Teman-teman

Monday, December 29, 2008

Allah Selamatkan Palestin

Hari ini seluruh umat islam menyambut tahun baru islam. Banyak sms yang aku terima mengajak aku agar berhijrah dan memulakan kehidupan baru. Ya.. aku pun merasai begitu. Aku perlu lakukan sesuatu untuk meneruskan kehidupan bersama 2 orang anakku. Hati aku masih lagi sayu memikirkan pemergian isteriku tapi hati ini bertambah sayu bila membaca berita beratus - ratus kematian dan kecederaan yang berlaku di Gaza akibat serangan dari regim laknat israel. Aku melupai sebentar kesedihan aku. Aku bayangkan betapa deritanya rakyat Palestin yang diuji dengan bermacam-macam dugaan. Mereka semua alhamdulillah dapat meneruskan kehidupan normal mereka.

Aku mengimbas kembali program aku dan isteri terlibat didalam ceramah Palestin anjuran surau kami. Slaid demi slaid dipaparkan agar masyarakat ditempat aku sedar akan perkembangan Palestin terkini. Ceramah diakhiri dengan mengutip tabung kemanusiaan untuk rakyat Palestin. Ramai juga yang menderma alhamdulillah. Aku dan isteri amat terkesan dengan seorang ibu tua. Selesai ceramah dan mengemaskan surau, kami berdua pulang lalu dihampiri oleh seorang makcik. Katanya dia tak ada wang untuk diberikan kepada tabung Palestin. Beliau menghulurkan seutas rantai katanya rantai itu kepunyaan anaknya. Kataku tidakkah anaknya akan menangis bila menyedari rantainya tiada. Kata makcik itu pula dia yang akan menangis bila melihat dan mendengar akan penderitaan umat islam Palestin tetapi tidak melakukan sesuatu. Kata makcik itu lagi Allah akan berikannya rezeki lain kali.

Keesokkan hari pula sewaktu kami berdua hendak kepasar, seorang ibu muda mendapatkan kami dalam keadaan sebak. Katanya jika suaminya mengizinkan dia untuk berjihad di Palestin beliau akan berangkat segera kesana. Tergamam kami berpandangan sesama sendiri. Subhanallah engkau telah mentarbiah aku dengan semangat seorang wanita sedangkan dihati aku tidak terdetik untuk kesana membantu Palestin. Aku begitu kagum dengan semangat wanita ini. Pakaiannya sederhana sahaja walaupun menutup aurat tapi jiwanya mengalahkan lelaki.

Seminggu kemudian seorang kawan memberitahu aku mengenai seorang kontraktor sewaktu mendengar ceramah Palestin, sebagai pengerusi majlis aku merayu agar mereka yang allah berikan rezeki lebih sedikit bantulah umat islam. Kata kontraktor itu, arab sama arab pun tak bersatu buat apa kita rakyat Malaysia nak tolong. Inilah sebahagian budaya rakyat Malaysia yang terlalu cintakan dunia.

Sebagai umat islam marilah kita titipkan doa kepada Allah agar umat islam diseluruh dunia yang ditindas , Allah berikan kemenangan. Aku doakan semoga roh isteriku aman disana dan Allah berikan kemenangan kepada umat islam dan allah hancurkan kufur. Amin ya rabbal a lamin.

3 comments:

hentian said...

Doa juga untuk Palestin. Jangan terlupa doa pula untuk Malaysia agar tidak menjadi seperti Kosovo.

Aku katakan begitu sebab Palestin nampaknya seperti Allah menjaganya. Tetapi Kosovo hancur kerana rakyatnya yang sudah mula longgar dari ikatan Islam yang sebenar.

Gembira membaca tulisanmu, Jiman. Mari sama-sama kita pandang dunia dengan kacamata lusinar. Masa kita di dunia tinggal sedikit sahaja lagi. Jangan dipersiakan...

Admin said...

Yaaa Allah....pls let us reimburese the dignity of Palestine....Forgive Us.

bearcat said...

rasanya macam dah baca tulisan ni...tapi di mana ya???

aik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...