Teman-teman

Monday, December 03, 2012

Siapalah Kita Nak Menghukum

Aku menerima gambar tentang wanita ini yang tidak sempurna auratnya. Aku dapati sungguh banyak celaan dan kutukan manusia yang berada didalam FB. Tujuan yang upload gambar ini mungkin untuk menyedarkan tentang salahnya wanita ini yang tidak sempurna auratnya. Yang bahayanya ialah ramai yang tidak memahami konsep dakwah sebenar. Kita bukan menolong wanita ini tetapi kita menyulitkan lagi keadaannya dengan mendedahkan auratnya tanpa keizinannya juga.

Bagaimana kalau dia sendiri melihat gambarnya menjadi bahan ejekan dan kutukan. Kenapa yang mengambil gambar ini yang sudah tentu tahu akan batas-batas aurat menegur saja wanita ini secara berhemah bahawa tujuannya amat baik sekali cuma caranya harus diperelokkan lagi. Tak perlu di hebuhkan di FB yang kebanyakkannya hanya tahu mengutuk. Kita harus sedar kita datang dalam keadaan zero. Alhamdulillah kita semua telah diberi hidayah oleh Allah. Kita semua yang faham akan agama tidak langsung berpegang akan hadis Rasulullah yang bermaksud, " Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat ". Hadis riwayat Bukhari.

Janganlah kita jadikan FB medan untuk mengata, mengutuk dan mengaibkan orang lain yang sudah pastinya mengundang kemarahan Allah. Semoga aku bukan dari kalangan mereka yang suka mencari kesalahan dan mengaibkan mereka. Moga Allah tiupkan hidayah dan memberi kekuatan kepada mereka yang baru handak menjinakkan diri mereka dengan islam. Pandangan kita bila melihat sudah tentu mengjengkelkan tapi kalau wanita ini tahu caranya tidak kena sudah tentu dia tidak melakukan begini. Siapalah kita untuk menghukum orang lain. Adakah iman kita cukup sempurna. Tepuk dada tanyalah iman kita.

6 comments:

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan pak ariff. Seeloknya ditutuplah aib saudara kita itu. Mana mungkin kita mau mencari saudara iyg diaib itu untuk memohon maaf atas silap kita. Khuatir satu hari nanti Allah akan membuka aib kita. Pasti terduduk.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Aduhai, Ariff pun tak pasal2 keluarkan gambar ni..ermmm

Ariff Budiman said...

Anonymous.......Like like

Ariff Budiman said...

Marina Monroe.......Maaf akak. Saya cuba nak edit gambar ni bagi blur tapi tak boleh. Saya masukkan jauga akhirnya terfikir yg saya juga menumpang. Terima kasih akak. Saya delete dan try edit bagi nampak sopan

insan marhaen said...

Insaf dengan entri ini. Satu peringatan yang baik...

Ariff Budiman said...

insan marhein...Semoga kita insaf mungkin satu hari nanti gambar keluarga kita pula akan di upload aibnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...