Teman-teman

Tuesday, June 25, 2013

Rupanya Allah Mendidik Kita

Heboh juga Malaysia, Singapura dan Indonesia yang di landa masalah jerebu. Kualiti udara menunjukkan telah berada di paras bahaya. Rakyat telah di ingatkan agar mengurangkan aktiviti luar. Kalau nak kelaur juga pastikan memakai topeng. Ada juga beberapa buah sekolah telah di tutup. Nampak semacam kearah darurat jadinya. Setiap hari masyarakat akan bercerita kisah jerebu dan yang pastinya yang keluar dari mulut ialah meminta kepada Allah agar turunnya hujan.

Di tv pula aku melihat saranan dari pihak kerajaan agar setiap masjid, surau, ngo dan individu melakukan solat hajat meminta kepada Allah agar menurunkan hujan. Pagi ini aku dan isteri kepasar. kelihatan langit begitu gelap. Mungkin pembenihan awan telah di lakukan. Semasa kami sibuk membeli, hujan turun dengan lebatnya. Boleh dikatatan majoriti di dalam pasar bersorak gembira dengan kedatangan hujan. Berlainan sekali semasa ketiadaan jerebu. Bila hujan tiba akan terdengarlah rungutan akan menyebabkan masalah banjir kilat dan tanah runtuh.

Kini semua orang gembira dan bersyukur dengan kedatangan hujan. Dengan izin Allah masalah jerebu akan dapat di atasi. Alhamdulillah bila hujan reda langit biru jelas kelihatan. Rata-rata semua penduduk Malaysia, singapura dan Indonesia gembira dengan kedatangan hujan. Yang pastinya adakah kita mengetahui bahawa dugaan yang Allah berikan kepada kita ialah dengan bertujuan agar manusia bersyukur dengan pemberian darinya. Hujan merupakan anugerah Allah. Itulah tijuan utama Allah memberi kita jerebu dan Allah juga menurunkan hujan untuk menghilangkan jerebu. Tujuannya ialah agar manusia bersyukur dengan anugerah Allah.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur kerana hujan diurunkan menghilangkan jerebu. Tapi manusia mudah lupa pada Rabbnya. Bila diuji ia mendekati Tuhannya tapi bila ujian itu diangkat ia jadi engkar lagi kufur.

Ariff Budiman said...

Anonymous...Benar sekali. Itulah sifat manusia. Semoga kita bukan dari kalangan mereka yang kufur kembali setelah di beri pertolongan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...