Teman-teman

Tuesday, August 18, 2009

Bila Ibuku Jatuh Sakit

Sejak 4 hari yang lepas kesihatan ibuku menurun terlalu mendadak. Dia sakit seperti yang pernah dialami pada tahun lepas sewaktu koma akibat terhidu asap semburan ubat nyamuk. Kini dia terlalu uzur untuk melawan kesakitan dan akhirnya badannya sendiri menggigil. Kami sekeluarga amat terasa kali sebab ketiadaan Siti Aishah. Selalunya dia akan berganti dengan kakakku menjaga makan minum ibuku.

Pada tahun lepas sewaktu doktor memberitahu kami bahawa ibuku tiada harapan untuk hidup, Siti Aishah menangis kerana terlalu sayangkan mertuanya. Siang dan malam adik dan kakak ipar berdoa didepan kaabah agar Allah memberi kesihatan yang baik terhadap ibu kami. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami. Ibu sembuh dan dibenarkan pulang. Selang beberapa bulan Siti Aishah yang dijemput oleh Allah mengadapnya. Siapa sangka perancangan Allah.

Kini ibuku nampak tenat. Anak-anak yang berada di Kelantan akan pulang. Pertuturan ibuku tidak selancar dulu. Inilah wanita yang telah membesar 7 orang anak tanpa kerenah. Kini alhamdulillah kami 7 orang anak pula menjaga anak tanpa kerenah. Ayah telah pergi 5 tahun yang lepas. Semasa ayah lumpuh termakan kulat beracun, ibulah mengambil alih tugas ayah menyara kami. Kami doakan agar ibu yang kami sayangi kembali pulih seperti sediakala. Teringat lagu Ibu Mithali nyanyian Kumpulan Rabbani dimana vokalisnya Arwah Ustaz Asri.

5 comments:

ZOOL@TOD said...

Banyakkan bersabar dan berdoa. Ini dugaan Allah buat En Diman. Saya doakan semoga kesihatan ibu saudara bertambah baik.

(Teringatkan Allahyarham ibu saya pada bulan Oktober tahun lepas)

zai said...

Salam En Diman..

Semoga Ibu en Diman cepat sembuh...sesungguhnya ini adalah salah satu daripada hakikat kehidupan yg terpaksa ditempuhi...tidak selamanya kita akan kekal sihat...dan sakit itu juga adalah merupakan satu peringatan buat kita agar tidak lalai dari mengingatiNYA..

Sedihla En Diman sbb nama arwah Siti Aisyah masih tidak terlepas dari stp entri en diman...tak tau bila zai tiada nnti kasih sayang suami mcm ksh sayang en diman atau tidak...terharu rasanya melihat kasih sayang en diman kat arwah walaupun dah berganti..

MaMa MoDeN said...

salam saudara budiman
smoga ibu akan sihat sprti sdiakala.
smoga Allah pmudahkan sgala urusan.

Maiyah said...

salam.. byk sabar, saya doakan kesihatan ibu akan baik.. mak saya skrg pun umo dah 70 lebih dah mula sakit2

nadinezuharra said...

Sama-sama kita doakan moga ibu sdr Budiman beransur sembuh.. insyaAllah,berkat bulan Ramadhan yang mulia ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...