Teman-teman

Saturday, October 25, 2008

AKU KENA SAUNA

Ketika pulang dari kerja hujan turun dengan lebatnya. Aku terus meredah jambatan dengan doa agar aku selamat sampai kerumah. Badan terasa sakit. Ni tentu demam kena hujan. Demi menyara keluarga aku sanggup meredah apa saja. Sebagai seorang suami aku perlu menjaga isteriku. Sebagai seorang ayah, aku perlu mendidik anak-anakku. Tapi andaikata aku sakit siapa yang akan menjagaku. Ahh tak perlu risau bisik hati kecilku. Aku tahu dirumah isteriku sedang menanti sambil berdoa kepada Allah agar suaminya pulang dengan selamat. Sampainya aku dirumah, badan terasa panas walaupun hujan masih lagi lebat. Seperti selalu isteriku akan melakukan sauna kepadaku. Ni dia belajar dari emak saudaranya. Dimasaknya air sehingga mendidih lalu diletakkan dibawah kerusi dan aku akan duduk seperti didalam gambar ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah demamku hilang. Aku kembali bertenaga. Esok aku akan meredah kembali jambatan untuk menjalankan tugasku seperti sediakala. Terima kasih isteri dan anak-anak kerana bersusah payah melakukan sauna. Aku menghargai pengorbanan kalian semua. Kepada isteriku engkau merupakan penghuni syurga. Itu doaku kepada Allah terhadapmu. Kadang-kadang kau sendiri sakit namun masih terus menjagaku sedangkan bila kau sakit susah juga aku nak menjagamu. Terima kasih Allah kerana menganugerahkan isteri yang baik.

Sekian ariman

3 comments:

hentian said...

Memang selayaknya jika isteri itu telah melaksanakan tugasnya dan memuaskan hati, berikan ia satu penghargaan paling istimewa yakni sebuah doa muga Allah masukkan dia ke syurga melalui tiket keredhaan kita sebagai suami.

Aku pernah membaca kisah Nik Aziz ( MB Kelantan ) bahawa tidak ada sebab untuk dia berkahwin lagi kerana isterinya yang kini telah melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dengan baik dan mmuaskan hati.

pulasan007 said...

cam popia dah tgk...keh3..maknjang kn peturun kt anak2.srh depa wat kt tok...hehe

hrusli61 said...

Salam. Jiman kena sauna tak pa jangan kena sound depa cukuplah. Walau bagaimana pun, siapa tak sayang bini ooiii !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...