Nikmatnya di urut ibu |
Setelah menanti sehingga jam 3 pagi kami beredar pulang kerumah. Alhamdulillah ibuku dalam keadaan stabil. Aku dan isteri terus terlelap sehingga dikejutkan dengan jam gerak menandakan sudah masuk waktu subuh. Terasa begitu singkat saja tidur kami. Selepas subuh boleh lelapkan mata semula. Bisik hati kecilku. Sebelum terlelap aku biasakan diri membaca surah Yasin untuk ibu. Kemudian barulah aku menyambung tidurku semula. Tiba-tiba bunyi mesej di talipon bimbitku. Aku membuka membuka mesej tersebut dan terkejut.
" Takziah di atas pemergian bonda tercinta ". Itulah sms yang aku terima dari seorang rakan.
" Ahh..biarlah dulu. Nanti aku jelaskan ". Bisik hati kecilku. Terasa terlalu mengantuk. Tiba-tiba talipon berdering
" Assalamualaikum Budiman. Saya nak confirm betulkah emak kamu meninggal ". Tanya seorang rakan.
" Ya Allah siapa yang mereka cerita mengatakan emak saya meninggal. Emak saya masih lagi berada di hospital ". Aku menjelaskan kepadanya tanpa memberitahu kejadian semalam.
" Astaghfirullah Hal Azim....Kawan yang bagitau saya telah hantar sms kepada 30 orang rakan ". Kata rakanku. Terkejut juga aku bila mendengar ceritanya. Sms terus memasuki dalam kotak taliponku. Semuanya mengucapkan takziah. Talipon juga berbunyi bertanya di mana rumah ibuku. Kini satu Pulau Pinang sudah riuh dengan berita kematian ibuku. Akhirnya setelah diselidik dari mana punca datangnya berita ini terjawab. Satu sms telah tersasar keluar. Orang yang menerima tidak terus menalipon bertanya. Sangkaannya bila jantung terhenti bermakna meninggal. Maka di tukar ayat menjadi emak Budiman meninggal. Tidakkah ini merupakan perbuatan yang tidak bertanggung jawab.
Aku menjangkakan kes ini akan reda lalu aku keluar kepekan mencari kuih muih. Aku singgah membeli Koay Teow Th'ng. Datang tok bilal masjid kearahku
" Budiman...Betul ka emak meninggal ". Tanya Tok Bilal.
" Tak ada hj. Emak saya tak meninggal. Masih berada di hospital ". Kataku kepadanya.
" Sebab tu saya hairan kenapa Budiman tak berjumpa saya dan beli koay teow. Kami ternanti akan kesahihan berita ini dari keluarga barulah kami akan memperdengarkan bacaan yasin tanda ada kematian didalam kariah ". Kata Tok bilal panjang lebar. Aku hanya tertawa kecil mendengar kata-kata tok bilal.
Dirumah ibuku sudah ramai yang datang untuk menziarah ibuku. Begitu cepat berita tersebar. Marah juga adik beradik terdekat kerana tidak dimaklumi. Mereka hanya mendapat berita dari sms orang lain. Akhirnya barulah mereka mengetahui akan cerita sebenar. Alhamdulillah kini berita kematian tidak lagi tersebar. Ramai pula yang pergi ziarah ibuku di hospital. Ini yang merisaukan kami. Sebab yang pergi ziarah sudah pasti akan berkata
" Kenapa tidak bawa pulang emak ". Itulah ayat mereka. Panas juga telinga kami seolah-olahnya kami membiarkan ibu terlantar di hospital. Tapi kalau dibawa pulang apa yang boleh kami lakukan sedangkan ibu bergantung sepenuhnya pada mesin. Cukup senang mereka bersuara. Bila mereka datang tak ada kaum keluarga yang menjaga juga berbunyi. Tidakkah mereka sedar ketika mereka datang merupakan waktu solat. Biarlah ditinggalkan ibu buat sementara untuk melakukan solat. Insyaallah Allah akan pelihara ibu. Sebab itu kami tidak menggalakkan masyarakat datang untuk menziarah ibu kami. Aku pernah bersama kawan-kawan membuat program lawatan hospital. Kami berjumpa keluarga pesakit dan bertanya apa penyakit dan meminta izin untuk berdoa. Memang begitu touching sekali bila melihat keluarga pesakit menangis sambil mengaminkan doa yang dibaca.
Kami pergi pula ke keluarga cina. Kami lakukan perkara yang sama dan meminta izin darinya untuk berdoa kepada tuhan. Sungguh gembira waris pesakit dari keluarga cina bila kami mendoakan agar pesakit cepat sembuh. Aku masih ingat kami membaca doa untuk seorang remaja india. Kami berdoa agar dia cepat sembuh dan dapat berhari raya deepavali bersama keluarga tercinta. Menangis teresak-esak dia dengan doa kami. Dua minggu kemudian kami datang kembali. Keluarga cina menggamitkan tangan kearah kami meminta kami berdoa untuk mereka. Subhanallah sungguh terharu sekali. Ketika itu aku bersama arwah Siti Aishah kerap bersama NGO untuk program lawatan hospital. Setelah isteriku pergi buat selama-lamanya meninggalkan kenangan yang cukup indah sewaktu aku hidup bersamanya. Andai waktu dapat di putarkan kembali...Ahh tidak mungkin ia berlaku. Jauhnya harapanku.Moga Allah terus memberi kekuatan kepada kami untuk terus berbakti kepada ibu. Sudah 50 hari ibu terlantar di hospital. Doa dan ayat quran tidak putus-putus kami sedekah kepada ibu. Semoga Allah permudahkan ibu.....
6 comments:
kerana perkataan itu...bikin kecoh satu penang...ish ish..betul2 bahsa jiwa bangsa..
As salam
ternanti nanti juga sebenarnya perkembangan tentang ibu ...
Semoga Allah permudahkan segala-galanya
Thirah......silap tafsir mampu merubah keadaan
pB......Terima kasih kerana tolong mendoakan
Semuga Allah kurniakan yg terbaik buat ibu & keluarga En Budiman...
Nor Shamilah......Terima kasih di atas doa untuk ibu saya
Post a Comment