Teman-teman

Sunday, December 23, 2012

Bersama Afdlin Shauki

22 December 2012 - Sabtu. Aku telah diamanahkan menjadi DJ untuk program Gaza dan Syria di Padang Kota yang dianjurkan oleh Aqsa Syarif Pulau Pinang. Jam 12 tengahari aku dan isteri terus menuju ke destinasi. Jalan agak sesak juga. Akhirnya kami tiba agak awal juga dan keadaan majlis belum lagi bermula. Jam 3 petang dijangka Afdlin Syauki serta peserta konvoi akn tiba.


Tugas aku hanya bercakap memberi maklumat terkini dan memasang lagu-lagu tentang perjuangan rakyat Palestin dan Syria. Jam 2 petang majlis bermula. Persembahan, puisi dan persembahan seni silat diadakan. Hujan renyai-renyai membasahi petugas serta padang namun tidak melenturkan semangat mereka.


Jam 3 petang Afdlin Shauki beserta rombongannya tiba. Dalam ceritanya beliau merasa begitu terharu melihat apa yang berlaku  di Gaza. Dengan secara rasminya beliau mengumumkan bahawa beliau sudah memboikot produk-produk yang membantu ekonomi Israel. Beliau juga mengajak rakyat Malaysia agar sama-sama membantu memboikot produk - produk itu. Agak ketat juga tugasan beliau. Sebelum tiba di padang Kota beliau telah dibawa ke Lorong Kulit iaitu tempat tumpuan masyarakat. Disana bekliau memberi taklimat serba sedikit tentang Gaza, jam 6 petang beliau terpaksa bergegas pula ke Shah Alam untuk ceramah. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepadanya dan Allah rahmati kehidupannya serta keluarganya.


Isteriku pula bersama rakan-rakan yang lain membantu menjual pakaian terpakai. Banyak juga terjual dan hasil jualan disumbang terus ke Aqsa Syarif. Pakaian masih lagi elok dan dijual dengan RM1 - RM3


Jam 6 petang aku dan isteri berangkat pulang. Program masih lagi berjalan sehingga malam. tugasku setakat jam 6 petang saja. pada waktu malam rakanku pula akan menggalas tugasan sebagai DJ. Aku merasa cukup seronok dan terasa begitu manisnya bila dapat bersama rakan-rakan yang pernah bersama denganku suatu ketika dahulu. Ramai juga rakan-rakan berjumpa isteriku sambil berkata sudah agak lama mereka tidak mendengar suaraku. Isteriku hanya tersenyum saja. Insyaallah andaikata masa terluang aku dan isteri pasti menyertai mereka.



2 comments:

Bearcat said...

Semoga usaha murni ini akan dapat sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin. Amin.

insan marhaen said...

Bravo..bro!

Celoteh tuan memang menghibur dan menggeletek perasaan.

Rakan duet tuan - blogger JH juga apa kurangnya.

Cuma saya kekadang bimbang takut tuan 'lupa daratan' bila dah memegang mikropon...he..he..

Kenapa tak ada lagu 'Islam Warisan'?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...