Teman-teman

Wednesday, September 19, 2012

Benda Apa Pun Tak Tau

Aku keluar membawa kamera untuk mengambil gambar matahari terbenam. Ketika asyik mengambil pemandangan indah matahari terbenam entah tiba-tiba terbang satu benda dari arah kayu bakau. Time tu azan maghrib berkumandang. Sempat juga aku snap gambarnya. Cuba lihat gambar bawah sebelah kanan atas.

Yang bawah pula aku perbesarkan gambarnya. Kepaknya begitu lembut ketika terbang. Aku sendiri pun tak tahu benda apa. Terpulang kepada pembaca semua samada percaya atau tidak. Bukan senang nak dapat keadaan macam ini.


8 comments:

Unknown said...

As salam En Arif,

Apa benda ye tu? Mcm ular terbang lak sekali tgk...ke naga? ngeeee... Lain kali Maghrib dok umah, jgn merayau tau! hehee :))

Ariff Budiman said...

Marya Yusof.......Ini di tempat kerja saya. Belakangnya ada pokok bakau.

Anonymous said...

Pernah seorg sahabat melalui highway utara selatan. Tiba tiba bila sampai di gua tempurong, keretanya dihinggapi oleh sejenis haiwan terbang seperti bentuk sotong hingga menutupi seluruh kereta. Bergegar kereta beberapa minit. Tidak lama dari itu ia terbang menuju ke kawasan bukit. Masa itulah sahabat ini melihat jelas bentuknya. Dan ia meninggalkan lendir di cermin kereta. Mungkinkah benda yang sama?

Ariff Budiman said...

Anonymous.....Entah ler. Saya sendiri pun tidak tahu. Memang besar juga. Lembut sungguh kepaknya ketika terbang. Inilah pertama kalinya saya tengok

pB said...

makhluk Allah pelbagai rupa

insan marhaen said...

susah juga jadi macam hang ni ya. nampak macam-macam...

Ariff Budiman said...

pB...Benar akan kata-kata ini

Ariff Budiman said...

insan marhaen....Malang sungguh nasibku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...