Teman-teman

Friday, May 03, 2013

Ini Kali Lah

Rata- rata sekarang semua orang berada di dalam mood pilihanraya. Dalam FB bermacam- macam pos tentang parti masing- masing. Kalau bahan yang kita pos mengenai pilihanraya maka banyaklah komen tentangnya. Kalau bahan yang di pos hanya gambar dan cerita biasa maka ia hanya menjadi tatapan sahaja. Dalam FB aku bersikap tidak terlalu fokus kepada kepartian walaupun kadang- kala ada di kalangan friend aku yang tulisannya membuatkan aku terasa ingin menjawab kembali. Akhirnya aku biarkan saja tanpa menjawab apa- apa sebab ia hanya akan membuahkan pertengkaran sesama kawan dek sebab berlainan fikrah. Aku sekadar LIKE saja berita yang bagiku memang menarik. Ada juga di kalangan friend aku yang sudah Unfriend dan Block aku di fb mereka. Aku tak marah dan itu hak mereka. Aku tak pernah bertindak demikian walaupun ada tulisan mereka yang tidak sama dengan naluriku. Kita harus menjadi orang yang bijak dan dapat mengawal perasaan kita.

Baru- baru ni aku Off duty. Isteriku sudah bertanya apa program aku bila off.
" Nah tanya abang nak buat apa off ni kenapa. Nah ada program lain ke ". Aku bersuara kepada isteri.
" Nah boring duduk di rumah. Ingat nak keluar jalan-jalan ". Kata isteriku dan aku faham sangat bila dia bersuara demikian.
" Apa kata kita pergi ke Lorong Kulit. Abang teringin nak makan pulut durian ". Kataku
" La....sama la kita bang. Baru- bari Nah tengok Master Chef. Depa tunjuk durian king. Rasa teringin pula ketika tu ". Kata isteriku tersenyum.
" Elok la jom kita kesana..". Aku berkata dengan nada bergurau.

Selalunya kalau nak kesana aku lebih suka menggunakan motosikal sebab parkirnya senang didapati. Kalau berkereta jenuh berapa kali tawaf belum tentu lagi dapat tempatnya. Isteriku pula lebih suka pergi dengan kereta. Katanya sakit pinggang bila naik motosikal.
" Ala orang kaya mana mau naik motor ". Gurauku. Isteriku hanya tersenyum dengan gurauanku.
Akhirnya dia mengalah juga untuk pergi dengan motosikal. Aku mengambil kunci kereta dan
membuka pintu rumahku.

" Nah...langit nampak gelap. Nak hujan ni. Kita pergi dengan kereta lah ". Isteriku tersenyum bila mendengar sarananku. Jam sudah pukul 10.30 pagi. Waktu begini sudah pasti kenderaan sudah banyak. Kami bertawakkal saja. Semoga kami mudah mendapat tempat parkirnya.

Sepanjang perjalanan hujan sudah mulai turun. Nasib baik juga pergi dengan kereta.
" Nasib la kita naik kereta. Kalau tidak habis baju basah ". Kataku kepada isteri sambil menjeling kearahnya menanti respon.
" Sebab tu la Nah ajak naik kereta. Pasti akan hujan ". Cehwah....Dengan senyuman dan kerlingan yang penuh makna. Perli lah tu. Aku mengambil keputusan parkir keretaku di dalam perkampungan yang bersebelahan dengan tempat tersebut. Alhamdulillah ada tempat kosong.

Ketika kami sedang berjalan, tiba-tiba terdengar panggilan dari arah belakang
" Abang..abang....". Seorang lelaki cina bermotosikal menuju ke arah kami. Aku silap parkir kereta kah atau aku telah meletakkan keretaku di kawasan rumahnya kah. Tapi ini perkampungan orang melayu. Aku dan isteri terus berjalan dan lelaki cina menuju kearah kami. Bermacam- macam andaian dalam kepala otak aku dan aku juga bersedia menanti apa saja. Aku suruh isteriku berjalan sebelah kiriku sebab lelaki cina berada disebelah kananku. Kalau apa-apa berlaku tidaklah terus menuju ke isteriku. Kami terus berjalan
" Abang agak ini kali lah mana akan naik. Merah ka biru ". Kata lelaki cina dan aku faham apa yang di maksudkan olehnya.
" Saya rasa merah juga. Biru susah mau makan ". Kataku selamba
" Ohh...bukan itu biru ka ". Lelaki cina menunjuk bendera 1 Malaysia
" Bukan...bukan. Kalau biru itu warna biru muda punya ". Maksud aku biru muda itu Keadilan la.

" Tauke ini kali lah ". Kataku selamba. Isteriku hanya diam.
" Ini kali ka. Itu biru punya warna memang ada yang jahat tapi bukan semua jahat ". Fahamlah aku yang lelaki cina ini penyokong BN.
" Tauke kita mau undi kita kena pilih orang yang baik dan bukan orang jahat. Betul tak ". Kataku
" Butoi butoi. Wa punya tempat itu biru manyak baik. Dia tolong sama olang talak minta duit punya ". Kata lelaki cina.
" Kalau lu rasa dia sudah baik you ada hak mau undi sama dia. Tempat saya itu biru muda manyak baik. Saya mesti support sama dia. Ini kali lah tauke ". Isteriku mencuitku tanda warning agar berhati-hati.

lelaki cina tersebut terus berlalu pergi sambil merungut kepadaku
" Itu biru bukan semua jahat ". Aku nak jawab kembali isteriku sudah menahan.
" Sudah la bang. Nanti jadi lain pula ". Aku akur dengan isteriku. Tiba-tiba lelaki cina berhenti menanti kami. Isteriku terkejut sambil memegang tanganku. Dalam hati aku dah bersuara. Ini mesti gaduh kerana parti
" Abang...Semoga parti kita berjaya ". Sambil shake hand dengan aku. Aku senyum kembali dan berkata.
" Ya ya....ini kali lah tauke ". Kataku kepada lelaki cina.
" Lain kali lah ". Kata lelaki cina terus pergi. Isteriku tertawa gelihati peristiwa yang menimpa kami. Kami berjalan terus memasuki Lorong Kulit dan alhamdulillah buah durian ada dijual. Kami membeli sebanyak 3 biji. Hujan sudah mulai turun dan kami berlari kembali ke kereta. Tak sempat ronda-ronda. Kami singgah beli pulut dan santan. Sudah terbayang pulut durian yang sudah lama tidak di jamah. Alhamdulillah....




1 comment:

Bearcat said...

Hehehe macam-macamlah. Kalau tidak jenuh paknjang buka silat. Baru cina tu lintang-pukang.

Gee pun dah terpengaruh dengan Masterchef. Dah siap beli labu dan keledek nak buat serawa. Nampak macam sedap sangat depa masak hari tu hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...