Teman-teman

Tuesday, August 04, 2009

Rangkaian Cerita

2 Ogos 2009
Setelah anakku didapati stabil, aku menghantarnya kembali ke Tanjung Malim. Selama berada didalam kereta hampir 3 jam kami begitu mesra berbual. Adakalanya kami menyanyi mengiringi lagu Alleycat. Aku dapat merasakan kebahgian bersama dengan anakku. Inilah masanya kami meluangkan masa berbicara yang selama ini amat jarang dilaksanakan. Isteriku tidak menemaniku sebab beliau pun kurang sihat. Aku merasakan disebelahku ialah sahabat karibku sebab kami berbicara tanpa had batasan. Kadang-kala aku menyanyi sambil mengalir air mata kegembiraan sebab dapat bersama dengan anakku.

Tepat jam 12 tengah malam kami sampai di Politeknik. Kelihatan ramai ibubapa menghantar anak. Kereta memenuhi kawasan balai pengawal. Setelah mengucap terima kasih kepada pengawal aku terus memecut masuk kedalam kawasan Politeknik. Setelah selesai semuanya aku berpatah kembali. Aku ditahan oleh pengawal keselamatan. " Apa hal pula ni. Sampai 2 orang datang laju kearahku ". Bisik hati kecilku
" Encik tak boleh masuk kedalam selepas pukul 12 malam. Kami hanya benarkan sehingga pukul 8 malam saja. Ramai ibubapa complain encik masuk terus kedalam ". Marah pengawal yang bertugas.
" Maaf encik. Saya tak tahu pun tak boleh masuk kedalam tetapi kenapa encik berdua tak tahan saya tadi ". Aku membalas kembali. Ternyata kedua-dua pengawal tadi terdiam bila aku menyoal kenapa mereka tidak menahan aku. Pada hal kereta lain ditahan dari memasuki dalam kawasan Politeknik. Nampak seolah-olahnya mereka kebingungan.

Aku menalipon anakku menceritakan hal yang berlaku. Dia pun kehairanan mengapa ayahnya dibenarkan masuk tanpa ada bantahan dari pengawal. " Jangan-jangan ayah hembus apa-apa dekat guard ". Kata anakku. " Aishh ayah tak akan gunanya untuk kepentingan diri. Lagipun berdosa kalau kita buat macam tu". Aku membetulkan anggapan anakku. Akhirnya hal itu menjadi tanda tanya. Aku terus membelah malam keseorang sambil mendengar lagu Hijjaz. Aku buka sekuat yang mungkin. Takut mengantuk.

Ketika aku melintasi kawasan hutan sambil kereta memecut 120 km aku merasakan bahawa ada benda yang menolak badanku ke kiri dan kereta juga melencong kekiri. Dadaku bergerak kencang. Ahh ini pasti ada gangguan tengah-tengah malam. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku memberhenti kereta disebelah kiri dan dipenuhi dengan hutan. Aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran sambil aku mencari cd al-quran untuk dipasang. Alhamdulillah. Setelah cd dipasang aku membawa tanpa ada gangguan. Sampai dirumah jam 3 pagi. Badanku keletihan dan panas. Keesokkan harinya aku pula yang demam. 2 hari terperap dirumah tak bermaya.

4 Ogos 2009
Jam 7.30 pagi lagi aku pulang kerumahku setelah sihat. Aku seperti biasa akan singgah dulu di kubur menziarahi pusara isteriku. Sebab itu aku mengambil keputusan agar jenazah isteriku disimpan ditempatku. Keluarga sebelah isteriku terutamanya ibu Siti Aishah lebih suka mayat anaknya disemadi disebelah pusara ayahnya. Namun tempat itu jauh dan semak. " Emak lebih baik Aishah dikebumikan disini supaya senang Budiman ziarah setiap waktu yang terluang. Dimana saja serupa mak. Doa kita yang penting untuk arwah ". Ibu mertuku setuju sambil mengalir airmata.

Aku kotakan janjiku pada ibu mertuaku. Kadang-kadang kalau ada masa terluang aku akan menziarahi 3 kali sehari dan pagi ini aku meluangkan masa menziarahinya. Masuk saja kedalam kawasan perkuburan aku memberi salam. Dalam hati aku berkata mungkin suatu hari aku juga akan berada disini dan orang lain pula akan memberi salam. Aku dapat menghidu bau yang begitu wangi dalam kawasan kubur. Nak kata bunga, aku mengambil bunga yang gugur namun tidak berbau. Sungguh wangi sekali baunya. Aku sendiri tidak tahu dari arah mana datangnya wangian itu. Begitu banyak kubur. Mungkin Allah telah memuliakan mayat seseorang itu.

Hari ini aku mula bertugas. Sampai diwarung aku ditegur penjual nasi. " Bang lama tak nampak. Hari ini ada kepala semilang. Tak mau ka ". Aku hanya memerhati akan kepala semilang namun seleraku hilang terus. Badanku masih terasa letih. Semoga Allah memberiku kekuatan untuk terus memimpin keluarga dan masyarakat.

1 comment:

maiyah said...

salam.. semoga dah sihat dari demam.. kekadang bila tengok kubur akan menginsafkan kita dan satu hari nanti kita pun akan jadi penghuninya.. itulah yang selalu saya rasakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...