Teman-teman

Tuesday, September 11, 2012

Mana Nak Sorok Muka

Aku mengajak isteriku ke pejabat celcom berhampiran untuk mendaftar dengan talian X Pax. Sebelum ini isteriku hanya menggunakan sub line dan cajnya amat mahal sekali. Belum cukup bulan dah menjangkau RM 80. Pelanggan agak ramai juga.
" Boleh saya tolong encik ". Tanya pegawai celcom dengan senyuman.
" Saya nak daftar talian x pax untuk isteri saya. Boleh saya tahu caj yang dikenakan ". Aku bertanya.
" Ok kalau dari talian celcom ke celcom caj panggilan ialah sebanyak 28 sen untuk tempuh 10 minit dan sms ialah 1 sen sahaja. Untuk talian celcom ke lain cajnya ialah 28 sen untuk tempuh 5 min dan sms sebanyak 5 sen sahaja. Bagaimana encik. Berminat tak ". Tanya pegawai celcom. Setelah berbincang dengan isteri akhirnya kami bersetuju.

" Encik boleh tolong bagi ic tak ". Tanya pegawai tersebut lalu isteriku terus menghulurkan icnya. Pegawai tersebut terus memasukkan data permohonan isteriku.
" Ok encik akaun isteri encik telah aktif. Encik boleh guna sekarang ". Tersenyum pegawai tersebut sambil menghulurkan kad x pax.
" Terima kasih banyak- banyak ". Kataku kepada pegawai tersebut yang hanya terdiam melihat kami. Aku dan isteri terus keluar untuk pulang. Tiba-tiba aku terdengar nama kami dipanggil.
" Encik-encik duit encik tak bayar lagi ". Kata pegawai tersebut. Masih lagi tersenyum.

" Ya Allah. Minta maaf. Saya terlupa ". Aku masuk kembali lalu membayar wang tersebut. Isteriku diluar merasa amat malu. Bagi aku yang gelap rupanya tiada kelihatan langsung. Tapi isteriku nampak merah mukanya menahan malu. Kami hanya tertawa di atas motorsikal.
" Nah malu la bang. Harga hanya RM 8 saja ". Aku hanya tertawa di atas motorsikal. Memang la aku pun malu sebab ramai yang memerhati akan kami. Walaupun mereka tahu yang aku lupa tapi perasaan itu tetap ada. Mana nak letak muka ni....

8 comments:

Kakcik Seroja said...

Bukannya disengajakan. Dah sikap manusia biasa, kan? :)

Muhammad Anas Firdaus said...

Tiba-tiba aku terdengar nama kami dipanggil.
" Encik-encik duit encik tak bayar lagi ". Kata pegawai tersebut. Masih lagi tersenyum

nasib dia tak ketawa terguling guling..hehe..

makchaq said...

Salam kenal..

Biasa la tu.. kadang2 lupa bayaq, kadang2 dah bayaq barang pulak tertinggai..

Mak AB macammana sekarang... teringat arwah mak makchaq sama macam gambaq2 yg AB letakkan dlm blog ni..
Arwah mak & abah makchaq dulu kalau sakit2 biasa mesti nak pi klinik Dr Danial

Al-Manar said...

Banyak yang saya dapat saya tinjau dari cerita harian seperti ini.

Ariff Budiman said...

kakcik....Memang. Kita tak menjangkanya.

Muhammad Anas Firdaus...Kalau berguling kami pun turut berguling malu

makchaq...Emak saya masih lagi kritikal

Al-Manar...Kadang2 cerita macam ini memberi kita kesedran dan pengalaman untuk belajar

insan marhaen said...

ingatkan IM sorang je yang macam tu...

Ariff Budiman said...

IM....Kita serupa

Anonymous said...

hihihi..
xpe.dah lupa nak wat mcm ne kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...