila nak baca surah yasin. Bila baca saja terus tidur. Kata Ust man memang dia tak mau dengar sebab dia dah terbakar akibat dipanah petir. Bayangannya masuk kebadan isteriku yang lemah ketika itu. Kata Ust Man kalau dia dengar bacaan yasin akan terus terbakar. Sebab itu dia tidur. Selesai saja majlis malam itu dia menjadi cergas kembali. Ramai yang hairan. Boleh bergurau dan berjalan. Selalunya bila selesai baca yasin akan terasalah sakit badan, paha dan lutut.

Ketika kami nak tidur isteriku sedang menunaikan solat isyak. Aku pasang CD ayat-ayat quran yang kursus untuk menghalau jin yang telah dipinjamkan oleh Dr Abd Halim. Selesai saja salam yang terakhir terus dia jatuh terkulai tak bermaya. Katanya mengantuk tak tahan. Biasalah kalau dengar ayat al quran beginilah keadaannya. Aku ulang dan ulang kembali bacaan yang dah selesai. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Telah 5 kali aku ulang CD bacaan ayat suci. Kali ini aku melihat tindak balasnya. Dia nampak gelisah. Pusing kiri tidak kena dan pusing kanan pun tidak kena. Aku menyuruh anak lelakiku Hermawan membaca ayat ke-9 dari surah yasin dan dihembus ketelinga kanan.

Apalagi apabila terkena saja hembusan dia menjadi agresif dan melawan. Anakku hembus lagi ayat itu. Dia menutup lubang telinga kanannya tidak membenarkan hembusan dibuat. Dia menendang kami. Bila sampai saja kepada ayat 3 Qul dia menjadi tidak tentu arah. Meracau. Aku dan anak apalagi kami bertempik, " keluar kalau tidak mahu sakit". Isteriku menangis mendayu minta jangan dihembus kuat-kuat katanya sakit sampai kedalam. Tangisannya membuat aku lembut seketika dan memohon maaf kalau ada kekasaran. Anak perempuan aku bertanya itu mak atau makhlus halus. Aku kata kedua-duanya sekali. Isteriku sedar tentang apa yang berlaku tetapi badannya seolah-olah telah dikawal.

Aku menyuruh anakku menghembus perlahan-lahan sehinggakan terbatuk-batuk sambil menangis hiba. Aku kata kepada anak-anakku dia minta simpati. Anakku tak kasi can dia terus membaca ayat itu dan dihembusnya perlahan-lahan. Isteriku terus bangun. Katanya dia tidak mengantuk dan sakit paha dan badan. Ternyata makhluk itu telah keluar dari badan isteriku akibat tidak tahan. Pagi tadi isteriku menceritakan bahawa dia marah ketika itu bila sedar saja dari tidur terdengar ayat 3 Qul dan itulah yang membuatkan dia meronta. Kini katanya badannya tidak sakit-sakit lagi.

Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memberi bantuan yang amat aku harapkan melalui kedatangan yang begitu ramai dari sahabat-sahabat. Insyaallah kalau dengan izinnya doa salah seorang daripada kami akan Allah makbulkan. Aku mengharapkan isteriku akan pulih sepenuhnya. Apa pun terpaksa tunggu petang ini baru tahu akan hasil yang telah dilakukan. semoga Allah membantu. Aku terkesan semasa sesi tazkirah selepas solat hajat dari YDP JIM SPT. Katanya musibah ini menjadi pengajaran kepada kita. Selama ini kita lalai dengan tanggungjawab kita terhadap Allah. Kita tidak dekatkan diri kita dengan si pencipta. Kita sibuk dengan urusan duniawi sehinggakan kita lupa dengan tugas kita sebagai hambanya.

Terima kasih sekali aku ucapkan kepada sahabat dengan bantuan dan doa dari kalian semua amat kami menghargainya.

Sekian ariman

4 comments:

Anonymous said...

Salam
Alhamdulillah..teruskan dgn menghembus ayat2 suci alquran ketelinga isteri enta tu.Yg paling baik dia sendiri membaca dan melafazkan beberapa zikir(ketika ni amat sesuai sebab 'dia' dah keluar)jgn henti..al mathurat pagi dan ptg..insyaallah

Anonymous said...

1)Teruskan lagi syeikh, mungkin dia sajer nak tipu enta. Amalkan terus pasang cd rukyah tu.

2) Juga terus ingat, bukan ayat quran tu yang menyembuhkan, tapi Allah yg menyembuhkan.

Amri,
x-penang,
p/s tumpang gembira dari jauh.....

limaumaniss said...

teruskan pasang surah al baqarah dalam rumah...moga2 benda tu semakin menjauh dan tak datang lagi dah..
alhamdulillah...ALLAH jua maha menyembuhkan..

Anonymous said...

kalau sempat bergambar lgi ni kira ok lah tu.....
biasa-biasa saja ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...